Jumat, 04 Februari 2011

Kek kukus lagi....dan pengumuman tak berapa penting


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Selamat beristirehat yer ibu2, adik2, kakak2 dan rakan2 semua. Dah masak? Dah makan?? Tak pi shopping?? PD ker.....hehe...byk betul soalan kan. Apa2pun, hope semuanya happy dan sihat2 belaka ekk. DJ sekeluarga pun sihat, Alhamdulilllah. Terima kasih byk2  kpd yg sudi bertanyakan tentang kesihatan anak perempuan DJ hari tu. Kini nampaknya dah stabil dan bolehlah berlari sana sini sambil2 excercise sket. Next week dah boleh ke sekolah dah. Betapa seronoknya dia. Berkali2 pakai uniform sekolah kat rmh lengkap skali dgn kasut sekolah. Pas tu baca buku teks dan buat latihan sendiri. DJ biarkan aje asalkan dia happy dan tak boring, udah lerr...hihik.

Oklah, nak cerita sket psl kek kukus spt dlm gambar tu. Sekali pandang mcm Kek Lapis Bumi kan, tapi sebenarnya bukan yer. Itu adalah kek lapis keju yg dah dikukus mlm tadi. Belum lagi nak bg nama yg sesuai. Tetapi bahan utamanya adalah krim keju. That day, DJ ada salin satu resepi kek keju kukus pandan tapi tak ingat dari mana dpt sb main tulis jer kan. Lepas tu DJ trylah buat eksperimen. Sedap memang sedap, namun kurang menepati selera DJ. So, DJ start lah edit, serta tolak campur bahan2nya sehinggalah akhirnya terhasil projek yang ini. Barulah DJ puas hati. Pada mulanya DJ, nk guna kaler hijau, coklat dan pink tp tak jadi sb pes stoberi dah habis. Last2, guna kaler kuning. Masa tu lah baru prasan kek tu mcm kek Lapis Bumi...hehe. Yang kaler coklat tu plak, DJ campurkan serbuk koko dan cofee emulco..eh, lagilah mcm kek Lapis Bumi kan..haha...adoiiiyaa...apa2 jelah. Tapi bahan-bahannya byk yang tak sama dgn kek tu yer. Nantilah DJ tulis resepinya pd n3 yg baru. Nak carik nama kek yg paling sesuai dululah. Hasue? Mana HaSue??...Kek Keju Lapis Bumi, sesuai ker idak??...ekeke...just kidding...

Haa...pengumuman yg tak berapa nk penting ni plak...hehe. Jangan ada yg marah yer (kalau ada ler kan), sebenarnya, DJ dah bagi tau kat FB smlm yg DJ akan berhenti dari berblogging mulai 10hb Feb ni. Berhenti utk seketika shj. Berapa lama?? mungkin 2 atau 3 bulan. Skjp jer tu. Akan tetapi DJ akan tetap BW jika ada kesempatan...huhu...sedih dah ni...gonna miss u all. Tapi nanti2lah say goodbye sb ada lagi n3 nak tayang sblm 10hb ni. DJ sekadar nk bg tau awl2 jer. Sb dh kena marah hari tu psl cuti senyap2....hehe. Terharu sb ada gak yg sudi ambik berat psl DJ ni. TQ so much. 

Orait, that's all 4 now, terima kasih byk2 sudi singgah ke DapurKu Sayang. Nanti berceloteh lagi ekk. Bye2 and take care.

Rabu, 02 Februari 2011

Tenggiri Goreng Masam Manis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni terasa nk makan ikan tenggiri. Dah jemu makan lauk daging dan ayam. Nasib baik anak2 dah mula minat dgn ikan. Sekali sekala tenggiri buat stail gini memanglah menyelerakan. Nak masak pun mudah jer. Yang penting, sedap dan menepati selera.

Tenggiri Goreng Masam Manis

bahan-bahan seadanya :

  • ikan tenggiri (digoreng mcm biasa)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • sedikit hirisan halia
  • 1/2 kiub pati ayam
  • sos cili 
  • sos tomato
  • sos tiram
  • cuka
  • garam dan gula
  • timun (dihiris dadu)
  • tomato (dihiris dadu)
  • sedikit hirisan daun bawang
Cara-cara :  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga perang. Kemudian masukkan kiub ayam, sos cili, sos tiram, sos tomato dan cuka. Sebatikan. Masukkan sedikit air dan kacau. Biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan gula secukupnya diikuti  timun, tomato, dan daun bawang. Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tenggiri yg sudah digoreng tadi. Hidangkan dgn nasi panas. Sedaappp!



Mood berblogging semakin berkurangan, kenapa yer??. Agaknya DJ kena ambik cuti dulu kot...hehe.

