Selasa, 09 Maret 2010

Sambal Sotong Kicap



Salam....
Maaf, tuan rumah baru nak mengadap internet. Terima kasihlah byk2  atas kesudian anda berkunjung ke sini. Mesej2 dan komen2 akan dibalas kemudian yer. Thanks gak kpd yg telah sudi menjadi follower blog ini. Selamat berkenalan. Semoga gembira dan ceria selalu....

Oklah, menu hari ni mcm biasa, buat simple2 tapi agak menyelerakan. Salah satunya adalah lauk sotong. Mula2 ingat nak buat sotong goreng kunyit jer tapi tekak ni terasa  nak makan yg bersambal dan berkicap. Maka akhirnya, terjadilah resepi sambal sotong kicap....hehe. Sedaaap sangat!...habis licin.!...kalau tak sedap tak masuk n3 tau....heheh. 

Jadi, sesiapa yg nak follow resepi ni mmg amatlah dialu2kan yer. Mudah jer tu. 

Terima kasih kerana sudi singgah!


Minta maaf, gambar tak berapa cantik kali ni sebab nak cepat....hehe

Sambal Sotong Kicap

Bahan-bahan :
  • 7-8 ekor sotong basah (digaulkan bersama serbuk kunyit, tepung jagung dan garam)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • sedikit hirisan cili merah dan daun sup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 kiub pati ikan bilis
Bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulasbawang putih
 Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan sotong selama 30-40 saat. Tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing atau pecah minyak.
  4. Masukkan pati ikan bilis, sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi.
  5. Masukkan sotong, cili merah dan bawang besar. Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.
  6. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
  7. Setelah masak, hiaskan dgn daun sup dan hidangkan.