Jumat, 12 November 2010

Ayam Goreng Madu Berempah II

Salam...

Hari ni dyg nak kongsikan satu lagi menu ayam favorite yg dh agak lama juga tak masak. Sepatutnya nak tayang mlm tadi tp tak sempat atas sebab2 tertentu. 

Lauk ayam ni mmg special dan sedaap!..resepi asalnya dah ada dlm blog. Boleh KLIK DI SINI. Untuk resepi kali ni, dyg ada tambah sedikit ramuannya. Maka, terhasillah resepi ayam goreng madu berempah II. Tak dpt nk cakap lebih2. Nak tau sedap ke terlebih sedap ayam ni, kenalah cuba resepi ni dulu yer. Tak rugi pun. 

Mulai esok, dyg akan bercuti seketika. Mungkin agak lama gak kot. Kalau sempat, dyg akan update. 


Apa2pun jom layan dulu resepi nih!....

Ayam Goreng Madu Berempah II


Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 4 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • garam
  • 3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
  • sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
  • sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
  3. Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
  4. Hidangkan panas2 setelah masak.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.