Kalau makan kerepek jagung ni gerenti takleh brenti dibuatnya...my hubby suka sgt mengadap benda ni. Anak2 apatah lagi...dok mengunyah jelah kerja dia org sampai ada yg tersakit gigi. Buat 4 balang besar pun tak cukup. Mmg tak ada can lah nk hidang pd tetamu...hehe.
Nak buat kerepek rangup ni senang je. Walaupun dimasak dgn dua kaedah iaitu menggoreng dan bakar, namun, taklah mengambil masa yg begitu lama. Hasilnya mmg best! Sangat sesuailah dihidang pd hari lebaran atau bila2 masa shj.
Jom kita cuba resepi mudah ni...
Cornflake Madu Pedas Rangup
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
- 1 bungkus cornflake
- 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
- 6 biji bawang merah (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- sedikit cili giling/cili kisar
- madu secukupnya
- sedikit garam
- 100 g mentega +/-
Cara-cara :
- Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
- Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
- Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
- Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
- Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
- Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!