Tengahari ni DJ masak ayam kapitan. Dah berkurun2 lamanya tak makan. Sesekali masak mmg sedaplah! Lawan dgn ikan terubuk masin...wallaaa!!!..kali ni ambik resepi dari dapur Diana.
Sebenar2nya, DJ teringin sgt nk buat nasi ayam penyet Palembang...tak sabar nak penyetkan ayam tuu...tp kan oleh kerana terlalu malas teramat2, suami pun tak lunch & dinner kat rumah hari ni, maka, tak jadilah projek tu. Lain kali jer lah...hujung minggu ni ker kalau rajinlah kan....hehe.
Apa2pun...jom layan resepi ni dulu...sedaappp! Thanks to Diana & Babybatriesyia.
AYAM MASAK KAPITAN
Sumber: Babybatriesyia
Bahan Kisar
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 6- 7 biji Cili Merah
- Sedikit lengkuas (DJ guna 1 inci)
- Sedikit Serbuk Kunyit
Bahan A
- Ayam dipotong ikut suka (DJ guna 1/2 ekor ayam)
- 200 ml santan
- 50 ml susu cair
- 4 sudu besar air asam limau nipis (DJ guna air asam jawa je)
- garam dan gula secukupnya