Senin, 31 Januari 2011

Ayam Goreng Lada Hitam (resepi II)


Dah lama tak masak ayam goreng berlada hitam. Kebetulan SIL ada kat rumah. Dia mmg gemar ayam lada hitam ni sejak 2 tahun lepas lg. Katanya enak bangat!...Untuk tidak menghampakan permintaannya, DJ buatlah ptg semalam. Ingatkan nak tayang malam tadi tp mcm biasa, tak sempat...hehe. Hari ni tak tau nak masak apa, sb msh kenyang lagi dgn roti canai. Apa2pun, jom layan dulu resepi ayam goreng berlada hitam ni yer. Amat sesuai dimakan dgn nasi ayam atau nasi putih atau dicecah dgn sos cili. Bila buat ayam ni kan teringat plak dgn kak Zila66....hehe.


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • sedikit sos lada hitam - optional
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk) 
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Kemudian dituskan.
  2. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar atau semalaman.
  3. Goreng hingga masak. 
  4. Hidangkan bersama sos cili jika suka

Sabtu, 29 Januari 2011

Ayam Kashmir (Updated)



Ayam Kashmir
sumber : majalah Rasa, Januari 2011

bahan-bahan :

  • 1 kg ayam (dipotong 14)
bahan A :
  • 81 g bawang merah (dihiris)
  • 40 g bawang putih (dihiris)
  • 60 g halia (dihiris)
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 8 biji buah pelaga
  • 4 batang serai
bahan B :
  • 100 g pes tomato
  • 60 g serbuk cili
  • 80 g rempah beriyani
  • 80 g serbuk kari daging
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan gaulkannya. biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, rempah beriyani, rempah kari daging, pes tomato dan asam keping. Biarkan ia masak selama 20 minit.
  4. Masukkan serbuk perasa dan sedia dinikmati.


versi DapurKu SaYang 


bahan-bahan :

  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.

Ayam ala2 Kashmir


Ayam Kashmir ni DJ masak 2-3 hari lepas sekali dgn daging kicap. Oleh kerana anak2 tak makan daging, DJ masaklah lauk ni. Boleh tahan sedapnya. Nampak mcm kari ayam biasa jer kan tapi ada campuran rempah beriani dan rempah bukhari. Jadilah ala2 kashmir gitu...hehe. Dapat ilham dari Majalah Rasa dan kemudian diolah mengikut citarasa sendiri. Nanti DJ akan tulis resepi asalnya yer. Layan dulu gambar2 tak seberapa ni...tq 4 stoppin' by & have a nice weekend!



Kamis, 27 Januari 2011

Daging Kicap Berkerisik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Petang semalam DJ masak daging kicap kegemaran. Tapi tak sempat nk tayang malam tadi sb tak cukup masa nak melepak di depan laptop...hehe. Sorry eh puan Lina, sian dia tertunggu2..jgn marah tau, nanti tak nak kawan...ekeke. Biasalah, DJ ni punya anak dua orang tapi bagaikan sepuluh org. Masing2 nak mintak layan. Aduss! nak crita pun malas!..buat pening kepala jer kan...lbh baik crita psl daging kicap ni..hehe.

Siang tadi sempatlah ambik gambar sekeping ni. Nampak ke tak nampak, cantik ke tak cantik, buat2 tak tau jelah yer. Nampak sket2 jadilah kan...hihik. Oleh kerana DJ buat byk sket, bolehlah simpan separuh utk hari ni. Memang tak jemu dimakan. Sangat sedap dan tip top! Kalau tak silap resepinya mmg dah ada kat dapur ni. Nanti DJ kopies semula kalau dah jumpa. Kalau tak, DJ akan tulis kemudian, ok.


