Senin, 18 Juni 2012

Rojak Buah dan Sos Kuah Rojak/Rojak Petis (Homemade)


Ada sesiapa nak belajar buat kuah rojak (petis)?? Mari kita belajar sama2 ekk..heheh. Masa bercuti ke kampung halaman hari tu, ter'miss' pulak kelas amali cara2 membuat rojak petis yg diajar oleh mak angkat aka mak sedara. Tapi skrg dah tau, sb mak dah tlg ajarkan secara teori...Alhamdulillah, mekasih kedua2 sifuku. 

Bagi yang duduk jauh di perantauan, mungkin terlalu sukar utk mendapatkan petis udang dan rojak petis yg dah siap dijual dlm botol tu kan. Kalau dah teringin sgt nk makan, bolehlah belajar buat sendiri. Lagipun hasilnya gerenti berbaloi2. Yang penting, utk versi rojak petis ni, kenalah ada stok tepung kanji atau dikenali sbg tepung ubi. Sebut psl tepung kanji ni kan, ada ramai yg bertanya ttg perbezaan tepung kanji, tepung ubi dan tepung tapioka. Setahu DJ la kan ketiga2 tepung ni adalah tepung yg sama, iaitu tepung berkanji yg diperbuat daripada ubi kayu. So, yg menyebut tepung kanji atau tepung ubi tu, mungkin kerana dah terbiasa...mengikut keselesaan masing2... :)

Sos kuah rojak ni, time nk buat tu baunya sungguh tak menyenangkan...nasib tak ada orang kat rumah...hahaha. Tapi bila makan....adehh...takleh brenti dibuatnya....heaven!

Sejak ada sos kuah rojak ni, asyik makan rojak jer lah mak budak nih...hehehe. Tapi serius, my gugurl pun gemar makan rojak ni...selagi tak abis, selagi tu tak brenti...huhu. Tapi /tak apa la kan, bukannya selalu pun...



Apa2pun, jom kita semak resepi mudahnya ye...

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
resepi  : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
Cara-cara :


  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!
Cili Asli Walfood (hot & spicy)

Bahan-bahan untuk dibuat rojak ni ikutlah selera masing2 ye. DJ pun guna stok yg ada je. Ada mangga, sengkuang, timun, tauhu goreng, starfruit, dan nenas. Kalau ada tauge dan kangkung, bolehlah dicelur dan dimasukkan sekali. Waduhh! sedapnyaaaa!