Cendawan Goreng Kunyit Cili Api
bahan-bahan :
- 200 g cendawan tiram putih (dibersihkan dan dihiris)
- 10-15 biji cili api hijau
- 3 ulas bawang putih
- segenggam ikan bilis
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1 sudu kecil sos tiram
- sedikit garam
- 1 sudu kecil gula
- sedikit air asam jawa
Cara-cara :
- Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati.
- Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering.
- Setelah itu, angkat dan hidangkan.
*****************************************************
Salam...
....letak resepi dulu baru boleh cakap...tq yer izah...sibuk sket hari ni...melayan si kecik nak buat kek coklat. Dari semalam lagi nak kek eggless tu...hari ni dia mengadun sendiri tepung tu...kita tukang bakar jelah...just tunggu apa hasilnya nanti...hehe.
Menu kat atas tu mmg boleh tahan sedapnya. Mula2 ingat nak buat cendawan kukus tapi terasa malas pulak nak sediakan pengukus. Lain kali jelah. Yang ni pun sgt2 menyelerakan lbh2 lagi dapat mkn dgn nasi panas. Ooopps!...lupa...menu ni dah lepas yer...so, tak dapatlah nak jamu u all. Kalau berminat, boleh cuba resepinya yer.