Semoga panduan berikut (hasil rujukan pelbagai sumber serta sumber sendiri) dapatlah sedikit sebanyak membantu anda untuk menghasilkan kek yang sempurna.
Persediaan bahan-bahan
- Semua bahan hendaklah disukat atau ditimbang dgn betul dengan menggunakan penimbang (sebaik2nya penimbang digital) serta camca penyukat dan saiz loyang yang ditetapkan dalam resepi. Penyukat yang dimaksudkan bukan cawan kopi atau cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Bukan camca teh, atau camca makan di rumah tetapi camca sukatan metrik (kecuali yg dinyatakan pd resepi. Misalnya: untuk membuat kek lapis Sarawak, gelas khas digunakan utk menyukat bahan-bahan).
- Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resepi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega dan telur. Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini akan menggebukan lagi kek itu.
Menyediakan tin kek / loyang kek
- Tin kek / loyang kek perlu dialaskan, digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung. Ini bertujuan untuk mengelakkan kek daripada melekat pada tin semasa ia dikeluarkan. Selain itu, ia juga mengelakkan kek daripada cepat menjadi hangus.
- Kek yang dibakar dalam tin yang sudah digriskan dgn mentega dan ditaburkan dgn tepung akan menghasilkan kerak yang elok.
- Lebihan tepung yang ditabur pada tin tadi dikeluarkan dgn cara menterbalikkan tin tersebut serta diketuk2kan bahagian tepinya perlahan-lahan.
- Tin / loyang yang tidak melekat boleh didapati di mana-mana kedai menjual perkakas kek dan tidak perlu dialaskan atau digriskan.
- Acuan lain atau acuan lengkung boleh juga digunakan sebagai tin kek.
Ketuhar
- Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli.
- Waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar . Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
- Jika anda menggunakan ketuhar jenis mikrogelombang (microwave) utk membakar kek, gunakanlah loyang yang sesuai seperti kaca atau seramik yang tahan panas. Sebaliknya, perkakas jenis logam kurang sesuai kerana tenaga mikrogelombang dipantul oleh logam, maka ini akan menyebabkan kek tidak akan masak sama rata.
- Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resepi menyatakan sebaliknya.
Adunan kek
- Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega. Adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek menjadi keras.
- Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
- Ikutilah langkah2 dalam resepi dengan betul. Jika ia memerlukan adunan dikacau sebati dengan senduk kayu, gunakanlah senduk kayu. Jika adunan perlu dikaupbalikkan, ikutlah arahan.