Selasa, 12 Oktober 2010

Ketam Kukus Sos Plum


Resepi ketam ni mmg mabeles!...Hari tu masa kat Petronas, sempat gaklah belek2 buku2 serta majalah2 masakan. Tiba2 mata ni tertarik dgn satu resepi ketam yg nampaknya sungguh menyelerakan. Tapi dah tak ingat resepi dari buku mana. Tak beli pun buku tu sb dah terbeli majalah Rasa. Lagipun buku tu resepinya tak banyak pilihan. Namun, sempat gaklah baca bahan2nya. Ingat masa tu je lah. Balik rumah terus ingat2 lupa pulak...hehe. Hari ni ternyata sampai gak hajat nk buat meskipun resepinya tak 100% menggunakan resepi yg dalam buku tu. Dyg cuba buat mengikut citarasa sendiri. Alhamdulillah...sedap betul masakan ketam ni..dengan bau minyak bijannya semerbak satu rumah..mmg tak rugilah....



Ketam Kukus Sos Plum

bahan-bahan :

  • 1 kilo ketam bunga (dibersihkan)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu makan taucu pedas 
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan sos plum
  • minyak bijan secukupnya
  • sedikit kicap cair (kicap manis pun boleh)
  • sedikit gula jika perlu
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit hirisan daun bawang
  • hirisan cili padi - optional
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. Susunkan ketam di dalamnya. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak bijan secukupnya. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan sos plum. Tumis lagi. 
  3. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan gula (jika perlu), cili benggala dan cili padi. Jika ingin kuahnya pekat, bolehlah ditambah dgn bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuangkan ke atas ketam tadi.
  4. Kukuslah selama 7-10 minit atau sehingga masak. 
  5. Setelah masak, angkat dan hiaskan dgn hirisan daun bawang. Hidangkan.

*****************************************

Senin, 11 Oktober 2010

Eggless Fruit Cake / Kek Buah Tanpa Telur (versi bakar)


Dah lama teringin nak makan kek buah. Semalam dyg buatlah seloyang utk mkn diri sendiri. Anak2 tak reti pun...kalau yg kek coklat tu lainlah cerita..hehe. Sebenarnya kan, dyg pun bukanlah penggemar fanatik kek2 buah versi bakar. Kalau dah teringin sgt2 barulah nak buat. Itu pun nak versi yg tak guna telur. Alhamdulillah, walaupun kek ni taklah secantik mana, tetapi ia tetap memenuhi selera. Dengan kata lain, kek ni sedap dan tak kering.


Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)

Bahan A :
  • 250 g tepung gandum
  • 110 g tepung kek
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/4 sk serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g butter 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170-180  g gula perang / soft brown sugar
  • 2 sb madu / golden syrup
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dgn Bahan B tadi. Sebatikan dgn senduk kayu atau spatula shj. 
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dgn mentega dan ditaburkan dgn sedikit tepung (jika suka, guna loyang yg mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengah -  griskan loyang dan alaskan dgn kertas minyak). DJ menggunakan loyang chiffon berukuran 20 cm.
  5. Bakarlah selama 45 minit atau sehingga masak pd suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pd jenis oven masing2).
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dp loyang.




Minggu, 10 Oktober 2010

Keledek Tumis Kari Berudang


Salam....

Hari ni tuan rumah dah kembali sihat sediakala...dah tak sakit tekak dah...Alhamdulillah. Terima kasih juga diucapkan kpd rakan2 yg sudi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yg baik buat diri dyg. 

Antara menu hari ni ialah keledek kari berudang..cam pelik jer bunyinya kan...hehe..tapi keenakannya mmg menepati selera. Sebenarnya, dah buat pun minggu lepas. Oleh kerana keledek merah msh berbaki, sayang pulak tak dihabiskan. Jadi, dyg masaklah lagi menu yg sama. Nak buat puding, malas pulak..


Oklah, layan jelah dulu resepinya. Kalau berminat, bolehlah cuba. Semoga kena dgn citarasa. Lauk2 lain akan menyusul kemudian, InsyaAllah.

Keledek Tumis Kari Berudang


Bahan-bahan:

  • 200 g keledek merah (dikupas dan dipotong ikut suka tetapi jangan terlalu tebal)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong)
  • 100 g udang basah (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
  • 2 sk serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sk serbuk cili (dibancuh bersama serbuk kari) - optional
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • sedikit garam 
  • sedikit kicap manis
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. (kalau nak letak 2-3 helai daun kari pun boleh).
  2. Masukkan bancuhan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek dan air secukupnya. Masak hingga separuh lembut.
  4. Kemudian masukkan udang dan kacang panjang. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit kicap manis.
  6. Setelah masak, bolehlah angkat dan dihidangkan bersama nasi panas.

Jumat, 08 Oktober 2010

Kek Coklat Tanpa Telur (Resepi II)

Salam....
Hari ni tuan rumah tak berapa nak sihat. Malam tadi tak boleh tidur nyenyak gara2 sakit tekak. Mungkin dah tiba musimnya kot. Kena banyak minum plain water ni sebelum melarat. Menu hari ni pun buat sup ayam dan udang madu/Honey Prawn jer. Yang lain2 tak larat dah nak masak.