Update :

Resepi Daging Kicap Berkerisik



Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )
  • 1/2  kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
  • 8 biji bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu makan lada hitam tumbuk
  • 1-2 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • kicap masin/manis secukupnya
  • 2-3 sudu bsr kerisik 
  • rempah 4 sekawan(bunga lawang, cengkih, kayu manis & buah pelaga)
  • 2 sudu bsr air asam jawa
  • garam, gula dan air secukupnya.
Cara-cara:
  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat selama 30 minit atau semalaman.
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan diikuti dgn cili kisar. Kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air secukupnya, kacau rata2 dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging dah hampir empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin/manis, kerisik, dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan ia merenih sebentar. 
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

Rabu, 26 Januari 2011

Serimuka Pisang



Semalam buat serimuka pisang versi kak Hasiah dari myr. Bila tengok Ratu Talam aka Yatiememories tayang kuih ni, terus rasa nk buat gak. Kuih ni memang sedap dan kena dgn citarasa. Cuma kat lapisan atas tu jer nampak nipis sket. Mungkin disebabkan DJ buat 1/2 adunan kot atau mungkin juga saiz loyang tak sesuai dgn 1/2 adunan tu. Apa2pun, kuih ni mmg tak rugi dicuba. Terima kasih kpd penyumbang asalnya kerana sudi share resepi. DJ cnp resepinya dari dapur Yatie. Thanks yer, Yatie.


Kuih Serimuka Pisang
source 1 : Hasiah63
source 2 : yatiememories

Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi. (DJ blend kesemua bahan, pas tu baru tapis)
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.


Siakap Sweet Sour & Spicy


haha....nak tergelak jap. Psl apa gelak?? sebabnya ialah ikan ni salah posing. Ignore jelah yer. Nilah satu2nya lauk utk dinner malam ni. Tak lebih tak kurang. Siakap sekor ni pun jenuh nak menghabiskannya tau. Time nak goreng ptg tadi punyalah tak muat kuali. Besar bukan main lagi sampai tak muat nak masuk gambar...sabo jelah...


Ingat nak masak lauk daging dan sayur tapi tak jadilah pulak sb makan ikan ni pun dah cukup kenyang. Lagipun hubby ada kat Kuantan. Jadi tak berapa syok mkn bertiga jer...hehe. Apa2pun menu ni dah semestinya sedap. Anak2 pun kata sedap sangat. Walaupun letak cili kisar tapi sebenarnya taklah pedas sgt pun. 

Layan jelah yer. Resepi biasa2 je ikut stok.

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (digoreng garing)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 2-3 sb cili kisar
  • sos cili 
  • sos tomato
  • kicap manis
  • sedikit cuka
  • garam dan gula secukup rasa
  • hirisan nenas, tomato, kapsikum dan daun sup
cara-cara : Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato, cuka, kicap manis dan diikuti air secukupnya. Masak hingga mendidih. Perasakan dgn garam dan gula sekiranya perlu. Kemudian, masukkan kapsikum, tomato, daun sup dan akhir sekali nenas. Kacau sebati. Setelah masak, tutupkan api dan siramkan ke atas ikan yang sudah digoreng. Hidangkan panas-panas. 

Senin, 24 Januari 2011

Kek Lapis Asam Manis Kukus (Updated)


Wah! ramainya nak resepi kek ni ekk...hehe. Ada yg dok ulang alik ke sini semata-mata nak tengok dah update ke belom...hehe. Terima kasih kpd yg sudi meninggalkan komen. Really appreciate. Mintak maaflah yer atas kelewatan yg tidak disengajakan. Banyak urusan yg perlu dibereskan. Don't worry, DJ tulis resepinya dlm entri terbaru ni. Selamat mencuba dan semoga sukses!



Kek Lapis Asam Manis Kukus 

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong. 

***semua bahan(kecuali hawflake dan pewarna) disukat dgn menggunakan cawan/sudu metrik. Harap maklum.

contoh cawan dan sudu metrik. tq mr google.

Kek Lapis Asam Manis Kukus


Kek ni dikukus petang tadi. Dah lama sebenarnya nak kukus kek sebegini menggunakan resepi simpanan keluarga tapi oleh kerana malas nak memutar mentega dgn gula, DJ buat stail lain. Rugi plak kalau tak buat sb hawflake tu dah agak lama disimpan. Takut expired plak. Yang bestnya, kek ni tak menggunakan mentega, sebaliknya, minyak jagung. Alhamdulillah, menjadi. Sedap, wangi, lembut dan sedikit basah. 

