Rabu, 25 Juli 2012

Udang Garing Daun Kesum

Waaaaaa! mmmg sedaplah udang stail gini...kalau tambah cili padi sket, perghhh! Harus ada siaran ulangannya...heheh. Mekasih ye kak Ummi sb sudi share resepi Chef Kamarul ni di FB baru2 ni. Memang termimpi2 nk makan udang...Alhamdulillah akhirnya dapat juga menunaikan hasrat di hati. Ni lah lauk berbuka puasa semalam. Simple je bahan2nya dan cepat dimasak...tapiiii...sungguh sedap dimakan! Memang tak rugi dicuba. 

Dayang kopipes terus je dari dapur kak Ummi. Thanks a lot akak cayanggg!...I really like it!....
Haa...kalau ada sesapa berminat nk try resepi ni khususnya peminat tegar udang, silakan mencuba resepi ni. Memang berbaloi2! 

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home dan dayang@dapurkusayang


Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^



udang dalam taman.....tak ada daun selasih, kubedal daun salad....hahaha.