Senin, 31 Januari 2011

Ayam Goreng Lada Hitam (resepi II)


Dah lama tak masak ayam goreng berlada hitam. Kebetulan SIL ada kat rumah. Dia mmg gemar ayam lada hitam ni sejak 2 tahun lepas lg. Katanya enak bangat!...Untuk tidak menghampakan permintaannya, DJ buatlah ptg semalam. Ingatkan nak tayang malam tadi tp mcm biasa, tak sempat...hehe. Hari ni tak tau nak masak apa, sb msh kenyang lagi dgn roti canai. Apa2pun, jom layan dulu resepi ayam goreng berlada hitam ni yer. Amat sesuai dimakan dgn nasi ayam atau nasi putih atau dicecah dgn sos cili. Bila buat ayam ni kan teringat plak dgn kak Zila66....hehe.


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • sedikit sos lada hitam - optional
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk) 
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Kemudian dituskan.
  2. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar atau semalaman.
  3. Goreng hingga masak. 
  4. Hidangkan bersama sos cili jika suka

Sabtu, 29 Januari 2011

Ayam Kashmir (Updated)



Ayam Kashmir
sumber : majalah Rasa, Januari 2011

bahan-bahan :

  • 1 kg ayam (dipotong 14)
bahan A :
  • 81 g bawang merah (dihiris)
  • 40 g bawang putih (dihiris)
  • 60 g halia (dihiris)
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 8 biji buah pelaga
  • 4 batang serai
bahan B :
  • 100 g pes tomato
  • 60 g serbuk cili
  • 80 g rempah beriyani
  • 80 g serbuk kari daging
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan gaulkannya. biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, rempah beriyani, rempah kari daging, pes tomato dan asam keping. Biarkan ia masak selama 20 minit.
  4. Masukkan serbuk perasa dan sedia dinikmati.


versi DapurKu SaYang 


bahan-bahan :

  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.

Ayam ala2 Kashmir


Ayam Kashmir ni DJ masak 2-3 hari lepas sekali dgn daging kicap. Oleh kerana anak2 tak makan daging, DJ masaklah lauk ni. Boleh tahan sedapnya. Nampak mcm kari ayam biasa jer kan tapi ada campuran rempah beriani dan rempah bukhari. Jadilah ala2 kashmir gitu...hehe. Dapat ilham dari Majalah Rasa dan kemudian diolah mengikut citarasa sendiri. Nanti DJ akan tulis resepi asalnya yer. Layan dulu gambar2 tak seberapa ni...tq 4 stoppin' by & have a nice weekend!



Kamis, 27 Januari 2011

Daging Kicap Berkerisik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Petang semalam DJ masak daging kicap kegemaran. Tapi tak sempat nk tayang malam tadi sb tak cukup masa nak melepak di depan laptop...hehe. Sorry eh puan Lina, sian dia tertunggu2..jgn marah tau, nanti tak nak kawan...ekeke. Biasalah, DJ ni punya anak dua orang tapi bagaikan sepuluh org. Masing2 nak mintak layan. Aduss! nak crita pun malas!..buat pening kepala jer kan...lbh baik crita psl daging kicap ni..hehe.

Siang tadi sempatlah ambik gambar sekeping ni. Nampak ke tak nampak, cantik ke tak cantik, buat2 tak tau jelah yer. Nampak sket2 jadilah kan...hihik. Oleh kerana DJ buat byk sket, bolehlah simpan separuh utk hari ni. Memang tak jemu dimakan. Sangat sedap dan tip top! Kalau tak silap resepinya mmg dah ada kat dapur ni. Nanti DJ kopies semula kalau dah jumpa. Kalau tak, DJ akan tulis kemudian, ok.


Update :

Resepi Daging Kicap Berkerisik



Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )
  • 1/2  kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
  • 8 biji bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu makan lada hitam tumbuk
  • 1-2 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • kicap masin/manis secukupnya
  • 2-3 sudu bsr kerisik 
  • rempah 4 sekawan(bunga lawang, cengkih, kayu manis & buah pelaga)
  • 2 sudu bsr air asam jawa
  • garam, gula dan air secukupnya.
Cara-cara:
  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat selama 30 minit atau semalaman.
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan diikuti dgn cili kisar. Kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air secukupnya, kacau rata2 dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging dah hampir empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin/manis, kerisik, dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan ia merenih sebentar. 
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

Rabu, 26 Januari 2011

Serimuka Pisang



Semalam buat serimuka pisang versi kak Hasiah dari myr. Bila tengok Ratu Talam aka Yatiememories tayang kuih ni, terus rasa nk buat gak. Kuih ni memang sedap dan kena dgn citarasa. Cuma kat lapisan atas tu jer nampak nipis sket. Mungkin disebabkan DJ buat 1/2 adunan kot atau mungkin juga saiz loyang tak sesuai dgn 1/2 adunan tu. Apa2pun, kuih ni mmg tak rugi dicuba. Terima kasih kpd penyumbang asalnya kerana sudi share resepi. DJ cnp resepinya dari dapur Yatie. Thanks yer, Yatie.


Kuih Serimuka Pisang
source 1 : Hasiah63
source 2 : yatiememories

Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi. (DJ blend kesemua bahan, pas tu baru tapis)
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.