Sebagai memenuhi permintaan anak2...kubuatkan lagi kek eggless ni kali yang ke berapa entah. Kali ni ingredient nya ada sedikit berbeza dgn resepi eggless yg sebelum ni, namun, tekniknya tetap tak jauh beza. Mudah dan cepat. Oleh kerana tak perlu diadun dengan mixer, maka senanglah anak2 nak bantu. Hanya tolong kacau2kan adunan dgn senduk, lepas tu tuang dalam loyang. Senang cerita. Alhamdulillah, hasil kerja keras tangan budak2, menjadi gak kek ni...hehe. Bagi sesiapa yg alergik dgn cuka, bolehlah menggunakan jus lemon. Fungsinya tetap sama.

Untuk ganache kek ni pulak, dyg buat cincai jer. Lagipun coklat masak hanya tinggal sket. Jadi pandai2lah adjust. Janji menjadi. Kalau tak letak ganache pun ok sb rasanya dah cukup lemak manis.

Kek Coklat Tanpa Telur (Resepi II)

bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sk serbuk penaik
  • 2 sk serbuk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam 
  • 2 cawan gula perang lembut / soft brown sugar
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 3/4 cawan kopi panas
  • 1 cawan air panas
  • 2 sk esen vanilla
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
  • 2 sk jus lemon atau cuka
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang kek yg berukuran 22 sm. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya dialas dgn kertas minyak.
  2. Sediakan bekas yg agak besar, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
  3. Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.
  4. Masukkan pula minyak jagung/minyak sayuran. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalau perlu, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan jus lemon atau cuka. Terus kacau cepat2 hingga rata.
  6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. 
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Hiaskan dgn topping/ganache mengikut citarasa sendiri. Lebih enak dimakan selepas 1 hari.
Gambar ori tanpa make up...

***untuk resepi versi lain, sila Klik Di Sini.

Today's special : Baked Pasta with Cheesy Baked Bean


Hari ni tuan rumah tak ada mood nak makan nasik. Anak2 pun sama. So, layan jelah makaroni sedap ni. Tetap mengenyangkan. 


Sedapnyaaaaaa!!!! 

Untuk resepi ni, bahan-bahannya lebih kurang jer dgn resepi lasagna. Bagi penggemar pasta, gerenti berselera   sb rasanya mmg sedap dan berkrim. Jom cuba!

Baked Pasta

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni 
  • 1 cawan pasta spirals 
  • 100 g minced chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju (Ayam Brand)
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese
  • 1 sudu besar mentega
bahan sos putih :
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 slice cheesedale
  • sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
  1. untuk pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam  hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. 
  4. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Tutupkan api.
  5. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dgn mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan. Kemudian, ratakan pula dgn kacang panggang di atasnya. 
  6. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dlm sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. Kacau hingga cair. barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
  7. Tutupkan api dan tuangkan sos tadi di atas pasta dan ratakan. Taburkan keju parut dan oregano.
  8. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dgn suhu 160C.
***untuk sukatan dlm cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum. 

haa....inilah contoh sos spagetti yg digunakan utk membuat baked pasta. Ada mushroom... Best!



Rabu, 06 Oktober 2010

Cendawan Goreng Kunyit Cili Api



Cendawan Goreng Kunyit Cili Api

bahan-bahan :

  • 200 g cendawan tiram putih (dibersihkan dan dihiris)
  • 10-15 biji cili api hijau 
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering. 
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

*****************************************************

Salam...

....letak resepi dulu baru boleh cakap...tq yer izah...sibuk sket hari ni...melayan si kecik nak buat kek coklat. Dari semalam lagi nak kek eggless tu...hari ni dia mengadun sendiri tepung tu...kita tukang bakar jelah...just tunggu apa hasilnya nanti...hehe.

Menu kat atas tu mmg boleh tahan sedapnya. Mula2 ingat nak buat cendawan kukus tapi terasa malas pulak nak sediakan pengukus. Lain kali jelah. Yang ni pun sgt2 menyelerakan lbh2 lagi dapat mkn dgn nasi panas. Ooopps!...lupa...menu ni dah lepas yer...so, tak dapatlah nak jamu u all. Kalau berminat, boleh cuba resepinya yer.

Ikan Kukus/Stim Ringkas


Salam...

Dah lama tak masuk rumah ni...namun Alhamdulillah tak pernah sunyi dgn kehadiran pembaca. Terima kasih atas kunjungan anda semua. Sebenarnya, sjk beberapa hari ni DJ sibuk sket dgn hal2 keluarga di samping melayan FB. Dah lama bukak akaun dari tahun lepas lagi, tetapi jarang sekali nak melepak di situ. Baru2 ni jelah dyg 'merempit'....hehe. Tapi bahaya gak tuu...boleh leka dibuatnya....tak pasal2 kerja2 lain tertunggak..hehe.

Oklah...dgn gambar yg tak seberapa ni...sempat gaklah masuk n3 hari ni. Menu ni dah lepas yer. Tapi petang nanti nak masak lagi...hehe. Tak jemu sebenarnya masak stim ni. Lagipun, sedap, ringkas dan tak muak. Kali ni guna Siakap. Yg dlm gambar tu pulak guna ikan Jenahak yg sudah dipotong..hehe. Ikan kerapu pun sedap juga. Resepinya amat mudah sekali. Kalau nak tengok resepi asal, boleh KLIK DI SINI. Cuma utk resepi ni, dyg menggunakan bahan2 yg ala kadar jelah dgn teknik berbeza. Namun, tetap sedap!... Jom masak!

Ikan Kukus/Stim 

bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. 
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit. 
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup. 
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.