Senin, 05 Juli 2010

Green Pepper Steak


Green Pepper Steak
Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo daging batang pinang  (dihiris nipis2)
  • 2 biji cili benggala (dipotong kiub)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar) @ serbuk lada hitam
  • 1 sk kicap pekat - optional
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit garam dan gula
  • 1 labu bawang besar
  • sedikit daun ketumbar / daun sup
  • perahan jus lemon
  • sedikit bancuhan tepung jagung
Cara-cara :
  1. Gaul daging bersama bawang putih, halia, sos tiram, kicap, lada hitam, garam dan gula di dlm satu bekas dan perapkan selama 30 minit.
  2. Kemudian gorengkan daging tadi hingga empuk. 
  3. Masukkan cili, bawang besar, daun ketumbar / daun sup dan tomato
  4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan jus lemon.
**boleh tambah cili padi jika suka.


Minggu, 04 Juli 2010

Menu Hari INi....jom makan!

Green Pepper Steak

Asam Pedas Rebus Kembong with Terung Asam...hehe...favorite nih!

Tempoyak Goreng Udang...sesekali ku rasa teringin....


Layan dulu...dyg akan update jap lagi....tq sudi menjamu mata.... :D

Sabtu, 03 Juli 2010

Triffles

Salam hujung minggu!....
2-3 hari ni tak sempat nak update apa2 sb sibuk dgn mcm2 hal. Ingatkan nak update malam tadi tapi dah lewat malamlah, hanya sempat tukar background jer...lepas tu terus capik!..hehe. Apa2pun, jom layan puding ni dulu...baru keluar dari dlm peti sejuk..nak pose pun tak ada style dah gara2 nak cepat...hehe. Nanti2 dyg cuba update entri yg lain lak kalau sempat....

Resepi triffle ni kalau yg belum pernah cuba lagi, silalah berbuat demikian yer sebabnya mmg tak rugi pun. Nyaman jer rasa anak tekak ni, lepas ni boleh buat lagi dan lagi...hehe. Terima kasih diucapkan pada tuan punya resepi ni,  Chef Hanieliza. Memang sedap!

TRIFFLES

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar
Cara:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Kamis, 01 Juli 2010

Ketam 4S @ 4 Rasa


Segalanya cukup rasa, manis, masin, pedas dan masam....semuanya ada. Sebab tulah diberi nama 4S (sweet, sour, salty & spicy)...sesuai ker tak sesuai, letak je lah nama tu...yang penting, sedaaaapppp!...hehe


Tak dpt nk cerita panjang2...tuan rumah keletihan...jom layan resepinya dulu...terima kasih atas kunjungan anda.

Ketam 4S
Bahan-bahan :
  • 4 ekor ketam segar (dipotong ikut suka)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit garam
  • 1 biji cili benggala (dihiris kiub)
  • 1 biji tomato (dihiris kiub)
  • 1/ biji timun (dihiris kiub)
  • sedikit nanas (dihiris kiub)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 2 helai daun limau purut
Bahan-bahan  kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 10-12 biji cili api
Cara-cara :
  1. Gaulkan ketam bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus bersama asam keping hingga masak. Tuskan. (Boleh juga digoreng jika suka tetapi tidak perlu letak asam keping)
  2. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato, sos cili Thai dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan akhir sekali ketam yg sudah direbus/digoreng tadi. Gaulkan rata2. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
  4. Setelah kuah kelihatan pekat, bolehlah ditutupkan api dan dihidangkan bersama nasi panas.

Rabu, 30 Juni 2010

Terubuk Masin Goreng Garing


Ikan terubuk masin ni adalah antara lauk kegemaran yg paling best lebih2 lagi kalau digoreng sehingga betul2 garing...lepas tu ditabur dgn hirisan cili padi, bawang goreng dan diperah dgn limau kasturi....gerenti tak boleh brenti makan dibuatnya...hehe.

