Minggu, 28 Februari 2010

Kek Lapis Alwani (Kukus)









Masih ingatkah lagi Kek Lapis Alwani yg pernah dyg buat tahun lepas?? Di sini yer linknya. Ramai yg dah mencuba resepi kek ni…berbanyak2 terima kasih dyg ucapkan kpd yg telah sudi mencuba dan bersusah payah menghantar report ke myresipi.com. Kalau tak silap org pertama mencuba resepi ni ialah Puan Hana….tq….lebiuuu!!!....psstt! tak teringin ker nak buat lagiii???...hehe…




Beberapa hari lepas, ‘feel’ nak mengukus kek ni tiba2 datang….agaknya dah lama sgt tak buatlah kot…teringat pulak tentang kesedapan kek Alwani ni….terus jer bersemangat nak buat lagi….kali ni guna mentega kerana kehabisan marjerin….sebenarnya, utk kek ni dyg prefer guna marjerin berbanding mentega sb dyg suka teksturnya yg agak lembut dan basah. Tapi rasanya tetap sama jika menggunakan kedua2 bahan ini. Kalau orang kata kek ni mcm kek lapis Sarawak yg lain, bagi dyg pulak, kek ni ada keunikannya tersendiri. Apa2pun terpulanglah pd penilaian masing2. Alhamdulillah…dyg bersyukur sb ramai yg memberi komen yg positif dan juga kritikan membina. Terima kasih sekali lagi.








Warna kek ni sebenarnya lebih cerah daripada dalam gambar..tak tau kenapa mcm blur jer ni....










Kek ni macam biasa, dikukus dgn menggunakan Loyang 6 inci mengikut saiz keluarga. Buat byk2 pun takut membazir pulak nanti. Sekadar buat utk minum petang, bolehlah tu. Lagipun, masa mengukusnya taklah lama sgt. Hanya buat 3 kali lapis, dah siap. Tapi berhati-hati yer….pastikan lapisannya betul2 dah tak cair, barulah dimasukkan adunan seterusnya. Ini utk mempastikan lapisannya sekata dan tak berombak-ombak. Penggunaan kismis pulak, jika menggunakan kismis hitam yg saiznya agak besar dan berat, dyg cadangkan supaya ia dihiris2 terlebih dahulu supaya apabila ditabur, adunan kek sentiasa ringan serta naik dgn sekata. Jika tidak, lapisan kek akan terjejas. Memadailah menggunakan kismis dgn kuantiti yg sedikit seperti yg ada dalam gambar. Jika tiada stok kismis, boleh juga menggunakan kepingan asam manis/hawflakes atau hirisan red dates. Selebihnya, ikut bahan2 serta langkah2 yg ada pada resepi. Cuma nak tentukan masa kek tu masak bergantung pd saiz serta jenis loyang dan pengukus yg digunakan.













Kepada yg belum pernah mencuba dan teringin nak cuba kek lapis kukus Sarawak, inilah antara kek lapis kukus yg paling basic utk anda pelajari. Memang senang sangat nak buat dan rasanya sungguh sedap serta tak muak. Selamat mencuba!



Bahan-bahan : Loyang 6 inci



  • 1 cawan tepung gandum

  • 1/3 cawan horlicks

  • 5 biji telur A (pada suhu bilik)

  • 200 g marjerin (mentega pun boleh)

  • 1/2 cawan gula halus

  • 1/3 cawan susu pekat manis

  • kismis hitam secukupnya (dihiris)

  • 1 sdt esen vanilla

  • pewarna hijau, merah dan kuning/oren


Cara-cara :



  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

  2. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.

  3. Pukul marjerin/mentega dgn gula sehingga kembang dan putih. (high speed)

  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar. (low speed)

  5. Masukkan susu pekat dan putar lagi. (low speed)

  6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati. (low speed)

  7. Masukkan esen vanilla. Ratakan.

  8. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.

  9. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit atau hingga dah tak cair.

  10. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau atau oren. Kukus selama 15 minit atau hingga dah tak cair.

  11. Akhir sekali tuangkan lapisan seterusnya dan taburkan kismis. Kukus sehingga betul2  masak.


Kek Seri Kaya Sarawak / Sarawak Seri Kaya Cake

Buat Angie, terima kasih kerana sudi bertanyakan resepi Kek Seri Kaya Sarawak. 

