Kek lapis yg menggunakan tepung hongkong agak jauh bezanya dgn yg menggunakan tepung gandum biasa. Tekstur kek jd lebih halus, lembut dan moist selain penambahan susu pekat dan gula halus. Meskipun tepung hongkong agak mahal sedikit berbanding tepung gandum, tapi hasilnya sgt berbaloi. Para penggemar kek lapis(bakar) dah tentunya berpuas hati kan...hehe. DJ x pasti pulak harga tepung hongkong di Sarawak skrg ni. Yg DJ beli kat Kedai Bagus ni berharga rm6.30 sekilo. Tepung ni mmg cepat rosak sb tu susah nk dpt terutama di pasaraya, tp kalau dah dpt tu, eloklah disimpan dlm peti sejuk kalau msh ada baki lps buat kek. Begitu gak dgn tepung gandum atau mana2 tepung yg berbaki. DJ akan sumbatkan saja dlm fridge kalau ada. Tapi masa nk guna tu, keluarkan dulu dan biarkan pada suhu biasa atau jemur kat tempat panas kecuali kalau resepi menggunakan air ais, boleh jer pakai terus...itu pengalaman DJ lah...heheh.
hmm...kalau nk cerita psl kek lapis ni mmg tak ada kesudahannya. Mcm2 boleh terjadi kan...ada yg hasilnya sgt bagus, ada yg stkt OK la, dan yg paling x best ialah KO...huhu...DJ pernah buat kek lapis x menjadi tau...mmg faham sgtlah 'perasaan kecewa' tu. Tp dgn semangat yakin boleh buat dan tak pernah putus asa, DJ buat lagi dan lagi sampai lah berpuas hati. Dari situ kita belajar ttg kesilapan. Practice makes perfect! Selagi ada minat dan keseronokan, teruskan saja niat nk melapis tu...jgn dipendam2...dah berjaya esok, kita gak untung, org yg terdekat dgn kita pun tumpang berbangga dgn hasil kerja kita...btl tak? Yang paling seronok ialah kalau dpt menggunakan bakat yg ada ni utk buat bisnes....bisnes kek lapis... ;) :)
Ada ramai yg tanya mcm mana nk buat layer kek ni sama rata dan x tunggang terbalik. Seperti yg DJ maklumkan sblm ni kan...DJ bukanlah pakar dlm bab2 melapis kek ni...stkt ok2 jer tu...heheh. Tapi apa yg DJ tau itulah yg DJ kongsikan di sini...setakat yg DJ mampu ye...moga2 sedikit banyak dpt jd panduan kita bersama.
Biasanya DJ hanya menggunakan sudu makan untuk melapis kek ni. Untuk loyang 7x7 = 5 sudu makan, loyang 8x8 = 7 sudu makan dan loyang 9x9 = 9 sudu makan. Pastikan semuanya sama rata. Tapi jika menggunakan tepung hongkong, lebihkan sedikit sukatan sudunya supaya lapisan tak terlalu nipis. Namun, terpulanglah citarasa masing2.
Adehh...jomlah kita beralih arah ke resepi kek ni pulak...dah agak lama DJ tak update resepi kek lapis keju coklat...sbnrnya dp penghujung tahun lepas lagi. Ramai yg mintak resepi ni. DJ hanya upload gambar ke FB jer tp resepinya asyik2 lupa nk tulis. Tapi gambar2 ni semuanya yg terkini ye. Resepi asalnya dah hilang entah ke mana, jd, DJ terpaksalah create semula resepi yg baru tp kena buat keknya dulu barulah dpt tulis resepi...hehehe. Resepi asalnya kalau tak silap menggunakan kuning telur yg banyak dan putih telurnya pulak sedikit. Taaapiii...resepi kali ni DJ taknak membazirkan putih telur. DJ guna semuanya sekali utk buat kek lapis sedap ni. (huhu...stok putih telur ada baaanyak sgt dlm fridge lps buat kek lapis bercorak tempoh hari. Siapa nk guna? Terfikir gak nk buat pavlova n macaroon...tp benda2 ni agak manis dan menyakitkan gusi..adehh...simpan je la dulu putih telur tu..)
Hadoii...DJ selalu mcm ni...semakin kecik loyang digunakan, semakin halus dan semakin nipislah layer yg DJ buat. Rasa2 ni lah layer yg paling nipis yg pernah DJ buat. Nasib baik msh dpt tengok lg jalur2nya tu kan..hehe. Apa2pun hasil kek ni mmg best! Sedap sangat!
Mari kita semak resepinya ye....Selamat mencuba!
Kek Lapis Keju Coklat
resepi : lepas-lagi@DapurKuSaYang
bahan-bahan : (menggunakan loyang 7x7x3. Boleh juga menggunakan loyang 8x8x3)
bahan A :
- 7 biji telur gred A
- 250g tepung hongkong (boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g)
- 180g gula halus (boleh kurangkan ikut citarasa)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 75 ml air ais
bahan B :
- 250g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
- 140g cream cheese (pada suhu bilik)
- 7 sudu besar susu pekat manis
bahan C :
- 50g serbuk koko (diayak) - kurang sukatan jika menggunakan pure cocoa
- 2-3 sudu besar susu pekat manis
- sedikit pewarna coklat atau coklat emulco
Cara-cara :
- Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
- Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.
- Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ni jika suka) dan satu lagi disatukan dengan bahan C (putar sebati).
- Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya.
- Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis. (Untuk memastikan lapisannya sama rata, adunan boleh disukat menggunakan bekas-bekas kecil atau cawan-cawan kecil yang sama saiznya jika tak yakin menggunakan sudu makan).
- Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing-masing.
- Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.
**Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum.
**Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
**Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist.
Gara-gara nk cepat update resepi, ikut sesuka hati je nk tangkap gambar...