Jumat, 14 Oktober 2011

KEK LAPIS MOCHA PANDAN (BAKAR)


Syukur Alhamdulillah...dengan izinNya dapat juga kita bersiaran lagi. hmm...hari ni mmg hari yg amat menduga kesabaran DJ. Ni gara2 serangan penyakit 'M' la tu...ditambah lg dgn problem internet yg bagaikan 'iti pulang petang'....jln terkedek2...haa...mcm tulah perangainya...mmg buat hati rasa nk tuuuuuut je. Nasib baik dah ok dah ni...kalau tak, mmg x dpt ler nk update blog kan...hehe. Org kata 'genggam bara api biar sampai menjadi arang' ...sesuatu pekerjaan biarpun berdepan dgn bermacam2 rintangan dan kesukaran, kalau dilakukan bersungguh2 dgn penuh kesabaran akhirnya akan tercapai gak matlamat dan hajat di hati. Betul tak??... 

Seperti yg dijanjikan semalam kpd teman2 di FB, hari ni DJ nk kongsikan satu lagi resepi baru DJ iaitu kek lapis Mocha Pandan...ishh2..tak habis2 citer psl kek je kan...dah habis raya pun msh nk mengekek lagi..heheh. Nak buat mcm mana, mmg dah tu hobi DJ ms lapang...sampai ada org tanya 'tak ambik order ke?'...hehe..InsyaAllah...rasa2 dah boleh dah ke arah tu sket masa lg. DJ kena perlu buat persiapan dan perancangan terlebih dahulu. Bila dah btl2 sedia nanti, bolehlah ON...InsyaAllah...kita hanya merancang tapi  Tuhan yg menentukan segala2nya....


Ok..kek ni terhasil beberapa hari yg lepas. Dah agak lama DJ berhajat nk buat kek lapis bakar yg dari segi rasanya orang kata, penuh dgn kejutan gitu...mula2 makan rasa vanilla, pas tu ada rasa pandan beraroma, dan pas tu lagi ada perisa coklat kopi. Wahh! sedapnya lah haihh...mmg menepati citarasa DJ lah!. .puas hati betul! Serius DJ ckp, tak semua kek2 lapis DJ akan makan sewenang2nya..haha. Yang ni kan, mmg I cannot resist! lepas sepotong, sepotong lagi..lepas tu 2-3 potong lagi...dan lepas ni tak taulah apa nak jadi..dah berkira2 nk pergi ke gym dah ni...ekeke.

Apa2pun, jom kita semak resepinya dulu. Lepas ni, kalau ada yg berminat nak cuba, sila2lah ye. 

Kek Lapis Mocha Pandan
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi (DJ menggunakan mentega SCS)
  • 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). 
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis. 
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. 
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.

Dari segi teksturnya, mmg lembut dan sedaaapp!. Lebih lama disimpan semakin lembut dan moist kek ni.
InsyaAllah raya haji nanti akan ada siaran ulangannya.