Alkisahnya semalam beria2 nak buat pannacotta utk dihidangkan bersama lauk2 berbuka puasa tapi entah mcm mana lain pulak kejadiannya. Tak terlintas pun nak buat puding ni dan mmg tak masuk list pun. Selepas tengok tarikh luput inti bluberi ni, dyg terus cari idea mcm mana nak perhabiskannya dgn cara yg lebih mudah. Kalau nak buat kek atau chilled cake, malaslah pulak. Akhirnya, datanglah ilham ni. Alhamdulillah...anak2 kata sedaaappppp!!! Si mama dia org pun apa lagi nak try rasa gaklah. Mmmmmm..bestttt!!...sesuailah dgn citarasa. Bolehlah, next time akan adalah siaran ulangannya.
Ini resepinya yer jika ada yg berminat nak cuba. Cepat, mudah dan sedap!
Puding Blueberry
Bahan-bahan :
- 10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
- 1/3 cawan jus / inti bluberi
- 3/4 cawan gula pasir (-/+)
- 4 sb susu pekat manis
- 1 cawan air (250 ml)
- 2 cawan susu segar (500 ml)
- 1 sb mentega
- 2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)
- Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
- Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
- Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat.
- Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
- Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati.