Selasa, 21 Desember 2010

Ayam Kicap Berempah Harum


Fuhh! Kalau tak kerana azam nak turunkan berat badan ni(hihik...yelah tuu), mau jer nak tambah nasik. Memang tak boleh tahanlah dgn adanya lauk ayam kicap nih! Tak heranlah masak berulang kali...hehe. Anak2 pun tak jemu makan tau wlpn yg sorang tu tengah demam selsema. Mungkin juga aroma rempah dan daun supnya yg harum tu yg menyebabkan dia berselera makan kot...apa2pun masakan ini memang sedap dan menyelerakan. Lagi satu kan, selain dgn aroma rempahnya, kalau nak masak ayam ni, daun supnya kena letak banyak sket sb ia akan menaikkan selera si pemakannya. Tak percaya, cubalah sendiri. 

Jom layan resepinya!...asyik2 ayam jer kan...hehe. 

Ayam Kicap Berempah Harum

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.