Masa balik dari kampung tempoh hari, sempat gaklah bawak balik acar buah kegemaran buatan bonda kesayanganku ni. Memang sedap tak terkata. Biasanya mak akan buat berbalang2 banyaknya utk disedekahkan kpd saudara mara terdekat. Memang sedaplah dimakan dgn pelbagai jenis hidangan nasi terutamanya nasi minyak, nasi beriani dan nasi tomato. Acar buah ni kalau kurang manis, ianya boleh bertahan setakat 2-3 bulan sahaja. Tetapi kalau manis, boleh bertahan hingga 8-12 bulan lamanya, bergantung kpd cara penyimpanannya.
Biasanya kalau duduk kat KL ni, dyg beli yg instant jer namun tak semuanya menepati citarasa. Ada yg terlalu masam dan ada gak yg terlalu tawar. Bila fikir2 lebih baik buat sendiri. Barulah puas hati, kan. Tapi bila entah nak buat sendiri tu, tak pastilah...hehe.
Bahan-bahan : tiada sukatan
- bawang merah (dihiris)
- bawang putih (dihiris)
- halia (dihiris)
- rempah tumis (bunga cengkih, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang)
- cili giling
- garam
- gula
- air limau kasturi (jeruk)
- jeruk manis campuran (buah cermai, belimbing buluh, limau kasturi, buah kana, prune dsbnya)
Cara-cara : Tumis rempah, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. barulah dimasukkan jeruk manis campuran, garam, gula dan air limau jeruk secukupnya. Kacau perlahan-lahan dan jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan air secukupnya.
***nanti update lagi dgn cara2 membuat jeruk limau kasturi.
***nanti update lagi dgn cara2 membuat jeruk limau kasturi.