Actually, I haven't tried this recipe yet. Honestly, never done it before...hehe. And not really sure if it's the one you're looking for. I took this recipe from myresipi.com since I don't have it here. Anyhow, hope it helps you ya.

Minta maaf sebab buat masa ni DJ tak dapat nak letak gambarnya sekali. Next time, DJ  akan cuba resepi ni dan upload gambarnya di sini yer. Tapi boleh tengok gambar asalnya di MYR.. Terima kasih juga kpd Elle kerana sudi berkongsi resepi ini.

Kek Seri Kaya Sarawak

Sumber : Elle Connie MYR 

Bahan-bahan :

  • 200g horlick 
  • 350g butter 
  • 100g gula 
  • 3 sudu besar gula hitam karamel (browning sugar)
  • 240g serikaya 
  • 10 biji telur ayam (asingkan telur putih & telur kuning) 
  • 250g tepung kek 
  • 50g tepung susu 
  • 2 sudu kecil double action baking powder & secubit baking soda 
Cara-cara:

    1. Pukul butter & gula sampai kembang.
    2. Pukul telur kuning & tambah serikaya & gula hitam & gaul sebati. Masukkan ke dlm No.1
    3. Pukul telur putih sampai 'stiff' & masukkan ke dlm No. 2.
    4. Sieve semua bahan kering & masukkan ke dlm No. 3, gaul rata.
    5. Masukkan ke dlm acuan 10 in & tutup muka kek dgn aluminium foil & stim selama 1 jam 45 minit.
    6. Selepas masak, Sprinkle with toasted sesame seed & biarkan sejuk.


    Another version :

    Sarawak Serikaya Cake

    Source : AlongRoz

    (Makes 8" round/square)
    INGREDIENTS:
    • 8 oz Butter
    • 160g Caster Sugar
    • 5 Eggs
    • 1 tsp Ovalet
    • 150g Serikaya
    • 200g Condensed Milk
    • 1 tin (170g) Nestle Cream
    • 1 tsp Essence Vanilla
    • 1 bottle (80-100g) Browning
    • 150g Chocolate Horlicks (I used plain)
    • 175g Plain Flour

    METHOD:
    1. Beat butter & sugar until fluffy.
    Add in egg one by one while beating.

    Add in the rest of the ingredients in the order while beating.

    2. Pour into greased & lined tin.
    Steam for 4 hours.

    3. Sprinkle toasted sesame seeds if preferred (I skipped) while cake is hot.

    *To AlongRoz, thanks for sharing this recipe.

    Jumat, 26 Februari 2010

    Alamak!...Berat ker blog aku???!!!

    Tertarik dgn n3 Chik Min ttg timbang menimbang blog....mcm nak timbang tepung lak kan...hehe...kita pun apalagi, teruja jugaklah timbang blog sendiri. Alamak!...besar gak saiz blog tuan rumah nih!...rasa mcm tak percaya lak (padahal kompom sah2 rumah ni terlebih sihat...hihik)....

    #
     Domain name Size Load Time Average Speed per KB

    1lepas-lagi.blogspot.com220.34 KB0.19 seconds0 seconds

    Kalau mcm nilah nampak gayanya kena daftar ke London Weight Management ler tu...buang2 apa2 yg patut...tapi sebelum tu, nak tanya gak pengunjung2 semua, lambat ker nak load rumah ni???...nak tau gak jawapan anda jika sudi tolonglah kan...supaya nanti dyg boleh buat tindakan selanjutnya...hehe...

    Sebenarnya, dyg sendiri tak menghadapi masalah apabila nak load umah ni...setakat ni oklah ...tapi bergantung gak dgn line internet masing2..kalau line ok, senanglah nak load page....sebab2 lain termasuklah masalah widget terlalu byk dan juga penggunaan background. Sebelum2 ni dyg dah cuba bermacam2 jenis background tapi kebanyakannya lambat sgt nak loading (haa...tu ler sebab utamanya...). Dan oleh sebab itulah  rumah ni  maintain dgn background yang ada ni....

    Sekarang ni senang...dah ada alat penimbang blog. Bukan disukat dgn cawan metrik atau penimbang digital kat umah di alam nyata tu yer....hehe...tapi Website Speed Test. Bolehlah try timbang blog anda dari situ.....trm ksh kpd Chik Min krn sudi berkongsi link.