Sebelum ni dyg ada kongsikan resepi mcm mana nk jadikan ikan ni sedap dan garing di myresipi.com. Malangnya, dapur tu dah ditutup samada utk sementara waktu ataupun forever, tak pastilah kan...nasib baik dah kopipes resepinya di sini. Apa2pun dyg kopipes lagi dan lagi tapi sudah diedit sedikit. Resepi ni sangat2 mudah tapi bila makan, sangat2 sedap!....


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan terubuk masin (dipotong bbrp bahagian dan direndam sebentar, lepas tu dituskan dan dikeringkan)
  • 3-4 sb tepung jagung
  • limau kasturi secukupnya (limau nipis pun boleh)
  • cili padi secukupnya
  • bawang besar (digoreng)
Cara-cara : Gaulkan ikan bersama tepung jagung dan gorengkan sehingga garing dgn menggunakan api perlahan sahaja. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan bersama bahan2 hirisan dan perahkan dgn limau kasturi. Sedaaap!


Sagon

Durian punya pasal, sanggup kurajinkan diri ke dapur semata-mata nak buat sagon biarpun tak ada stok tepung sagu atau 'tepung saguk' sebutan Sarawaknya...hehe. Nasib baiklah ada tepung beras dan sedikit kelapa parut..bolehlah buat sket2...redah jer...anak2 tak makan, hubby pun tak reti makan durian dgn sagon ni...tapi kalau kat kampung, mak mesti buat sagon berbalang2 byknya sb dia tau dyg tak boleh makan durian kalau tak ada sagon...pelik kan...hehe.


Alhamdulillah...dapat gak buat sagon sendiri. Biasanya suruh mak poskan. Nak buat sendiri, kena ada 'mood' dulu tapi kalau dah dpt durian depan mata, rajin tak rajin kena rajin gak...hehe. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sagon. Hanya perlukan kelapa parut, tepung dan sedikit garam. Lepas goreng, bolehlah nak add gula jika suka dan makan gitu2 jer...tapi pastikan sagon tu betul2 rangup, barulah sedap rasanya.

Resepi sagon ni ikut versi sendiri jer. Sangat mudah dan sedap! Nak ikut resepi ni pun boleh. Bahan-bahan boleh adjust ikut keperluan serta citarasa sendiri.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan kelapa parut
  • 1 1/4 cawan tepung beras / tepung sagu
  • sedikit garam
  • gula halus
Cara-cara : Satukan tepung bersama kelapa parut dan garam di dlm kuali. Pastikan ketiga2 bahan ini digaul2kan terlebih dahulu. Setelah itu, gorenglah tanpa minyak hingga garing dan berderai. Gunakan api kecil sahaja. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu dan campurkan dgn gula jika suka.
 

Selasa, 29 Juni 2010

Ayam Masak Kapitan

Salam ....

Tengahari ni DJ masak ayam kapitan. Dah berkurun2 lamanya tak makan.  Sesekali masak mmg sedaplah! Lawan dgn ikan terubuk masin...wallaaa!!!..kali ni ambik resepi dari dapur Diana.

Sebenar2nya, DJ teringin sgt nk buat nasi ayam penyet Palembang...tak sabar nak penyetkan ayam tuu...tp kan oleh kerana terlalu malas teramat2, suami pun tak lunch & dinner kat rumah hari ni, maka, tak jadilah projek tu. Lain kali jer lah...hujung minggu ni ker kalau rajinlah kan....hehe.

Apa2pun...jom layan resepi ni dulu...sedaappp! Thanks to Diana & Babybatriesyia.


AYAM MASAK KAPITAN
Sumber: Babybatriesyia

Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6- 7 biji Cili Merah
  • Sedikit lengkuas (DJ guna 1 inci)
  • Sedikit Serbuk Kunyit
Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan A
  • Ayam dipotong ikut suka (DJ guna 1/2 ekor ayam)
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu cair
  • 4 sudu besar air asam limau nipis (DJ guna air asam jawa je)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
Tumis bahan kisar & serbuk kunyit hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.