Kita jamu mata jelah dulu yer utk malam ni. Lain kali DJ akan tulis resepinya. Terima kasih sudi singgah ke DapurKu SaYang. 


update : untuk resepinya, sila ke link DI SINI. tq

Minggu, 23 Januari 2011

Daging BlackPepper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni cuaca sgt memuaskan. Semangat berkobar2 nak jemur kain, bantal tilam dan kasut sekolah budak...hehe. Harap2 biarlah panas hingga ke petang ye tak... 

Actually, tadi masak nasi goreng belacan ikan bilis campur sayur2an jek. Ringkas dan sedap. Petang nanti barulah masak lauk lain. Tapi tak pasti lagi lauk apa. 

Menu daging ni plak DJ masak malam Ahad lepas. Barulah sempat nak tayang. Masakan ni sgt sedap dan mmg dah menjadi salah satu makanan favorite DJ. Sesiapa yang belum pernah makan stail gini, sila2lah cuba resepinya yer. Ini adalah salah satu resepi mengikut versi DJ. Banyak lagi versi lain dlm internet ni kalau rajin meng'google'. Jom layannnn!

Daging Blackpepper

bahan-bahan :
  • 200 g daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 3 sb sos lada hitam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • sedikit kicap manis
  • hirisan kapsikum secukupnya
  • sedikit perahan jus lemon
  • sedikit hirisan daun sup
Car-cara :
  1. Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit.
  2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi. Kacau lagi.
  3. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  4. Masukkan kicap manis dan daun sup. (boleh bubuh garam jika perlu).
  5. Masukkan kapsikum dan perahan jus lemon. Sebatikan.
  6. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas. Sangat sedap!


Sabtu, 22 Januari 2011

Kek Alunan Kasih


Walaupun dah ketinggalan agak jauh ke belakang, tapi tetap nak cuba resepi kek alunan kasih ni gak memandangkan semua bahannya ada. Memang challenging gaklah time nak melapiskan adunan ni dgn koko. Punyalah excited, namun, kek ni nampak kurang sket beralun. Ada satu bahagiannya straight jer...huhu. Tak macam yg Kak Nor buat tu. Cantik dan menarik sekali alunannya. Ada seni. Thumbs up utk kak Nor.


Alhamdulillah, walaupun tak menarik, tapi kek ni sedap. Terima kasih diucapkan kpd penyumbang asal resepi ni dan minta maaflah byk2 yer sb DJ ter'derhaka' sket tang sukatan bahan2nya. Mungkin disebabkan kederhakaan itulah kek ni menjadi kurang beralun...hehe. Lagi satu problem ialah suhu oven mcm tak berapa mesralah...entahlah, maybe dah lama tak hantar servis kot....


Lepas masak malam tadi, kira2 1/2 jam kemudian, DJ terus amik gambarnya. Kek ni cepat sejuk lepas dikeluarkan dari oven. Ni dlm kawasan rumah DJ yer. Maklumlah kan, duduk berselindung di dlm hutan, payah bebeno nak dpt cahaya matahari....hihi.


Resepi ni DJ kopipes dari dapur kak Nor. Thanks for sharing kak. Mudah-mudahan lepas ni DJ akan buat lagi. Kek ni sebenarnya adalah antara yg nak dibawa ke UIA esok. Nak bagi sket kat SIL. Malam ni nak buat lagi sebijik kek utk dia kalau jadi. 

Jomlah layan resepi ni dulu. Memang tak rugi dicuba.


KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
sumber : AmFlora
sumber: K.Nor@SecubitGaram



Bahan:

  • 5 Biji Telur (DJ guna gred telur gred A)
  • 1 ½ cwn Planta atau (250g) (DJ guna 200g butter dan 50g marjerin)
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (DJ guna 1 1/2 cawan)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair** (DJ guna 3/4 cawan susu cair)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Serbuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..) (DJ guna pandan paste, strawberry emulco dan pewarna)
  • *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
Cara2:
  1. Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  8. Mcm tu lah seterusnya..sampai adunan abis…
  9. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri : 
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.




Lagi gambar kek. Tataplah sepuas2nya yer walaupun taklah secantik kek yg dibuat oleh rakan2 masakan yg lain... Apa2pun, rasa kek ni mmg sedap dan lembut.

psst!, anak2 DJ kata apa?? "mami, kek ni mcm water color lah!, mami guna water color adik ker??"...si kakaknya pun tanya benda yg sama...hihik. Warna kek ni actually lbh terang dp dlm gambar... gara2 terlebih bubuh pewarna...hehe.

view waktu siang

Sekian. Terima kasih.

