Senin, 14 November 2011

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Rendang Daging Cili Api

Menu tertunggak lagi....apa2pun layan jelah ye. Kuah kacang versi ni mmg tak rugi dicuba. Sangat2 menepati selera DJ sekeluarga. Resepi dah ada sebelum ni tapi oleh kerana rajin, DJ kopipes semula. ^__^

Kuah Kacang Versi III
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- 
  • gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • minyak masak (lebihkan sedikit)
  • air secukupnya
  • 4 biji buah keras (ditumbuk hancur) - optional
bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul-ketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  2. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling diikuti buah keras(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  4. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  5. Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
  • jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak. 
  • kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
  • boleh juga dimasukkan udang kering yang telah dikisar/ditumbuk halus semasa menumis bahan jika suka (kdg2 DJ letak)
Ini pulak buah hati pengarang jantung....kalau tak ada teman, tak lengkaplah nasi impitku...hehe. Tapi kalau ada nasi lemak lagilah best kan....

Resepi yg mudah je. Tak perlu guna bawang. But i like it a lot. Senang kerja. Buat ikut versi sendiri je ni.  Janji sedaaappp!

Rendang Daging Cili Api
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • sekilo daging lembu (dipotong kiub)
  • segenggam atau lebih cili api (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • sedikit kunyit hidup (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • santan secukupnya
  • kerisik secukupnya
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • air asam jawa
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit daun kunyit (diracik)
Cara-cara :
  1. Rebuskan daging bersama sedikit air hingga kering. 
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaul-gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sebati dan masak hingga daging hampir empuk.
  3. Masukkan santan, garam, gula, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau lagi. Dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi dengan menggunakan api perlahan.
  4. Masak hingga kuahnya kering atau ikutlah selera masing-masing.
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi impit, nasi lemak dan sebagainya.