Sabtu, 21 April 2012

Bahulu Gulung

Dapat je telur fresh terus kubuatkan bahulu gulung...Alhamdulillah...gebu dan sedap sgt rasanya. Dah lama sgt tak buat kek ni padahal kalau nk prepare bahan2nya bkn main senang lagi kan...hehe. Tetiba je mood rajin ni dtg. Payah nk carik mood sebegitu tau...huhu. 

Dulu2 lah, nenek kata kalau nak bahulu tu rasa sedap, lembut dan gebu, kenalah menggunakan telur yg segar. Barulah dpt hasil yg memuaskan. Kalau telur dah nk hampir expired, baik buat telur mata kerbau jek..ye tak ye jugak...tp mmg btl lah apa yg nenek ckp tu...DJ dah byk kali gak buat. Penah gak x menjadi sgt sb tak ikut petua nenek. So, kesimpulannya, jgn salahkan resepi 100% kalau apa yg kita buat tak seperti yg dalam gambar tu, ok. (hihik...siap bagi peringatan lagi tuu...)

Masih kuingat lagi zaman dulu2 tak ada mixer utk putar telur dgn gula ni....taaapiii...MasyaAllah..betapa gebu dan lembutnya bahulu biarpun diputar cara manual jer...hehe...faham2 jelah kan...

hmm..kalau tengok resepinya mesti ada yang bertanya, kek ni tak pakai minyak atau butter kahh?...mmg tak pakai langsung ye tapi hasilnya tetap gebu. Cuba dulu baru tau hasilnya. Kalau tak menjadi gak, janganlah terus mengalah. Cuba dan cuba lagi sampai dapat. Lagipun resepi ni adalah resepi basic kek gulung. Memang sesuai sgt bagi yg nk baru belajar. 

DJ cnp semula resepi dari myresipi.com. Adehh...dah lama tak tulis resepi kat situ. Di situlah mula2 DJ berkongsi resepi dan berkenalan dgn HaSue, kak Nor, Lina_pg, kak Liza, Mat Gebu, dan ramai lagi blogger masakan yg hebat2 belaka. ^___^

Ok, jom kita semak resepinya ye...slmt mencube! 

Bahulu Gulung
resepi : Dayang Jack

Bahan-bahan :
( dulang saiz 9" x 7" atau 10" x 10" x 1" - Satu gulung utk 3-4 orang )
  • 90g tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A (telur yang segar pada suhu bilik)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla / jus lemon
  • jem secukupnya (DJ menggunakan filling strawberi)
  • sedikit gula halus untuk taburan - boleh skip

Cara-cara
  1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  3. Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dengan cara kaup balik. (kaup tepung dengan perlahan sahaja) 
  5. Tuangkan adunan ke dalam dulang yang telah disediakan. Ratakan.
  6. Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
***boleh rujuk di MYR untuk lihat step berserta gambar.

Sekali sekala kulit tertanggal, tak mengapalah...nampak seksi gituuu...awww...pengsannn!