Alhamdulillah...dyg baru terbaca emel dari innity.net. Problem sebenarnya adalah datangnya dari pihak innity sendiri. Nak tau secara detail bolehlah jenguk di blog Kak Nor jap. Tak pasal2 site ni jadi mangsa. Bukan setakat tu jer, byk lagi site yg ada tag innity (termasuklah myresipi.com) kena nasib yg sama. Pihak innity pun dah ckp, suruh remove dulu tag tu...mmg dah remove dah sejak site ni kena abused tadi...hwaaaaa!...dan problem ni akan settle within 48 hrs. Kalau mcm tu, legalah sket walaupun msh dlm keadaan trauma. Tak pasal2 semua kerja rumah tergendala disebabkan masalah ni. Thanks to kak Nor kerana bersusah payah call dyg dari pagi tadi tak dpt2 sehinggalah ke petang tadi semata2 utk memberitahu ttg kejadian yg tidak diingini ni.
Kpd pengunjung2 semua...tak usah risau dan was-was utk bertandang ke sini lagi. InsyaAllah, tak ada apa2 yg akan berlaku. Semua link yg ada kaitan dgn innity pun dah tak ada dan takkan ada dah lepas ni....terima kasih sekali lagi atas keprihatinan sahabat2 dan rakan2 blogger semua.