Selasa, 02 November 2010

Eggless Chocolate Cake (resepi III)


Lagi2 kek coklat kan...hehe. Harap2 jangan ada yg jemu tgk kek yg dah selalu sgt diulang tayang ni. Akan tetapi, resepi yg ingin dikongsikan ini adalah resepi versi lain. InsyaAllah, sedap, lembut. lembap dan kurang berminyak. Kek ni dyg buat semalam tau. Biasalah, kat rumah ni, kalau tak ada kek, mesti bdk2 tu komplen. Kita yg tgh malas ni terpaksalah menurut sj apa yg dia org nak. Oleh kerana kek ni jimat kos, mudah dan cepat, maka layan jelah...hehe. Cuma kali ni tak letak topping, sb rasanya dah cukup manis.

Resepi kek ni amat mudah dan ringkas. Bagi yg tak gemar menggunakan serbuk kopi, resepi ni mmg sesuailah utk dicuba. Mudah-mudahan dpt menepati selera anda yer. 

Eggless Chocolate Cake (Resepi III)

bahan-bahan :
  • 1 cawan (125g)  tepung naik sendiri
  • 1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 sk serbuk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yg berukuran 17.5 cm) dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Ayakkan tepung, koko, serbuk soda bikabonat di dlm mangkuk adunan. Kemudian masukkan gula. Kacau rata-rata.
  3. Masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dgn mixer)
  4. Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau lagi dgn menggunakan senduk kayu.
  5. Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau jus lemon. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihiaskan dgn topping atau ganache. 
***sukatan dgn menggunakan cawan metrik.
***tidak perlu letak garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.