Mencuba resepi ayam dari majalah Saji. Sedap gak. Cuma DJ ada adjust sedikit mengikut citarasa. DJ kurangkan penggunaan cili kisar dan kicap pekat. Ayam plak DJ goreng sedikit. Alhamdulillah...sedap sgt!.
Maksud cepedas???...hehe. Minta maaf, DJ pun tak tau. Kita layan je la resepinya ye. Nak cuba, silakan.
Ayam Cepedas
Sumber : Majalah Saji, Mac 2009
Sumber : lepas-lagi@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
- 400 g isi ayam (DJ potong ayam kecik2. gaul dgn kunyit serta garam dan goreng 1/2 masak)
- 100 g cili kering (dikisar)
- 4 sudu besar kicap pekat
- 200 ml minyak masak
- 5 helai daun limau purut
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula
- 1 sudu besar sos cili (DJ tambah)
Bahan kisar :
- 100 g bawang besar
- 50 g bawang putih
- 50 g halia
- 4 batang serai
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
- Masukkan ayam dan air asam jawa serta daun limau purut. Kemudian masukkan kicp pekat. (DJ tambahkan sos cili dan sedikit air). Perlahankan api dan masak hingga mendidih.
- Kemudian bolehlah masukkan garam dan gula secukup rasa.