Selasa, 28 Desember 2010

Nasi Mentega Kismis


Resepi nasi mentega kismis ni DJ ambik dari majalah Rasa bulan Disember. Ini menu minggu lepas yer...hehe. Memang best dan sedap rasanya. Cuma DJ buat mengikut sukatan, stok, cara dan citarasa sendirilah. O ya, beras tu pulak guna beras biasa jer tau. Lagi cepat nak masak kan....hehe...yalah, utk hidangan seharian tak apalah, kalau utk dihidangkan kpd tetamu, elok guna beras Basmathi, barulah nampak lbh menarik dan cantik. Susu masam yg instant plak tak ada, so, DJ gantikan dgn sedikit susu cair dan jus limau kasturi.

Nasik ni sesuai dihidangkan bersama lauk kurma, masak merah, beriani atau bukhari(hehe...fav nih). DJ gandingkan dgn udang masak merah jer. Selain tu, ada sedikit dalca dan acar. Memang berselera dibuatnya...



Nasi Mentega Kismis
Sumber : Majalah Rasa, Disember, 2010

bahan-bahan :

  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 1/2 buku mentega
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sm halia (dihiris)
  • 5 gm kayu manis
  • 5 gm bunga cengkih
  • 5 gm bunga lawang
  • 5 gm buah pelaga
  • 3 kiub pati ikan bilis
  • 100 gm kismis kuning
  • 250 ml susu masam dan air secukupnya
  • 10 gm bawang goreng (utk hiasan)
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • sedikit daun sup, daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub pati ikan bilis, air dan susu masam serta serbuk perasa.
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering barulah renjiskan pewarna kuning dan akhir sekali masukkan daun sup, daun pudina serta daun ketumbar.
  5. Biarkan masak seketika dan sedia dinikmati.
Boleh tahan gak rasanya bila dpt digandingkan dgn teman sejatiku ini...heheh