    Lovely Awards from Love....Thank You So Much


    Dah beberapa hari cuba nak angkut award yg kiut miut ni dr rumah Love tapi  masa belum dapat mengizinkan lagi...Tapi hari ni nak jugak ambik award tu walaupun sibuk dgn keje2 lain dan dibebani masalah 'M'.....tersenyum seketika bila baca n3 HaSue ttg vitamin R....heheh...hari tu tu dia singgah ke sini mintak kalau2 ada vitamin R nak bagi kat dia...huhu...alahai....kita sendiri pun tak mampu sejak dua menjak ni...tengoklah...n3 yg ada tu pun byk yg kena masuk arkib dulu sebelum post ke sini...tak ter'update'...kalau update pun 'macam itik pulang petang'....ekeke....agaknya skrg ni memang dah musim jangkitan virus 'M' kan, Sue....hihi....sama2lah kita carik penawarnya yer....

    Anyway, to Love, thanks for the awards...so lovely!!...and thanks for remembering me...u're such a wonderful n marvelous friend!...thanks again....mmmmuahhh!


    Kamis, 25 Februari 2010

    Seafood Lasagna



    Salam.....

    Tuan rumah baru nak mengemas rumah. Kesian...dah beberapa terbiar....nak buat macam mana kan...byk hal lain yg perlu diutamakan terlebih dahulu. Jadi, kurang  sikitlah 'feel' nak belayar di alam maya dgn 'mood' yg tak berapa nak stabil...Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini.

    oklah, nak cerita sikittt jer pasal n3 kali ni, sebenarnya menu ni dah lama berlalu yer. Nasib baiklah sempat ambik gambarnya. Menu harian pulak kebanyakannya dah byk kali masuk n3. Tak ada yg special. Yang ni rasa2nya tak pernah lagi post kat sini....

    Kalau nak cerita dari segi rasanya, memang sedap dan menyelerakan!!....kenyang dan tak perlu makan nasik dah lepas tu. Mula2 terfikir nk buat chicken/beef lasagna tapi malaslah...asyik2 ayam...asyik2 daging....akhirnya, bertukar pulak ke seafood....iaitu menggunakan isi udang.  Waduhh!!...enak bangat sih!!....

    Sebenarnya kan belen kulit pastanya dah lama duduk dalam kabinet. Tu pasal ler nak kena perhabiskan...dah hampir menapause pun...skrg ni ada lg belen 3 keping(kulit pasta)...bila nak habis tak taulah...hehe

    Resepi seafood lasagna ni adalah mengikut citarasa sendiri. Jika berminat, bolehlah mencuba.

    Seafood Lasagna

    Bahan A :
    • 4 keping pasta lasagna(dicelur)
    • sedikit udang basah (dicincang)
    • 1 tin kecil puri tomato
    • 2 ulas bawang putih (dicincang)
    • sedikit lada sulah/serbuk lada hitam
    • sedikit oregano
    • garam dan gula secukupnya
    Bahan B:
    • 500 ml susu segar
    • 125 g tepung gandum
    • 150 g mentega
    • sedikit garam
    Bahan hiasan :
    • cili benggala (dihiris dadu kecil)
    • sedikit terung panjang (dhiris dan digoreng)
    • keju parut secukupnya
    Cara-cara :
    1. Bahan A : Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan puri tomato, serbuk lada sulah/lada hitam serta oregano. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
    2. Kemudian masukkan isi udang, garam dan gula secukupnya. Kacau beberapa saat dan tutupkan api.
    3. Bahan B: Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2. Kemudian tuangkan susu segar dan garam. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
    4. Sediakan bekas yg bersesuaian. Griskan dgn mentega. Susunkan kepingan pasta/lasagna yg sudah dicelur tadi.
    5. Kemudian ratakan dgn bahan inti. Susunkan hirisan terung dgn kemas dan taburkan dgn cili benggala.
    6. Tuangkan bahan B ke atas bahan inti tadi.Ulangi proses sehingga diakhiri dgn Bahan B. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan bekas tersebut. 
    7. Taburkan keju parut secukupnya dan hiaskan dgn oregano.
    8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 140C atau sehingga keperangan. 

