Apa khabar? Semoga semuanya baik2 belaka dan ceria2 hendaknya ye. DJ mcm biasa, kalau tak ada halangan dan free, mulalah menyibuk dan menulis entri...biarpun menayangkan resepi yg dah acap kali diulang tayang. Jangan ada yg jemu membaca udah ler ye...heheh.
Sebelum ni DJ pernah stop skjp makan daging. Memang pantang nampak daging lembu ni, terus rasa tak berselera nk makan. Ingatkan dah mula ikut jejak kakak yg tetiba je berhenti mkn makanan berdaging. Tapi rupa2nya itu hanyalah sementara jek...skrg dah boleh mkn dah...hahaha. Tapi kan byk2 masakan daging, yg inilah yg paling DJ gemari. Sangat mewah dgn rempah dan aromanya. Sedap tak terkata, nasik pun x sedar bertambah2 sb rasa mcm tak puas je mkn..siyes!...adehhh...sesungguhnya lauk daging kicap ni amat sesuailah dimakan dgn apa jua jenis hidangan nasik lebih2 ketika menyambut hari lebaran... ^__^
Resepi dah byk kali gak tayang kat blog ni. DI SINI atau DI SINI. Dan baru2 ni resepi daging kicap ni ada tersiar dlm majalah Era Muslimah keluaran bulan April. Bolehlah dapatkan naskahnya secepat mungkin ye. Terima kasih juga diucapkan kpd pihak majalah Era Muslimah atas lamaran yg kali ketiga ini. Syukur Alhamdulillah...
Ok lah...Sesiapa yg belum pernah mencuba lagi resepi ni, sila2lah merajinkan diri. Mudah2an dpt menepati selera. DJ cnp semula resepinya di sini.
Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
Bahan-bahan :
- 1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
- rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
- 2 sudu besar kicap pekat
- 3-4 sb cili giling
- kicap manis/kicap masin secukupnya
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
- 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
- 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
- air asam jawa
- 3 sudu makan kerisik
Bahan-bahan mesin :
- 1 labu bawang besar
- 7 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
***jika suka, bolehlah tambah ubi kentang dan tomato ceri.
- Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
- Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka.
- Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
- Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak dan sebagainya.