Senin, 07 Februari 2011

Nasi Impit Kuah Kacang

Petang semalam DJ buat kuah kacang sb nak makan bersama nasi impit dan roti gardenia. Seawal paginya DJ rebus 3 paket beras nasik impit dan petang tu barulah masak kuahnya dgn bahan perencah yg begitu ringkas dan mudah sekali tetapi sangat2 menyelerakan. Last time makan kuah kacang ialah pd tahun lepas time beraya kat kampung halaman. Tapi yg jadi tukang masaknya ialah kakak DJ tau. Bila tengok cara dia memasak kuah ni mmg tak samalah dgn yg biasa DJ buat. Walau bagaimanapun, masyaAllah, mmg sedap kuahnya. Kena plak dgn citarasa DJ. Tak sia2lah punya kakak yg pandai masak...ehem2...hehe.

Resepi kuah kacang ni dah byk kali diulang tayang tetapi dalam pelbagai versi. Antaranya adalah kuah kacang pistachio dan juga di sini. Yang kat n3 ni lain plak versinya. Guna perencah yg serba ringkas jer. Yang penting, sedaaappp!..

Nak tau tak, sebenarnya DJ masak kuah ni seperiuk besar. So, ada lagi belen kuahnya dlm esbok. Hari ni, just reheat kan jer dlm oven. Ni kalau ada satay goreng lagilah tak boleh nak brenti makan...hehe.

Resepi Kuah Kacang (my style)

bahan-bahan:

  • 400g kacang tanah goreng (dikisar kasar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1-2 senduk cili giling cap Aminah 
  • gula melaka secukupnya
  • garam dan sedikit gula pasir
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak sayuran secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. (lebihkan sedikit minyak masak supaya kuahnya nampak cantik).
  2. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya secara berselang seli dan kacau perlahan-lahan. Gunakan api perlahan shj. 
  3. Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka dan sedikit garam. Kemudian perasakan pula dengan gula pasir sehingga betul-betul menepati selera. 
  4. Masak lama sedikit dgn api kecil sehingga keluar minyaknya. Barulah nampak cantik dan lebih sedap. 
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, satay atau roti kosong. Sedap!