Dah lama teringin nak makan kek buah. Semalam dyg buatlah seloyang utk mkn diri sendiri. Anak2 tak reti pun...kalau yg kek coklat tu lainlah cerita..hehe. Sebenarnya kan, dyg pun bukanlah penggemar fanatik kek2 buah versi bakar. Kalau dah teringin sgt2 barulah nak buat. Itu pun nak versi yg tak guna telur. Alhamdulillah, walaupun kek ni taklah secantik mana, tetapi ia tetap memenuhi selera. Dengan kata lain, kek ni sedap dan tak kering.
Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Bahan A :
- 250 g tepung gandum
- 110 g tepung kek
- 1 1/2 sk baking powder
- 1 1/2 sk soda bikarbonat
- 1/4 sk serbuk kulit kayu manis - optional
- 125 ml jus oren
Bahan B :
- 250 g butter
- 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
- 250 ml susu cair
- 170-180 g gula perang / soft brown sugar
- 2 sb madu / golden syrup
Cara-cara :
- Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
- Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dgn Bahan B tadi. Sebatikan dgn senduk kayu atau spatula shj.
- Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dgn mentega dan ditaburkan dgn sedikit tepung (jika suka, guna loyang yg mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengah - griskan loyang dan alaskan dgn kertas minyak). DJ menggunakan loyang chiffon berukuran 20 cm.
- Bakarlah selama 45 minit atau sehingga masak pd suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pd jenis oven masing2).
- Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dp loyang.