Rabu, 04 Juli 2012

Chocolate Cheesecake

Sejak dua menjak ni teringin sgt nk makan kek coklat cheese. DJ dah fikir banyak kali dah, nak buat ke tidak. Berat badan dah semakin naik & rasa2nya mcm dah kurang inisiatif nk reduce fat...hmm..biar jelah dulu. Mana tau lepas ni nak slim down balik kan...hehehe. 

Baiklah...kita tinggalkan dulu permasalahan diri sendiri. Dah ada ramai teman2 FB yang ternanti2kan resepi kek coklat cheese ni. Resepi lbh kurang sama je dgn resepi2 marble cheesecake yang ada dlm internet ni. Ramai juga yg dah mencubanya. Time raya mmg wajib ada kek ni ...tp tu lerr..x sampai 2 raya dah pun lesap...hahaha...kdg2 x sempat nk hidangkan pada tetamu pun...sabar je lah... :D

Lepas kehilangan nota resepinya tempoh hari, DJ mintaklah resepi ni dari SIL. Mujur ada. Tapi DJ dah edit dan ubah suai sket mengikut citarasa. Buat adunan untuk loyang 6 inci jer. Cukuplah utk makan kami 4 beranak. Tapi si boboy x minat sgt dgn kek yang ada cheese ni. Dia cuma minat meratah cheesedale  je...heheh.

Memang sedap sangat kek coklat cheese ni...rasa mcm x cukup je buat seloyang kecik tu...mmg tak cukup punn....huhu.

Jomlah semak resepinya ye. Berminat, bolehlah cuba.... :)

Chocolate Cheesecake (versi I)
resepi : lepas-lagi

bahan-bahan :

Lapisan Coklat :
  • 115g tepung gandum (diayak)
  • 30g serbuk koko (diayak)
  • 125g mentega
  • 2 biji telur A
  • 150g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Cheese :
  • 300g krim keju
  • 1 biji telur
  • 60 g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum 
Cara-cara :
  1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali masukkan serbuk koko dan tepung. Putar hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan. 
  2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang adunan coklat tadi. Ratakan. 
  3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus)  
Gara-gara mengidam nak makan ciskek lagi, DJ buatkan lagi dengan versi lain pulak tp bahan-bahannya masih lbh kurang sama je dengan versi I tu. Bezanya ialah tekstur lapisan coklatnya. Mungkin disebabkan teknik mengadunnya kot dan juga penggunaan tepung kek. Lagi moist dan lembut je. Tapi kedua-dua versi ni sama sedap dan paling DJ suka ialah versi II ni. Heaven!! 

Cuma tu la kan...kek yang ada cheese ni mmg takleh nak layan selalu...nanti susah hati pulak...faham2 je la ek..heheh

Ok jom kita semak resepinya...

Chocolate Cheesecake (versi II)
resepi : lepas-lagi

bahan-bahan : 

Lapisan Coklat :
  • 125g tepung kek
  • 125g mentega
  • 2 biji telur A
  • 150g gula kastor
  • 30g serbuk koko (dibancuh dengan 100 ml air suam)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Cheese :
  • 300g krim keju
  • 1 biji telur
  • 60 g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum
Cara-cara :
  1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali masukkan bancuhan koko dan tepung. Kacau sebati dengan spatula. Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan. 
  2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan cheese ke dalam loyang adunan coklat tadi. Ratakan. 
  3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus)  Selamat mencuba!
***gandakan adunan jika menggunakan loyang 7 inci ke atas.
***tepung kek boleh digantikan dengan 3/4 cawan tepung gandum + 2 sudu besar tepung jagung (ayak bersama)
***kek ni sedang-sedang manisnya. 
***lepas bakar, biarkan ia sejuk terlebih dahulu(terutama lapisan cheese) sblm dipotong. 
***alaskan loyang dan sekeliling loyang dengan baking paper jika suka. 
***sila adjust kepanasan suhu oven sendiri ye, kalau terlalu panas, nanti rentung pulak lapisan cheesenya.
***jika suka, boleh buat 3 layer, coklat-cheese-coklat
***kalau susah sgt nk meratakan adunan cheese dgn sudu, sila guna piping bag/pastry bag jika ada.

UPDATE :
- kek ni kalau dikukus boleh, kukus lapis demi lapis. Lapisan coklat lbh kurang 20 minit dan lapisan cheese 20-25 atau hingga masak. Cucuk dgn lidi satay atau cake tester utk tentukan kek dah masak atau belum.
- versi bakar pulak, boleh dibakar layer demi layer jika takut adunan cheese tu jatuh. Bakar lapisan coklat selama lbh kurang 7-10 minit dgn suhu 160C atau hingga adunan dah tak cair. Kemudian bolehlah dilapiskan dgn lapisan cheese dan bakarlah sehingga masak. untuk info, DJ bakar sekali jer. Tuangkan lapisan coklat, kemudian DJ letak/pancitkan adunan cheese di atasnya perlahan2 dgn menggunakan pastry bag/piping bag. Kemudian barulah dibakar hingga masak. Harap jelas ye info ni. Trm ksh sudi singgah dan tinggalkan jejak anda d sini.  ^__^