Minggu, 22 April 2012

Kek Kelasi Mabuk (kukus)


Projek mengukus kek semakin hebat sejak dua menjak ni. Memang btl2 demamlah. Selagi ada semangat dan kerajinan, selagi tu lah tangan ni rs gatal nk mengadun kek. Ikut musim, dah tiba masa dan saatnya nanti, xkan ada dah projek mengekek ni...hehe.

Ok, x sabar rasanya nk cerita psl kek ni... minggu lps si mek Mukah ada menayangkan kek kelasi mabuk di FB. Pas tu diikuti AlongRoz...Pengsann dakuu!...tak boleh jadi ni...nak juga try wlpn pd awal perancangannya nk buat kek kukus Batu Berendam. 

Sebut je kelasi mabuk, terus kuteringat Jack Sparrow...hahaha..entah apa2 kan... Mmg unik sekali nama kek Sarawak yg tak pernah kudengar ni, siyes! Bila dah buat sendiri, adehh! lagilah terserlah keunikannya....haa, ingat! Jangan memandai nk bubuh baking powder dlm adunan kek ni ye (even dlm adunan kek2 Sarawak yg lain pun jangan...KECUALI dinyatakan dlm resepinya)...bkn apa, takut nanti kek masak dlm periuk pengukus(entah2 tak masak..hehe), bukannya dlm loyang...siapa yg salah?? bkn salah resepi tau...hehe

Kek ni DJ buat 1/2 adunan jer dari resepi asalnya. Saja nk try test kan. Tapi mmg btl2 sedap dan uniklah kek ni. Cuma DJ terkurang sukatan tepungnya. Sb tu nmpk basah2 sket. Apa2pun mmg tak rugi dicuba. Terima kasih ye Pn Lynda dan HaSue atas perkongsian resepi yg sungguh hebat ni. Mekasih gak buat AlongRoz sb tlh memberi semangat buatku utk mencuba resepi ni. 


Kalaulah ditanya mcm mana rasa kek ni, silalah cuba sendiri resepinya. DJ tak dpt nk jelaskan di sini. Jangan bimbang, kek ni takkan rasa terlebih masam dan sebagainya. Yang paling best, lapisan meringue nya. Masam manis gitu. Seperti yg HaSue suggest, kalau nk buat berlapis2 pun ok. Tapi DJ ikut je 100% resepinya. Alhamdulillah....puas hati setakat ni. Thanks HaSue. Kredit juga buat empunya resepi ni. Besttt!


Resepi cnp dari dapur HaSue. Thanks dear... ^___^

KEK KELASI MABUK
Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber : lepas-lagi

Bahan-bahan :
  • 450g mentega berkualiti tinggi
  • 200 gm horlicks
  • 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
  • 1 gelas gula (150g)
  • 1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 botol pandan paste
Caranya
Adunan Hijau:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masuk butter, pukul hingga putih.
  3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
  4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
  • 8 biji putih telur
  • 10 sudu besar gula halus
  • 4 sudu teh tepung gandum
  • 6 biji limau kasturi
Cara:
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
  2. Masukkan tepung.
  3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
  1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
  2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
  3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
  4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik 

Sekali pandang mcm Kek Lapis Evergreen Kukus pulak...hehe