Senin, 24 Oktober 2011

Pandan Muffin (Eggless)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Syukur Alhamdulillah...walaupun line internet merangkak agak perlahan, mem DJ akhirnya dpt juga upload gambar dan menulis n3 psl mapin yg boleh dikatakan mudah dan sedap ni. hehe...mesti ada yg x sabar menunggu resepi kek Malim Kundang aka 'anak derhaka' tu kan...ngeee...sabar ye...mem kena buat karangan panjang sket kalau nk buat cerita psl kek tu....oh mood! cepat2lah datang!..hmm

Ok, berbalik cerita psl mapin ni. Sebenarnya ada kejadian ngeri lps buat mapin ni...grrrrrrr...kalau nak tau cerita...sila2lah baca kat FB atau add DJ dulu. Lepas tu bacalah mengenai kejadian yg tak diingini ni. Mem mls nk citer kat sini...buat ilang mood je kan...tp apa2pun, mapin ni mmg best dan senang je nk buat. Time rasa malas pun boleh buat dan InsyaAllah menjadi dgn jayanya kalau ikut step dia btl2. Sebenarnya kan muffin ni boleh dikatakan cupcake jugak sb teksturnya sgt2 ringan dan gebuss gitu selain rasanya yg sedap. Kalau mek Jah tengok ni mesti dia nk buat gak...eh, pg td dia dah nampak pun kat FB...hehe. Petang ni atau esok gerenti dia buat tuu...dia kan muffin lover...mana boleh x try...btl x Jah??...ekeke

Dah lama sebenarnya resepi ni DJ simpan. Resepi asalnya dari Joayee@MYR. Tapi mcm biasalah, kalau x derhaka kat resepi mmg bukan Malim Kundang lah tu...hihi. Tp derhaka sket je. Mekasih yer Joayee...mmg best sgt resepi ni. Next time nk buat lg dgn perisa lain plak. 

haa...apabila sudah diterbalikkan,....wahhh! cantik kan!! Alamak, DJ x editlah gambar ni..harap2 nampak dgn jelas ye teksturnya...O ya, lupe plak nk bg tau part mana mana plak yg DJ derhaka tu...hehe..sebenarnya DJ dah kurangkan sukatan gulanya sb DJ nk add Chocolate Rice supaya lbh sedap dan bdk2 pun suka! So yummyyyyy!

Jom kita semak resepinya....


Pandan Muffin (eggless)
resepi asal : Joayee@MYR

Bahan-bahan ( 6 )
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula (DJ guna 80 g )
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak (DJ guna mentega cair)
  • 1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
  • 1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia- ENO
  • sedikit perasa Pandan + Warna hijau (DJ guna Pandan Emulco)
  • 1/3 cawan chocolate rice (DJ tambah)
Cara-cara:
  1. Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam satu bekas.
  2. Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) ke dalam satu bekas yang lain.
  3. Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
  4. Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau. 
  5. Rehatkan 5 minit.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
  6. Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C. 
  7. Untuk perasa lain boleh try contoh di bawah. 
***Actually kukus lagi best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.
OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]
OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya
Dari resepi ni, macam-macam perasa boleh buat. Selamat mencuba.