Dalam bulan ni saja dah 4 kali buat kek chiffon ni. Rasa mcm jimat pulak beli cream cheese sb tak pakai banyak. Lagipun, senang nak buat. Tak perlu buat mcm biasa tu (Steam bath). Tak perlu nk risau kek tu masak ke tak. Kalau guna loyang chiffon InsyaAllah kek masak sekata dan naik gebu. Tetapi bergantung juga pada kesegaran telur. Kalau tak segar, hasilnya dah pasti mengecewakan....kalau dah kecewa, mmglah rasa nak give up jer kan...hehe.
Resepi ni dyg olah mengikut sukatan sendiri dan selera anak tekak sendiri yer. Bahan2nya lebih kurang sama jer dgn resepi chiffon cheesecake yg ada dlm internet ni. So, jangan komplen yer kalau tak menepati selera. Bagi dyg, kek ni btl2 fit my taste. Tak spongy sgt dan tak creamy sgt. Payah nak explain sebenarnya, tp kalau nak tau kena cuba sendirilah kan...hehe.
Alhamdulillah....anak2 kata sedaappp!..lembut, gebu dan lemak2 manis gitu. Time dah nak masak tu, mmg best!..harum dan wangi jer baunya..semerbak satu rumah.
Chiffon Cheesecake
Bahan A :
- 90 g cream cheese
- 50 g butter
- 80 ml susu segar
- 2 sb jus oren
- 100 g tepung gandum
- 5 biji kuning telur gred A
Bahan B :
- 5 biji putih telur gred A
- secubit garam
- 100 g gula kastor
- 1/4 sk krim tartar
Cara-cara :
- Panaskan oven pd suhu 150-160C.
- Bahan A (kecuali tepung dan telur) disatukan sekali di dalam periuk dan dicairkan hingga sebati dgn menggunakan whisk. Masak dgn kaedah double boil(sediakan kuali / periuk leper yg berisi air. Dan kemudian letakkan periuk yg berisi bahan2 A tadi di atasnya dan panaskan dgn api perlahan). Setelah masak, sejukkan sebentar.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
- Masukkan kuning telur dan kacau lagi secara perlahan-lahan hingga adunan betul2 sebati dan tak bergentel. (masih menggunakan whisk)
- Bahan B : Pukul putih telur hingga berbuih dan barulah dimasukkan garam, krim tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga gebu dan bertanduk. Jangan sampai overbeat.
- Satukan bahan B dgn bahan A tadi. Ratakan secara kaup balik dgn menggunakan rubber spatula.
- Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 22 cm (tak perlu disapu mentega) dan goyang2kan sedikit loyang tersebut supaya adunannya sekata.
- Bakarlah selama 50 minit atau sehingga kek masak keperangan. (yang ni kena adjust sendiri mengikut jenis oven masing2. Memandangkan oven DJ ada masalah, DJ bakar dgn suhu 140C dulu selama 50 minit dan kemudian dinaikkan pula pd 160C utk selama 10-15 minit lagi)
- Setelah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang dan letak atas redai kek. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Selamat mencuba!