Inilah pertama kalinya DJ gulung kek ni secara terbalik.....faham ke tak ni maksud 'terbalik'? hehe. Ok, jom imbas kembali kek gulung kasih yg DJ buat sebelum ni. Ada beza tak? Apa agak2nya yg terbalik tu? :D
Rujuk link DI SINI
ermm...dah dpt jawapan?...heheh. Apa yg DJ maksudkan ialah kek ni biasa kulit di luar tetapi kali ni DJ guna bahagian dalamnya pulak menjadi kulit dengan meletakkan tompokan adunan terlebih dahulu dan kemudian dibakar selama 50 saat, lepas tu diratakan adunan putih pd keseluruhannya. Bakar lagi hingga masak keperangan. Bila dah siap bakar, keluarkan dari oven dan terbalikkan kek. Ceraikan perlahan2 dari kertas baking tadi (rujuk gambar bawah). Kemudian terbalikkan semula kek tadi....haaa..nampak tak kulit kek tu bila dah dipisahkan dari baking sheet tu? hmm..tak melekat pd kertas tu kan...DJ menggunakan none stick baking paper utk menggulung kek. Jadi, kalau guna kertas biasa, maybe kena sapu butter atau minyak terlebih dahulu supaya kulitnya tak melekat pd kertas tersebut. Boleh juga guna plastik utk gulung kek ni (yg ni pendapat mereka2 yg dah mencuba..tp DJ mmg x pernah try pun)
Apa2pun cara, yang penting kek roll kena btl2 masak on timing. Silap adjust/set masa sket, kek kurang masak atau terlebih masak. Bila terlebih masa membakar, kek akan menjadi kering dan berderai. Akhirnya ia patah semasa digulung. Sebab tu lah kena ambil tahu masalah oven masing2. Lain jenis oven, lain kepanasan suhunya. Lagi satu, follow resepi betul2. Jangan adjust sukatan melainkan gula. Ikutlah langkah2nya, jgn ada yg terlepas pandang, ok... All the best! :)
DJ msh menggunakan resepi yg sama DI SINI. Tekstur kek ni mmg gebu, lembut dan sedaaapp! Kalau takut kulitnya tertanggal, bolehlah cuba stail gini. Ikutlah keselesaan masing2 kan. Tapi stail gini pun nampak comel gak...hehe (tetiba terasa nk buat lagi la pulak tapi perisa lain.
Kali ni DJ menggunakan filling bluberry pulak...alangkah sedapnyaaaaa!