Kamis, 16 Desember 2010

Daging Merah bersos Plum


Daging masak merah ni dah agak lama gak tak buat. Kali ni letak sos plum. Bertambah2 sedapnya. Rasa masam, manis, masin dan pedas, semuanya ada. Barulah berselera lbh2 lagi tengah flu ni. Time ni lah cerewet sket nk pilih makan...hehe.

Jomlah layan resepinya...sedap tau


Daging Merah BerSos Plum

bahan-bahan: (3-4 orang makan)
  • 250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan sos plum
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk)
  • sedikit kicap manis jika suka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1-2 helai daun limau purut jika suka
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili,  kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas. 
*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menarik.