Jumat, 21 Januari 2011

Ayam Masak Tropika


Hari ni masak ayam bubuh nenas. Memang best! Nanti update resepinya yer. Tuan rumah agak bz sket time ni. Terima kasih sudi berkunjung ke sini. 

Update :

Ayam Masak Tropika

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • kiub nenas secukupnya atau hirisan nenas
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • 1 kiub pati ikan bilis atau kiub pati ayam
  • 2 biji buah keras (ditumbuk)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sb cili giling
  • 80-100 ml susu cair
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm lengkuas
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan pula cili giling, sos cili, buah keras dan kiub ikan bilis/ayam. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam. Gaul-gaulkan. Kemudian masukkan susu cair, air dan daun limau purut.  Kacau lagi dan biarkan ia mendidih seketika. 
  3. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan nenas. Kacau hingga kuahnya pekat. (tak nak pekat pun boleh).
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Kamis, 20 Januari 2011

Telur Dadar Bayam Bermayonis


Menu telur dadar kesukaan anakanda Danial. Dah mmg byk kali buat. In fact, dia sendiri yg mengolah resepinya. Dari mana dia dpt idea ni tak taulah tp mmg boleh tahan sedapnya. Kalau masak jer telur dadar ni, tak pandang dah  lauk lain...hehe.

Telur Dadar Bayam Bermayonis

  • 3 biji telur 
  • hirisan bayam secukupnya
  • sedikit hirisan bawang besar
  • 1 sb susu segar - optional
  • 1/2 biji tomato (dibuang empulurnya dan dipotong dadu)
  • 1/2 sudu makan mayonis
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
Cara-cara :

Pukul telur dan susu dgn whisk atau garpu. Kemudian masukkan garam dan mayonis. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau rata-rata. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali leper, dadarkan telur dgn api sederhana hingga masak. Hidangkan. (boleh juga ditumiskan dulu bahan-bahan sebelum dimasukkan telur).

Rabu, 19 Januari 2011

Buah Lai with Jeruk Mangga Kering

Siapa suka makan buah lai aka pear kuning ni??...terus terang DJ katakan yg DJ tak berapa suka sgt buah ni sb rasanya yg agak tawar dan sejuk. Kdg2 nak habiskan sebijik pun payah. Sedap lagi yg pear hijau tu. Tapiiii.....hehe... DJ boleh habiskan 3-4 bijik buah lai dlm satu masa kalau dibuat mcm kat bawah ni.....


Idea ni dtg setelah menghadiri satu 'gathering' kat rumah member rapat tahun lepas. Memang sedap dimakan stail gini. Tak percaya? Cubalah sendiri. Senang jer. Kupas kulitnya, potong ikut suka, pas tu gaul2kan dgn jeruk mangga merah kering atau kalau nakkan rasanya lebih mengancam, campurkan sekali dgn serbuk asam yg biasa tu. Gerenti takleh nak brenti....hihi.


Bahan-bahan :

  • buah lai / pear kuning (dikupas kulit dan dipotong ikut suka)
  • serbuk asam
  • jeruk mangga merah kering secukupnya
Cara-cara : gaul-gaulkan kesemua bahan dan sejukkan sebentar jika suka. Hidangkan.



Selasa, 18 Januari 2011

Kerisi Goreng Berempah & Award

Malam tadi goreng ikan kerisi. Hari ni goreng lagi. Memang tak menjemukan lbh2 lagi dgn bau aroma bwg putih dan halianya itu, sgt2 menyelerakan. Dulu DJ tak suka ikan ni, bukan psl tak sedap, tp leceh sket nak siangkan kulit ikan yg byk sisik ni. Bermacam2 alat dah digunakan utk buang sisik ikan dgn cara yg paling menyenangkan tp semuanya tak dpt pakai. Tapi sejak ada benda alah ni, tak mau dah cari yang lain....hehehe





Kerisi Goreng Berempah
  • 4-5 ekor ikan kerisi
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan serbuk cili
  • serbuk kunyit secukupnya
  • garam
Cara-cara : Lumurkan ikan dgn semua bahan di atas dan perap selama 30 minit atau lebih. Kemudian, gorenglah hingga garing. 






