Selasa, 21 September 2010

Kek Lapis Kembang Melati (kukus)


Inilah salah satu kek kukus yg dibuat sebaik shj balik dr kampung hari tu. Kek yg tak sempat ditayang ialah kek lapis asam manis dan kek coklat. Resepi kek ni sebenarnya dah lama tersimpan di dapur myresipi.com. Boleh klik di situ utk melihat resepi asalnya. Tapi ramai gak yg keliru tang sukatannya yg menggunakan gelas. Jadi, utk resepi ni, dyg dah edit balik. tak perlu risau tentang sukatannya lagi. Dyg hanya menggunakan cawan metrik jer. Bahan-bahannya pun dyg dah adjust mengikut citarasa. Tak apa kan dayang??..hehe...

Overall, kek ni sgt sedap especially bila dah disimpan berhari2. Lapisan hitam tu adalah gabungan coklat dan buah prune. Sepatutnya bahgian coklat tu dikukus 4  lapisan tapi oleh krn kesuntukan masa, dyg buat 3 lapisan jer. Sebab tu lapisan putih atas sekali tu nampak tebal sedikit berbanding yg lain. hehe. 

Apa2pun, kek ni tak berapa sesuai dibakar yer memandangkan cara dan teknik mengadunnya tak sama dgn mengadun adunan utk kek2 bakar. Takut nanti lain pulak kejadiannya...hehe.




Sila layan dulu. Resepi boleh KLIK DI SINI