Walaupun dah byk kali ulang tayang mi kari ni, tapi nak tayang gak pasal bulan ni tak buat lagi....tu yang kena refresh....hehe. Lega rasanya dapat makan setelah berhari2 tertangguh2 mcm laksa Sarawak tu gak...bilalah agaknya nak buat eh...nak beli tapau jer dari Deja Mos, malas pulak sb dah buat pes dia...cuma 'rajin' jer belum datang lagi ni...kalau ada sesiapa yg boleh tolong buatkan, sila2lah ke dapur dyg tu yer...nanti byr upah....hihik....
Oklah, mi kari ni sebenarnya baru jer siap utk hidangan makan malam. Maknanya hari ni, berjaya gak escape dp makan nasik...hehe. O ya sebelum tu, dyg nk ucap terima kasih byk2 kepada yg telah sudi mencuba resepi mi kari ni yer. Terharu sgt2. Bagi yg belum pernah mencuba masakan ni, sudi2kanlah mencubanya. Tak rugi pun. Kuah mi kari ni pulak kalau tak suka pekat, bolehlah tambah airnya. Cair sgt pun tak best pulak, nanti hilanglah keasliannya....lagi satu, mi ni tak perlu pakai santan, nanti cepat basi kalau nak simpanlah kan. Sebaliknya, hanya guna sedikit kerisik shj. Itulah kelainannya masakan kuah kari ni. Walau apa2pun, terpulanglah pd citarasa masing2. Yang penting, sedaaappp!!
Jom makan!!! Resepinya boleh rujuk DI SINI