Rabu, 09 Mei 2012

Kek Lapis Evergreen (Kukus)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Kembali kita bersiaran dengan entri kek kukus pulak ye...hehe. Ramai kenalan FB tertunggu2 akan resepi ni..penantian suatu penyeksaan kan....hehe. Maaflah jika terlambat nk menulis resepinya kali ni. Wahhh! dari mana nk mula ni??...rasa longlai pulak jari jemari ni nk menaip dengan fikiran yang masih melayang2 lagi nih...bukan apa, byk sgt benda dalam fikiran ni sampai tak tau mana satu nk difikirkan dah...huhu...

Ok...baru2 ni DJ teringin sgt nk mengukus kek lapis. Sebenarnya, ada 2 kek yang sedang bermain2 dlm minda ni. Satu kek evergreen ni dan satu lagi kek eksperimen, kek kukus strawberry cheese (resepi baru). Memandangkan stok cheese dah habis, DJ kukus yg ni dulu. Nanti2 pulak try kek stoberi tu pulak ye...hehe. 

Ramai yg tanya DJ mcm mana nk bagi lapisan kek kukus sekata dan tak berombak2. Ada pulak yang rasa ngeri nk melapis kek. Ok, jap...meh tengok resepi KEK ALWANI ni dulu. Lapisan ada 3 lapis jer. Memang sengaja DJ buatkan 3 lapis supaya senang menjadi rujukan kpd yang baru nk berjinak2 belajar buat kek lapis kukus. Itu adalah basic resepi kek lapis kukus Srwk ye. Paling senang dan sedap. Kalau dah berjaya buat yang 3 lapis tu, bolehlah teruskan dgn mengukus lapis byk2 tp masih mudah dan menyenangkan. Tengok versi kek ALWANI ni pulak. Ok, bila dah berjaya menghasilkan kek lapis, tahniah lah ye...Alhamdulillah...anda mmg hebat! 

Petuanya senang je :
  1. Ikut resepi dengan betul sukatannya. Kalau menggunakan sukatan gelas, gunakan sukatan gelas. Biasanya boleh muat 200 ml air. Kalau menggunakan cawan metrik, silalah berbuat demikian. Jangan terlebih dan terkurang atau main agak-agak je mcm masak lauk...tak sama tu...nanti diri sendiri kecewa dgn hasil kek yg tak seberapa... betul tak?
  2. Gunakan loyang yang sesuai dgn saiz kek. Kalau adunannya banyak, gunakanlah loyang yg besar. Contoh 8 inci, 9 inci dan 10 inci. 
  3. Bahagikan adunan sama rata. Gunakan cawan/mangkuk/gelas untuk menyukat adunan supaya nanti lapisan kek menjadi sekata. Contoh kek lapis masam manis yang ada 2 warna. Hijau dan kuning. Mula2 bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dibahagikan lagi kpd berberapa bahagian dengan menggunakan bekas/cawan. Kalau menggunakan senduk pun boleh, tapi kalau tak yakin, gunakan cara yg DJ syorkan tadi. Tak susah kan?...
  4. Kek lapis kukus Srwk tak sama dgn kek lapis kukus biasa. Biasanya ia mampat dan padat. Ada juga yang kata bantat. Tapi sebenarnya mmg itulah sebenarnya rupa paras dan tekstur kek tu. Nampak bantat tp sebenarnya tak. Yang ni sering terjadi dan DJ selalu gak dpt aduan spt ni. Jangan risau, kek tu tak bantat tp padat. Kalau terasa spongy dan berongga2, maknanya belum berjaya lagilah tu...kena cuba sekali lagilah ye. Kenapa kek tu kelihatan padat dan mampat?? Sebab penggunaan mentega dan susu pekat manis yg banyak. Hasil kek lagi bertambah moist dan kelihatan basah. 
  5. Sekiranya kek nampak berminyak, sila guna kertas serap minyak utk mengalas kek tu. Nanti kuranglah berminyak kek tu. 
  6. Jangan sekali2 menambah serbuk penaik ke dalam adunan melainkan yang dinyatakan dalam resepi lebih2 lagi kek lapis kukus. 
  7. Gunakan mentega yg berkualiti dan tepung Hong Kong untuk mendapatkan kek bermutu dan lembut. Contoh mentega adalah SCS, Anchor dan baru-baru ni mentega Golden Churn sudah pun  disahkan HALAL oleh pihak Jakim. DJ dapat info ni pun dari Mat Gebu (mekasih ye Mat). Bolehlah menggunakan mentega tu balik tanpa sebarang rasa was2. Sesungguhnya mentega GC adalah mentega yg terbaik utk membuat kek2 lapis dan juga kek2 biasa. 
  8. Putar adunan kek hingga betul2 gebu dan licin. Jangan sampai bergentel2. Ini akan membuatkan lapisan kek tak cantik.
  9. Setiap kali melapis, jangan ditekan lapisannya sekuat2 hati, nanti ia akan berombak2 dan menggelembong. 
  10. Sekiranya ada bubble dalam adunan tu ketika melapis, buangkan. Jangan biarkan, nanti kek berlubang2. 
  11. Kukus lapisan kek hingga betul2 dah tak cair. Barulah dituangkan adunan yang seterusnya. Good Luck!



Untuk resepi kek ni, DJ dah olah semula mengikut ciatarasa DJ. Kalau nak tengok resepi asalnya, bolehlah singgah ke dapur Myresipi.com

Dari segi rasa, memang sedap sgt. Penggemar kek pandan mesti suka ni...hehe. Jom semak resepinya ye... 

Kek Lapis Evergreen Kukus

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau
  • 10 biji kuning telur A
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
  • 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :
  • 1  1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 10 biji putih telur A
  • 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1/2 tin susu pekat manis 

Cara-cara

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya. 

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna. 

  • Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. 
  • Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.

***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"