Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera....
Hari ni DJ nak share resepi kek kukus keju yg DJ buat ari tu. Kalau rasa nk cuba, silakan yer. O ya sebelum tu DJ nk minta maaf byk2lah atas kelewatan meng'update' resepi ni sb DJ tak selalu ada di depan komputer. Kebizian sungguh nampaknya tapi apa yg bizi sgt tu tak taulah...haha.
Kek ni teksturnya mcm kek lapis Sarawak gak. Padat tetapi lembut dan basah. Cuma dari segi rasanya taklah terlalu manis seperti kek2 Sarawak yang ada tu. DJ pun tak suka kek yg terlalu manis...mau pengsan dibuatnya...hehe. Kek ni dah cukup2 manisnya tau. Tetapi kalau nk manis lagi, bolehlah tambah gula atau susu pekat. Ikutlah selera masing2...hehe...ermm, ada ker yang berminat nak cuba resepi ni eh??..huhu.
Oleh krn dah kehabisan stok coklat emulco, DJ campurkan sekali serbuk koko dgn coffee emulco. Memang harum dan wangi jer kek ni. Ditambahkan lagi dgn lapis pandannya...wallaa!..mmg best!. Next time nak buat lagilah. Kalau time raya nanti, rasa2 yang ni akan masuk list ler kot...
Oklah, jom layan resepinya. Abaikan shj gambar2 yg kurang menarik itu k...hehe.
Kek Kukus Keju Lapis
bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
- 250 g tepung gandum (diayak)
- 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
- 250 g gula halus (dibahagi dua)
- 2-3 sb susu pekat manis
- 300 g mentega (pada suhu bilik)
- 260 g krim keju (pada suhu bilik)
- 260 ml krim putar / whip cream
- sedikit pandan emulco/pes pandan
- sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
- sedikit esen vanilla
cara-cara :
- Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
- Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
- Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
- Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
- Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
- Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.
InsyaAllah, pada masa akan datang, sekiranya dipanjangkan usia dan murah rezeki, DJ akan kongsikan satu lagi resepi kek kukus keju yg paling mudah dan beberapa lagi kek kukus Sarawak seperti Kek Madu Kemenyan, Kek Sabok Tun Razak, Kek Hati Parek dll. Tapi kenalah sabar menanti 2-3 bulan lagi la yer...hehe.
Apa2pun terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak.
Apa2pun terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak.