Selasa, 31 Juli 2012

download smadav pro 9.0.10 full keygen

kali ini saya akan berbagi tentang anti virus kmputer anda yaitu smadav pro 9.0.10 baru. anti virus ini sangat baik untuk keamanan komputer anda agar terbebas dari virus. anda dapat mendownloadnya
dari sini. jika ingin mendownload klik aja dibawah ini

Senin, 30 Juli 2012

Download Free Kamus Bahasa Inggris

Download Free Kamus bahasa inggris

Assalamualaikum, alhamdulillah pada pertengahan di bulan puasa ini saya dapat posting lagi mengenai pelajaran ya ini tentunya. aplikasi kamus bahasa inggris yang memudahkan kita untuk mencari arti atau kosa kata bahasa inggris. langsung saja dapat kalian download aplikasi nya disini

Belajar Bisnis Online

Belajar bisnis online di dalam internet saat ini mungkin menjadi sebuah tren yang paling populer karena memang penghasilan yang menjanjikan. Karena sebuah bisnis online memang bisa menjadi salah satu jalan yang paling tepat untuk mendapatkan banyak pengalaman dan juga penghasilan yang cukup besar. Dengan bisnis online di dalam internet ini sudah banyak orang yang sukses dan kaya dengan hasil karyanya. Banyak cara dan juga jalan yang bisa Anda lakukan untuk bermain di dalam internet ini. Macam dan juga jenisnya ada banyak sekali tergantung skil Anda.


Belajar bisnis online bukanlah hal yang sulit untuk dilakukan, yang pertama Anda harus tahu terlebih dahulu pengertiannya. Bisnis online juga banyak artinya, bukan hanya pekerjaan yang ada di dalam internet semacam adsene, click bank, amazon dan juga lainnya. Tapi menurut saya bisnis online itu adalah sebuah karya hasil wirausaha yang dilakukan oleh orang dengan perantara internet. Hasil karyanya pun juga tidak monoton pada satu pekerjaan seperti yang saya sebutkan di atas. Mungkin beberapa contoh jenis atau macam bisnis online adalah sebagai penerbit iklan (ads publishing), membangun list (list building), menjual produk orang lain dan mendapatkan komisi penjualan (affiliate marketing), menjual produk sendiri dengan modal toko online (web store), menulis review dan dibayar (paid review), membuat membership site (paid subsciption membership), menjual blog yang di buatnya (blog flipping), menjadi jasa pembuatan blog, membuat dan menjual theme untuk web, membuat dan menjual plugin.

Dengan banyak pilihan itu, banyak orang bisa dengan mudah mendapatkan pekerjaan sesuai dengan keahlian yang dimilikinya. Hasil yang di dapatkannya pun juga bisa jadi lebih besar di bandingkan dengan mencari uang secara offline. Tapi semua itu juga tidak gampang, mencari uang di dalam dunia maya atau memang biasa di sebut dengan bisnis online ini tak selamanya memberikan hal yang maksimal. Semua pasti ada resikonya. Resiko yang ada di dalam bisnis online ini juga hampir sama dengan pekerjaan offline. Untuk Anda yang ingin mencoba untuk bermain bisnis online di dalam internet saya sarankan untuk mencari informasi terlebih dahulu di dalam internet tentang pekerjaan yang Anda pilih kemudian baru menjadi pemula di dalam bisnis online.

Rabu, 25 Juli 2012

Udang Garing Daun Kesum

Waaaaaa! mmmg sedaplah udang stail gini...kalau tambah cili padi sket, perghhh! Harus ada siaran ulangannya...heheh. Mekasih ye kak Ummi sb sudi share resepi Chef Kamarul ni di FB baru2 ni. Memang termimpi2 nk makan udang...Alhamdulillah akhirnya dapat juga menunaikan hasrat di hati. Ni lah lauk berbuka puasa semalam. Simple je bahan2nya dan cepat dimasak...tapiiii...sungguh sedap dimakan! Memang tak rugi dicuba. 

Dayang kopipes terus je dari dapur kak Ummi. Thanks a lot akak cayanggg!...I really like it!....
Haa...kalau ada sesapa berminat nk try resepi ni khususnya peminat tegar udang, silakan mencuba resepi ni. Memang berbaloi2! 

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home dan dayang@dapurkusayang


Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^



udang dalam taman.....tak ada daun selasih, kubedal daun salad....hahaha.

Kek Lapis Asam Manis (bakar)

Kek ni dah lama tayang kat FB tapi x sempat2 nk update resepinya. Ramai gak yg bertanya ttg resepi ni. Baru time ni ada ruang nk menjengah ke blog sendiri...hehe. Selamat mencuba resepi ni ye. :)


Kek Lapis Asam Manis
resepi : lepas-lagi@DapurKuSayang

bahan-bahan : loyang  8" x 8" atau 9" x 9"
  • 10 biji telur A
  • 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
  • 450 g mentega berkualiti 
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 150 g gula kastor 
  • 300 g susu pekat manis
  • haw slice/ hawflake secukupnya
  • pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati. 
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
  6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya. 
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama. 
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega. 


DJ buat 1/2 adunan je dari resepi asalnya dengan menggunakan loyang besar sb tu nampak rendah sket kek ni. Tapi yg penting, menjadi dan sedaaaapp!

Senin, 23 Juli 2012

Iftar hari ketiga : Siakap Sweet Sour & Spicy

Semalam masak yg simple2 je. Ni lah salah satu menu terawal yg sempat ditayang. Sangat berpuas hati mkn siakap stail ni biarpun main campak2 jer. Sebenarnya sejak kebelakangan ni DJ agak kepenatan sket sb sibuk dgn tempahan kek2 kukus dan kek2 lapis. Memang tak terkejar rasanya kali ni. Nasib baiklah dpt update blog kan...hehe. 

Ok layan dulu resepinya ye. Tak dpt nk pot pet memanjang sb ada kerja sedang menunggu. Selamat memasak dan selamat berbuka puasa! :)


Siakap Sweet Sour & Spicy
resepi : lepas-lagi@dapurkusayang

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan, dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng garing)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • sos cili secukupnya
  • sos tomato secukupnya
  • sedikit cuka makan
  • 1 sudu makan petis udang
  • kicap manis secukupnya
  • 1-2 sudu besar cili giling (boleh juga digantikan cili padi jika suka)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • hirisan kapsikum, nenas, epal dan tomato cherry dan sebagainya
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih dan cili giling hingga garing. 
  2. Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram, cuka, petis udang, kicap dan sos tomato. Kacau sebati. Masukkan sedikit air dan kacau lagi hingga mendidih. Tambah garam dan gula jika perlu sahaja. 
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi. 
  4. Setelah masak, siramkan kuah ini ke atas ikan yang sudah digoreng. Hiaskan dengan daun sup. Hidangkan. 

Minggu, 22 Juli 2012

Ayam Goreng Berempah


huhu...mmg pening memikirkan juadah utk berbuka puasa ni kan. Kalau ikutkan rasa hati, mau je pergi ke bazaar ramadhan beli itu dan ini. Tapi mengenangkan anak2 dan suami, rasanya lbh afdal lagi masak lauk hasil dari air tangan sendiri. Kalau setakat nk beli kuih2 ok la kan...heheh. 

ok, iftar hari pertama DJ x sempat nk share apa2 menu. Lagipun dapat lauk sponsor dari seorang kawan. Ada nasi ambang, laksa, pulut panggang dan macam2 lagilah sampai ada yg tak luak...hehe. Terima kasih byk2...Alhamdulillah. 


Semalam DJ buat ayam berempah dan bayam rebus je. Selain dari tu, ada murtabak dan taufufa. Memang sgt2 berselera terutama dpt menikmati ayam goreng berempah...adesss...sedap sungguh! Resepinya pun mudah je. Menggunakan bahan2 yang ada dalam stok. Kemudian perap selama 2-3 jam sebelum digoreng. Baki ayam yg diperap tu msh ada lagi. Bolehlah goreng utk hari ni pulak. 

Kalau nak tengok versi ayam goreng berempah beriani pun sedap tau. Ramai yg dah cuba resepi ni. KLIK DI SINI atau DI SINI. Apa2pun, jom kita layan resepi ayam berempah yg ini pulak ye. Terima kasih sudi singgah dan selamat berbuka puasa utk hari ni pulak. :)

Ayam Goreng Berempah
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 cawan tepung goreng serbaguna/ala KFC
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 8-10 batang serai
  • 1 sudu besar biji ketumbar
cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati. Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman. Sediakan minyak yang banyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan. Selamat mencuba!