Rabu, 05 Oktober 2011

Ayam Masak Lemak Harum


Ayam Masak Lemak Harum
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong sederhana kecil dan dibersihkan
  • sedikit serbuk kunyit
  • 200 ml santan atau secukupnya
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 biji buah keras (ditumbuk)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

bahan-bahan kisar:
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1` inci halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1cm lengkuas

cara-cara :
  1. Ayam dilumur bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga 3/4 masak. Toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak ayam tadi untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan-bahan kisar dan daun pandan sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan buah keras dan kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak hingga kuahnya menjadi agak pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan ayam dan masaklah sehingga empuk.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.