    Terima kasih kerana sudi singgah dan kepada semua umat Islam yg berkunjung ke sini, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

      Minggu, 21 Februari 2010

      Tauhu Kukus Istimewa II


      Baru-baru ni dyg masak tauhu kukus istimewa lagi tetapi dgn resepi yg berbeza. Jika anda adalah peminat tauhu, sudi2kanlah mencuba resepi ini yer. Pasti berbaloi!



      Bahan-bahan :
      • 1 keping tauhu lembut (dikukus hingga masak)
      • Crab stick secukupnya (dipotong kecil) - udang pun boleh
      • 1 ulas bawang putih (dicincang)
      • 1/2 cm halia (dihiris)
      • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
      • sedikit hirisan cili benggala (kapsikum)
      • sedikit hirisan daun sup/daun bawang
      • 1 biji cili padi (dihiris nipis) @ 1/2 sudu makan cili kisar
      • 1 sudu makan puri tomato/sos tomato
      • sedikit kicap manis dan sos cili
      • 1 sudu makan sos tiram
      • 1 sudu makan marjerin/mentega (minyak masak pun boleh)
      Cara-cara :
      1. Cairkan marjerin/mentega. Tumis bawang2 serta halia hingga terbit bau.
      2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih sebentar.
      3. Masukkan puri tomato/sos tomato, sos cili, kicap manis dan cili padi. Gaulkan.
      4. Kemudian barulah dimasukkan crab stick/udang serta cili benggala. Kacau lg selama 30-40 saat. Boleh tambah garam dan gula jika perlu.
      5. Setelah masak, siramkan ke atas tauhu yg telah dikukus tadi dan hiaskan dgn daun bawang dan daun sup.
      6. Hidangkan panas2.

      Sabtu, 20 Februari 2010

      Tiramisu Beryogurt


      N3 ni dah lama berlalu (tak sempat nak publish)...habis sudaaah!...hanya tinggal gambar2nya jelah sebagai kenangan sepanjang zaman...hehe. Jadi, jangan ada pulak yg meminta2 yer...sorryyyy....hehe

      Italian dessert ni mmg best dan sedap!...Tapi  kalau ikut selera anak tekak ni, dessert jenis ini tak boleh nak dimakan selalu atau makan byk2 pd satu masa....sebabnya cepat rasa muak. Mungkin juga disebabkan gabungan krim dan keju yg menyebabkan tekak ni cepat rasa muak. Tak pastilah pulak dgn selera orang lain. Yang pastinya, si anak2 ni tak jemu2 makan keju. Kalau beli yg sliced cheese tu tak sampai satu hari dah habis diratah mcm tu jer...kita pulak yg terasa muak dibuatnya...hihik.

      Berbalik cerita pasal tiramisu ni, kali ni dyg adunkan keju bersama plain yogurt tanpa menggunakan whipping cream/heavy cream...sekadar nak bg kelainan pada rasanya. Manakala lapisannya pulak, dyg hanya guna biskut marie (instead of lady finger biscuits) yg dicelupkan bersama air kopi dan nampak tak lapisan bawah sekali tu???...itulah belen Kek Coklat Tanpa Telur....hehe.....tak kisahlah  kan...apa2 jenis kek pun ok. Janji dapat hasil yg diingini dan yg paling utama ialah tiramisu ni memenuhi selera anak tekak. Lagipun, resepi atau bahan2 yg digunakan utk membuat tiramisu ni sgt mudah dan senang nak prepare.

      Sememangnya, tiramisu boleh dipelbagaikan mengikut citarasa serta keperluan masing2. Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai sejarah tiramisu, jom baca  DI SINI.


      Bahan-bahan : untuk loyang kecil
      • 250 g cream cheese
      • 100 g butter 
      • 100-150 g plain yogurt ( yg berperisa pun boleh)
      • 1/3 - 1/2 cawan gula icing
      • biskut Marie secukupnya (biskut manis yang lain pun boleh)
      • Kek span atau apa2 jenis kek yg disukai
      • air kopi suam
      • serbuk koko @ serbuk coklat @ serbuk kopi (utk saduran) - DJ guna serbuk coklat
       Cara-cara :
      1. Putar keju bersama butter, gula dan yogurt sehingga kembang dan gebu.
      2. Sediakan bekas yg bersesuaian.
      3. Susunkan kek dgn kemas (nak buat lapis2 pun ok tapi DJ buat satu lapisan shj sb kek tak cukup). Siramkan sedikit dgn air kopi.
      4. Kemudian ratakan krim keju tadi pd permukaannya dan susunkan biskut secukupnya. (Celupkan biskut ke dalam air kopi sebelum disusun jika suka). Jika anda menggunakan biskut jejari Italian, pastikan ia direndam bersama air kopi terlebih dahulu.
      5. Tuangkan sedikit air kopi pada lapisan biskut tadi supaya ia betul2 serap. Kemudian ratakan lagi krim pada lapisan biskut.
      6. Ulangi proses hingga habis. Tutup kemas bekas tersebut dgn alas lekap/kertas plastik dan sejukkan sekurang2nya 4 jam atau dibiarkan semalaman.
      7. Taburkan serbuk koko/serbuk kopi/serbuk coklat sebelum dihidangkan.

