Sabtu, 13 Maret 2010

Kari Ayam Kerisik




Salam hujung minggu!....yuhuuuu.....hehe...

Apalah yg kawan2 sedang buat masa ni eh???...hmmm...agaknya ada yang tengah berehat, bersantai, bekerja, pi shopping, atau tengah cuti2 M'sia kot....yg penting 'Be Happy' dan ceria selalu, kan....

Malam tadi dyg tak cukup tidur gara2 'blackout'. Bayangkan, kalau tak ada elektrik, mau tak gelisah...dahlah masa tu kita tgh cuci pinggan, kerja kat dapur tak siap lagi, lilin lak tak ada....alahai...malang sungguh!...dah pukul 11 malam lak tu....hajat nak tidur lewat sikit semata-mata nak tengok citer 'Demon', horror movie ni mmg taste aku....tapiii....tunggu punya tunggu, sampai kul 3.30 pagi barulah ada api..bye bye jerlah citer tu...huhu...frust sungguh!....sebenarnya antara jam 11 hingga 3.30 pagi tu, dyg terlalu sukar nk lelapkan mata sb tak selesa. Nasib baiklah anak2 dapat tidur nyenyak. Dyg sempat tidur dalam 1 jam gitu. SIL pun ada kat umah gak menumpang tidur 1 malam sb pagi tadi dia kena pi mendaftar kat UIA Nilai utk semester seterusnya. Tu yg kena bangun xtra awal, masak utk breakfast (mihun goreng) sekaligus nak buat bento utk dia.

Sebaik shj balik dari Nilai, dyg terus tidur sekejap dalam 1 jam jadilah. Mengantuk sangat2....tak larat nak buat kerja lain. Mihun goreng masih ada lagi...anak2 dan hubby dah habiskan...so, tengahari tadi sempat masak Kari Terung, Sayur Campur, Sambal Bodo dan Ikan Goreng jerlah. hehe....tapi yang ada dalam gambar ni bukan lauk hari ni yer tapi lauk dah lepas....ekeke

Panjang gak cerita tuan rumah ni kan....tak relevan langsung ngan menu Kari Ayam yg tengah posing seksi maut tu...(seksi ker??...hihik).....

Apa2pun, layan jerlah yer....resepi ni mmg sedap tau...dah bertahun2 lamanya dyg masak kari ayam dgn resepi sebegini. Cuma kali ni try guna kari Babas lak. Biasa beli kari Adabi jer.  Nak tau macam mana rasanya, kenalah cuba dulu eh....hehe.

Terima kasih kerana sudi membaca!


Kari Ayam Kerisik

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong 8 atau ikut suka)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 5 sudu makan rempah kari daging/ayam (dibancuh dgn air utk dijadikan pes)
  • 1-2 sudu makan cili kering kisar (disatukan dgn pes kari)
  • rempah 4 sekawan
  • santan secukupnya
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji kentang (dibelah 4)
  • 1-2 sudu besar kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis rempah dan daun kari sehingga naik bau. Tumiskan pula bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan pes kari dan kacau. Tunggu sampai pecah minyak.
  2. Masukkan ayam. Kacau sebentar. Masukkan air secukupnya. Biarkan ia mendidih seketika.
  3. Masukkan santan, kentang dan kerisik.
  4. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa. 
  5. Sesudah masak, tutup api dan biarkan merenih sebentar.
  6. Hidangkan.