Salam dan selamat pagi!....
Entri kek ni sepatutnya di'update' malam tadi tapi x sempat lak..mesti ada yg tertunggu2...hehe. Honestly, memang susah nak spend time dgn lappy pd hujung minggu sb masa tu lah nak keluar jalan2 sambil meluangkan masa berkualiti dgn anak2 dan suami. Walau apa2pun, terima kasih pd yg sudi berkunjung dan meninggalkan jejak di sini. Walaupun tuan rumah selalu senyap, tapi masih ada yg sanggup setia menunggu dan lepak di sini. Thanks a lot!

Orait...kek buah ni dah lama tak buat. Hari tu singgah di tesco, sempat gak sambar 1 kotak tepung kek cap Nago utk dicuba2 buat pertama kalinya...hehe. Hanya perlu tambah butter dan telur. Selebihnya memang dah sedia ada dlm kotak tu. Senanglah kerja..tak payah nak sukat2 tepung itu dan ini, siap dgn resepinya sekali. Cuma dyg ikut step yg biasa dyg buat...dan satu lagi, dyg tambah sedikit susu mengikut citarasa dyg. Hasilnya mmg tak mengecewakan. Time dah masak tu terus potong masa tu gak..tak sabar nak ngap!...sedap, lembut dan gebuss!! Next time bolehlah buat lagi dan lagi tapi kena tengok 'mood' dulu...hehe.
Inilah rupa kotak tepung kek tu. Terpesona dgn gambar kek ...waduhh!! teringinnya nak buat!!..Resepi pun dah ada kat situ. Cuma di bawah ni dyg sertakan resepi dan langkah2nya mengikut versi dan keselesaan sendiri. Jika nak follow pun ok. No problem ma....hehe.
Nago Mix Fruit Cake
Bahan-bahan :
- 1 kotak tepung kek buah campuran cap Nago
- 3 biji telur
- 100 g mentega
- 2 sb susu segar (i added)
- Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan loyang kek (dyg guna yg berukuran 5" x 9"). Sapukan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Gaul2kan buah campuran dgn sedikit tepung.
- Pukul mentega hingga kembang dgn kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dgn perlahan.
- Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dan putar hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan mix fruit dan kacau sebati dgn spatula.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.