Jumat, 05 November 2010

Ayam Sos Berempah


Salam Sabtu....

Bersiaran kembali setelah bbrp hari tak update entri...hehe. Bukan kerana malas yer tapi sedang sibuk nak mengemas rumah dan  prepare barang2 sbg persiapan utk pulang ke kampung halaman nanti. Tak sabar rasanya nak balik. Rindu serindu2nya.....huhu. Apa2pun, dyg amat berterima kasih atas kunjungan anda sekalian dan juga komen2 yg diberikan...really appreciate it!

Ok, menu yg ditayangkan ni adalah menu malam tadi. Sepatutnya nak buat ayam acar berempah tapi tak kesampaian sb kekurangan stok rempah ratus. Jadi terpaksa ditangguhkan dulu. Terima kasih kpd Izah Muffin Lover krn sudi mencuba resepi acar berempah ikan tenggiri tu. Akak hampir2 terlupa yg resepi tu adalah resepi akak tahun lepas...hahaha. Yelah, masakan tu dh lama tak buat. Memang sedap kan, Izah?...thanks a lot, dear. Tak lupa juga yg telah mencuba resepi2 lain terutama puding coklat sos kastard tu, terima kasih banyak2. Anda suka, dyg pun suka, anda happy, dyg lagilah happy...Alhamdulillah, walaupun aku sedar siapa diri ini, tidak setaraf pakar memasak atau chef2 ternama, namun ku bersyukur krn ada juga insan2 di sini ingin mencuba resepiku yg tak seberapa itu...

Panjang pulak cerita hari ni kan?..hehe. Oklah, tak nak ckp lebih2 dah. Jom layan resepi ni!..memang sedap dan gerenti bertambah2. Sukatan bhn2nya boleh adjust sendiri yer. 

Ayam Sos Berempah

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam sederhana(dipotong, dibersihkan dan digoreng mcm biasa hingga masak)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 2-3 sudu makan pes cili/cili giling
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pes cili/cili giling, pes kari dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak/garing. 
  2. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Masak hingga mendidih. 
  3. Perasakan dgn garam dan gula. Kemudian, masukkan bawang besar dan akhir sekali barulah dimasukkan ayam yg sudah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  4. Setelah masak, bolehlah angkat dan hidangkan. 


***ada yg meminta maaf kpd dyg melalui FB(inbox) krn terkopipes gambar masakan utk diletakkan di dlm blog peribadi beliau.Well, honestly speaking, dyg tak marah dan tak kisah. Asalkan gambar tu ada disertakan link blog dyg sekali, ok lah tu. 

Rabu, 03 November 2010

Asam Rebus Udang


Tak tau nak ckp apa dah...mungkin sudah kekenyangan kot...hehe. Layan jelah udang asam rebus ni ek. Lauk yg teramat2 sempoi dan teramat2 sedap sampai 2-3 kali tambah nasik...mmg best! Kalau ada nenas atau terung asam ni lagilah tak terkata sedapnya....teringat plak masa kat kampung...huhu.


Asam Rebus Udang

bahan-bahan : tiada sukatan

  • udang
  • cili giling/cili kisar
  • serbuk kunyit
  • serai (diketuk)
  • bawang merah (ditumbuk)
  • bawang putih (diketuk)
  • garam dan gula
  • asam keping
  • hirisan nenas jika suka
Cara-cara : Didihkan air secukupnya di dlm periuk. Masukkan bwg2, cili, serbuk kunyit dan serai. Kacau dan biarkan ia mendidih. Setelah itu, masukkan garam, gula, asam keping, hirisan nenas(jika suka). Akhir sekali barulah dimasukkan udang. Setelah masak, hidangkan panas2 bersama nasi putih. Sedap!

Selasa, 02 November 2010

Eggless Chocolate Cake (resepi III)


Lagi2 kek coklat kan...hehe. Harap2 jangan ada yg jemu tgk kek yg dah selalu sgt diulang tayang ni. Akan tetapi, resepi yg ingin dikongsikan ini adalah resepi versi lain. InsyaAllah, sedap, lembut. lembap dan kurang berminyak. Kek ni dyg buat semalam tau. Biasalah, kat rumah ni, kalau tak ada kek, mesti bdk2 tu komplen. Kita yg tgh malas ni terpaksalah menurut sj apa yg dia org nak. Oleh kerana kek ni jimat kos, mudah dan cepat, maka layan jelah...hehe. Cuma kali ni tak letak topping, sb rasanya dah cukup manis.

Resepi kek ni amat mudah dan ringkas. Bagi yg tak gemar menggunakan serbuk kopi, resepi ni mmg sesuailah utk dicuba. Mudah-mudahan dpt menepati selera anda yer. 

