Jumat, 05 November 2010

Ayam Sos Berempah


Salam Sabtu....

Bersiaran kembali setelah bbrp hari tak update entri...hehe. Bukan kerana malas yer tapi sedang sibuk nak mengemas rumah dan  prepare barang2 sbg persiapan utk pulang ke kampung halaman nanti. Tak sabar rasanya nak balik. Rindu serindu2nya.....huhu. Apa2pun, dyg amat berterima kasih atas kunjungan anda sekalian dan juga komen2 yg diberikan...really appreciate it!

Ok, menu yg ditayangkan ni adalah menu malam tadi. Sepatutnya nak buat ayam acar berempah tapi tak kesampaian sb kekurangan stok rempah ratus. Jadi terpaksa ditangguhkan dulu. Terima kasih kpd Izah Muffin Lover krn sudi mencuba resepi acar berempah ikan tenggiri tu. Akak hampir2 terlupa yg resepi tu adalah resepi akak tahun lepas...hahaha. Yelah, masakan tu dh lama tak buat. Memang sedap kan, Izah?...thanks a lot, dear. Tak lupa juga yg telah mencuba resepi2 lain terutama puding coklat sos kastard tu, terima kasih banyak2. Anda suka, dyg pun suka, anda happy, dyg lagilah happy...Alhamdulillah, walaupun aku sedar siapa diri ini, tidak setaraf pakar memasak atau chef2 ternama, namun ku bersyukur krn ada juga insan2 di sini ingin mencuba resepiku yg tak seberapa itu...

Panjang pulak cerita hari ni kan?..hehe. Oklah, tak nak ckp lebih2 dah. Jom layan resepi ni!..memang sedap dan gerenti bertambah2. Sukatan bhn2nya boleh adjust sendiri yer. 

Ayam Sos Berempah

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam sederhana(dipotong, dibersihkan dan digoreng mcm biasa hingga masak)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 2-3 sudu makan pes cili/cili giling
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pes cili/cili giling, pes kari dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak/garing. 
  2. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Masak hingga mendidih. 
  3. Perasakan dgn garam dan gula. Kemudian, masukkan bawang besar dan akhir sekali barulah dimasukkan ayam yg sudah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  4. Setelah masak, bolehlah angkat dan hidangkan. 


***ada yg meminta maaf kpd dyg melalui FB(inbox) krn terkopipes gambar masakan utk diletakkan di dlm blog peribadi beliau.Well, honestly speaking, dyg tak marah dan tak kisah. Asalkan gambar tu ada disertakan link blog dyg sekali, ok lah tu.