Rabu, 30 Juni 2010

Sagon

Durian punya pasal, sanggup kurajinkan diri ke dapur semata-mata nak buat sagon biarpun tak ada stok tepung sagu atau 'tepung saguk' sebutan Sarawaknya...hehe. Nasib baiklah ada tepung beras dan sedikit kelapa parut..bolehlah buat sket2...redah jer...anak2 tak makan, hubby pun tak reti makan durian dgn sagon ni...tapi kalau kat kampung, mak mesti buat sagon berbalang2 byknya sb dia tau dyg tak boleh makan durian kalau tak ada sagon...pelik kan...hehe.


Alhamdulillah...dapat gak buat sagon sendiri. Biasanya suruh mak poskan. Nak buat sendiri, kena ada 'mood' dulu tapi kalau dah dpt durian depan mata, rajin tak rajin kena rajin gak...hehe. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sagon. Hanya perlukan kelapa parut, tepung dan sedikit garam. Lepas goreng, bolehlah nak add gula jika suka dan makan gitu2 jer...tapi pastikan sagon tu betul2 rangup, barulah sedap rasanya.

Resepi sagon ni ikut versi sendiri jer. Sangat mudah dan sedap! Nak ikut resepi ni pun boleh. Bahan-bahan boleh adjust ikut keperluan serta citarasa sendiri.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan kelapa parut
  • 1 1/4 cawan tepung beras / tepung sagu
  • sedikit garam
  • gula halus
Cara-cara : Satukan tepung bersama kelapa parut dan garam di dlm kuali. Pastikan ketiga2 bahan ini digaul2kan terlebih dahulu. Setelah itu, gorenglah tanpa minyak hingga garing dan berderai. Gunakan api kecil sahaja. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu dan campurkan dgn gula jika suka.