Eggless Chocolate Cake (Resepi III)

bahan-bahan :
  • 1 cawan (125g)  tepung naik sendiri
  • 1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 sk serbuk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yg berukuran 17.5 cm) dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Ayakkan tepung, koko, serbuk soda bikabonat di dlm mangkuk adunan. Kemudian masukkan gula. Kacau rata-rata.
  3. Masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dgn mixer)
  4. Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau lagi dgn menggunakan senduk kayu.
  5. Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau jus lemon. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihiaskan dgn topping atau ganache. 
***sukatan dgn menggunakan cawan metrik.
***tidak perlu letak garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.


Senin, 01 November 2010

Tenggiri Pedas Masam Manis


Inilah menu utk dinner malam ni. Sedap bangat!


Tenggiri Pedas Masam Manis

bahan-bahan :

  • 6 ketul ikan tenggiri (digoreng spt biasa hingga masak)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sos plum/sos masam manis/sos tomato
  • sos cili
  • garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sb cili giling/cili kisar
  • hirisan daun sup
  • cili benggala (dihiris dadu)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling/cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos plum, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian barulah dimasukkan bawang besar, cili benggala, garam, gula dan daun sup.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Cornflake Madu Pedas


Dah lama simpan cornflake ni...time raya ari tu lah. Masih ada tinggal sekotak lagi. Hari ni buat yg pedas2 sket. Barulah best! Resepi spontan jer ni yer. Tapi mmg sedap dan asyik meratah jer ni...hehe.


Layan je dulu ek...nanti tulis resepinya....nak ratah dulu sampai habis...hahaha. Mesti ada yg kata, 'tak aci'...hehe

UPDated :

Resepi Cornflake Madu Pedas (my style)

bahan-bahan :
  • 4-5 cawan cornflake
  • 2-3 sb cili giling
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 sb madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sb mentega
  • 2 sb minyak bijan (minyak masak pun boleh)
  • sedikit bijan bakar (optional)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan cairkan mentega. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu, garam dan gula. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Barulah dimasukkan cornflake tadi. Gaul2kan hingga rata. 
  4. Tutupkan api. Gaulkan pula dgn bijan bakar jika suka. Hidangkan.
  5. Jika nak lebihkan rangup, bakar sekejap selama 6-7 minit di dlm oven. 

Minggu, 31 Oktober 2010

Sambal Udang Berserai

Salam...

Hari ni tuan rumah tak ke mana-mana. Duduk rumah jer. Layan TV sambil lipat kain. Malas pun satu hal. Tapi malas2 pun dpt gak update blog..hehe. 

Layan jelah menu yg ada ni yer. Lauk hari ni ialah ayam masak lomak, ikan masin, sambal belacan dan udang sambal berserai. Si anak perempuanku itu ckp yg sambal udang ni tersangatlah sedapnya...lain dp yg biasa. Yang biasa tu pun sedap mmg sedaplah, tp yg ni lain sikit rasanya...yelah tu kot...resepi spontan kan...Alhamdulillah, berbaloi2!....hehe

Nasib baik sempat tangkap gambar. Tinggal yg ni jer. Tapi lepas ambik gambar, terus licin diratah princess...huhu. So, jamu mata jelah yer dgn gambar2 versi pemalas ni...hehe.

Sambal Udang Berserai

  • 300-400 g udang segar (dibersihkan dan digoreng seperti biasa hingga masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar) - optional
  • 1-2 batang serai (dikisar)
  • 1/2 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 3-4 sb cili giling (cap Puteri) - cili giling yg lain pun boleh tp kena add garam dan asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • gula secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian, tambah gula, garam(jika perlu), perahan asam jawa(jika perlu) dan bawang besar. 
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan hinga sebati. 
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Kamis, 28 Oktober 2010

Kastard Jeli Pandan


Malam ni layan jelah dessert yg ada ni ek. Resepi asalnya adalah kastard jeli perisa strawberi cuma dyg edit sikit je tang bahan2nya tu. Oleh kerana tak ada stok jeli strawberi tu, dyg gantikan dgn jeli perisa pandan. Boleh tahan gak sedapnya. Nyaman je rasa  anak tekak walaupun di tempat dyg ni sentiasa sejuk..huhu. Kalau nak try resepi asal, bolehlah rujuk di SINI



Kastard Jeli Pandan


Bahan-bahan :
  • 90 g Premix Crystal Jelly perisa Pandan (cap Nona)
  • 3 cawan susu cair
  • 3 sb gula
  • 1-2 sb susu pekat manis
  • 1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2-3 sb tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
  • 1 sb mentega 
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat. 
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian (seelok2nya gunakan bekas/cawan kecik) . Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
  3. Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi. 
  4. Sejukkan terlebih dahulu.


Read more: http://lepas-lagi.blogspot.com/2010/08/kastard-jeli.html#ixzz13fAOcZCh
Under Creative Commons License: Attribution