Dapat award ni daripada AlongRoz. Thank you so much. Really appreciate it!..mmmuahh!


PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-


PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.
-THE END-

Ramai rakan blogger dah dapat award ni kan. Sesiapa yg belum dpt lagi, sudi2kanlah mengambil award ni yer. Nak letak nama dan link nanti payah gak, sb terlalu ramai blogger yg kreatif dan produktif dlm alam maya ni. Memang terlalu sukar utk daku memilih yg mana satu...hehe. 

Senin, 17 Januari 2011

Easy Tiramisu


hehe...ignore jer tiramisuku yg sememeh ni...mmg sengaja dibuat sememeh mcm ni sb nak cepat. Main cedok ngan sudu jek...huhu. Sakit mata gak nengok tapi...ada kukesah?...kesah gaklah sket2....kalau rajin nanti tayang gambar baru...tu pun kalau rajinlah kan...heheh. 

Nilah tiramisu sebelum kejadian. Kena disejukkan dulu lbh kurang 7-8 jam. Lepas buat lady finger tu, terus buat yg ni. Entah kenapa terlebih rajin plak mlm tadi padahal dah letih teramat2 sgt....huhu. 

Tak susah nk buat tiramisu ni. Kalau ada bahan seperti krim keju, whipping cream, gula, air nescafe dan biskut atau kek, semuanya boleh jadi. Sedap tak boleh nak cakaplah. Kalau nak resepinya, boleh rujuk kat dapur umi e di myresipi.com yer. Senang sangat. Resepi Tiramisu beryogurt pun sedap. Ada di SINI resepinya. bagi yg teringin nak buat biskut tiramisu aka lady finger sendiri, bolehlah mencuba resepinya di SINI. semoga sukses!


Update :

Tiramisu
sumber : umi e

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (DJ guna biskut tiramisu /lady finger)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Lady Fingers (Span Jejari)


Kalau rasa susah sgt nak cari lady fingers untuk buat tiramisu atau sebagainya, ada baiknya belajar buat sendiri. Habis cerita...kan? kan? kan?...hehe.
Dah banyak kali gak buat LF ni...hasil edit sana edit sini, maka terhasillah resepi mengikut citarasa sendiri. Bahan-bahan pun tak banyak pakai tau. Yang penting, telur hendaklah diputar hingga kental dan gebu, barulah menjadi. 


Bila dah siap, bolehlah buat tiramisu atau makan gitu2 jer, pun sedap...hehe.

Lady Fingers 
Bahan-bahan :

  • 4 biji telur (diasingkan kuning dan putihnya)
  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 100 g gula kastor (bahagi dua)
  • 1/2 sk krim tartar - optional
  • 1 sk esen vanilla
  • gula aising secukupnya utk saduran
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan dulang pembakar. Alaskan dengan baking paper. 
  2. Untuk kuning telur : Satukan dgn 50g gula dan esen vanilla di dlm mangkuk pengadun. Putar hingga pucat dan gebu. Ketepikan.
  3. Untuk meringue : Putar putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan krim tartar. Putar lagi hingga kental dan bertanduk.
  4. Satukan meringue tadi bersama adunan kuning telur dan sebatikan dgn cara kaup balik. Masukkan tepung dan kaupbalikkan lagi hingga sebati.
  5. Kemudian paipkan atau sudukan seperti jejari di atas dulang pembakar lebih kurang 7cm panjangnya. Boleh dibuat tebal atau nipis. Ikutlah selera sendiri.
  6. Taburkan/ayakkan gula aising di atasnya dan bakarlah selama 15 minit.
Tak ingat siapa yer tempoh hari bertanyakan tentang baking paper utk alas loyang dan dulang. Inilah salah satu contoh baking paper yg dah biasa DJ gunakan utk projek mem'baking'.

Minggu, 16 Januari 2011

Sayur Bayam Bebola Ikan


Hari ni tak ada menu special. Tak berapa nk rajinlah nk masak yg best2. Semuanya serba sempoi tapi tetap menyelerakan. Antaranya adalah ayam goreng dan sayur. Sayur bayam ni adalah sayur kegemaran si Danial. Bubuh fishball byk2, lagilah buat dia berselera. DJ plak akan makan fishball ni kalau dibuat yong tau foo...hehe. 

Apa2pun, layan jelah resepi mudah ni yer.  

Sayur Bayam Bebola Ikan

  • sayur bayam (dibersihkan)
  • bebola ikan secukupnya (dibelah dua)
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih (dihris)
  • sedikit udang kering
  • garam secukup rasa
  • sedikit kiub pati ikan bilis (jika suka)
Cara-cara : Didihkan air secukupnya di dlm periuk dan masukkan semua bahan kecuali bayam dan bebola ikan. Setelah mendidih, barulah dimasukkan bayam dan bebola. Hidangkan setelah masak.

Jumat, 14 Januari 2011

Bahulu Pandan Chocolate Rice



Dari malam tadi lg nak update n3 ni tp tak dpt2 sb tak ada idea nak cakap...lama gak 'blank' tu....hehe. Last2 layan movie jer. Pas tu terus Zzzzzzz.....

Seperti kebiasaanlah, DJ sgt2 menggemari kaler hijau. Kena ingat tu tau. DJ suka kaler hijau. Nanti mana tau kan DJ nak buat pop kuiz ker, senanglah nak jawab....hehe...mmg ada kuiz tu, but not now yer...tunggu sampai tiba masanya nanti...tp antara syarat2nya ialah kena jd follower dulu dan menetap di Malaysia shj...hehe.

Ok, ptg semalam DJ buat bahulu atau kek Pandan bubuh coklat urai. Ini adalah percubaan kali kedua. Tp yg hari tu mmg tak dpt nk publishlah sb kurang berpuas hati dgn hasil gambarnya. Yang ni pun tak puas hati gak sebab tergesa2, maka gambarnya agak kelam sket. Tapi x mengapalah, janji dpt tengok kan...hehe. 

Kek/bahulu pandan ni mmg sedap dan lembut. Rasanya pun taklah manis sgt2 walaupun ada coklat urai. Memang kenalah dgn selera ni. Yang putih mcm salji tu lak adalah krim aising dan kelapa parut kering. Nak hias dgn topping lain pun ok. O ya lupa lak nak bagi tau, bahulu ni boleh juga dibuat gulung atau bubuh dalam muffin/paper cup jika suka. Ikutlah keselesaan masing2. Yang penting, sedaaapp!...hehe


Layanlah jelah yer. Nak resepi, boleh cnp dari sini. Terima kasih sudi singgah. 



Bahulu Pandan Chocolate Rice

bahan-bahan :
  • 100 gm tepung gandum
  • 4 biji telur A
  • 90 g gula kastor
  • 50 ml minyak jagung 
  • 1 sk ovalette
  • 2 sb susu segar
  • 1 sk pandan emulco / pes pandan
  • 2 sb chocolate rice (boleh tambah jika suka)
cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan loyang yg bersesuaian atau muffin/paper cup. Sapukan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (Jangan lupa alaskan dgn baking paper jika menggunakan loyang).
  2. Sediakan mangkuk adunan. Satukan telur, gula dan ovalette. Putarkan hingga pucat dan kembang. 
  3. Kemudian masukkan tepung, susu dan pandan emulco/pes pandan. Putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati (kaup balik) dgn menggunakan rubber spatula.
  5. Akhir sekali, masukkan coklat urai. Kacau perlahan2 sehingga rata. Tak perlu dikacau terlalu lama.
  6. Bakarlah selama 25-30 minit atau sehingga kek  masak (DJ guna suhu 180C pd 20 minit pertama dan kemudian diturunkan kpd 160C utk 10 minit terakhir). Suhu bergantung pd jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Hiaskan dgn topping kesukaan jika suka.
Krim Aising : cadangan
  • 1/3 cawan gula aising
  • 60 g mentega lembut
  • kelapa parut kering
  • 1 sb jus oren
Cara-cara : satukan gula, mentega dan jus oren di dlm mangkuk pengadun dan putar hingga gebu. Sapukan pd kek dan taburkan kelapa parut kering.