      Sedaaaapppp!

          Jumat, 19 Februari 2010

          miss me???


          Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua pengunjung setiaku.....

          Terima kasih yg tak terhingga atas kunjungan anda semua. Ada yg rindu ker??? Dah seminggu rasa2nya tak sempat nk update blog. Namun, dyg bersysukur sebab rumah ni sentiasa ada pengunjung walaupun traffic agak slow sedikit sejak bbrp hari lepas. Yalah, masing2 sedang bercuti atau pulang ke kampung halaman masing2 atau sedang beraya sempena Tahun Baru Cina. Apa yang pasti, dyg tak bercuti ke mana-mana....sebaliknya, melayan si bongsu yg dah hampir seminggu demam dan batuk2 di samping melayan karenahnya yg semakin memeningkan kepala. Aduiii...nak cerita pun tak larat rasanya......faham2 jerlah....Namun, sekarang ni Alhamdulillah, batuk pun dah kurang, suhu badan pun dh turun. Cuma nampak susut sedikit. Tu yang buat kita susah hati dan termakan hatiiii....uhuk...

          Apa-apapun terima kasih sekali lagi kpd yg telah sudi mengemelkan dyg bertanyakan berita dan juga yg telah menghantar mesej di sini. Thanks a lot. Jika ada ruang dan masa yg boleh mengembalikan mood ini seperti sediakala,  InsyaAllah, kita akan kembali bersiaran...tunggu sajalah n3 terbaru dari tuan rumah ni yer....terima kasih jugaklah kpd yg telah sudi menyelongkar dapur dyg tu....nasib baiklah ada orang tolong kemaskan....hehe...

          **to Love2Cook....thanks for the lovely award....I'll take it later ya....tq so much....

          Thanks for dropping by.....please come again... and again.....

          Jumat, 12 Februari 2010

          Ayam Goreng Lada Hitam


          Bahan-bahan :
          • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
          • 3 biji bawang merah (dikisar)
          • 2 ulas bawang putih (dikisar)
          • 1 inci halia (dikisar)
          • 2 sb kicap pekat
          • 1 sb sos tomato
          • 1 sb sos cili
          • 1-2 sk lada hitam tumbuk
          • 1-2 sb sos tiram
          • 1 sk serbuk lada sulah
          • garam dan gula secukupnya
          Cara-cara :
          1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Kemudian dituskan.
          2. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar.
          3. Goreng hingga masak. 
          4. Hidangkan bersama sos cili jika suka
          ***sesuai utk disajikan bersama nasi putih atau nasi ayam atau diratah shj.

          Kamis, 11 Februari 2010

          Tauhu Sambal resepi II

          Salam....

          Hari ni masak tauhu lagi. Tak habis2 dgn tauhu....hehe. Tapi bukan tauhu lembut mcm yg semalam tu...guna tauhu biasa jer. Sebelum expired, baik dimasak cepat2 sb kalau tauhu ni jadi keras, dah tak elok dimakan. Rasa pun dah tak sedap.

          Maka, tengahari tadi dyg buatlah tauhu bersambal. Lama gak tak buat. Last time buat bulan mac tahun lepas. Lama dah tuu....hehe. Sedap sangat2!...peminat2 tauhu dah pasti suka akan masakan sebegini.

          Lauk lain ialah  kurma ayam dan sayur campur.....
           

          Tauhu Sambal
          Bahan-bahan:
          • 3 keping tauhu (dibelah dua)
          • 5 ulas bawang merah (dikisar)
          • 2 ulas bawang putih (dikisar)
          • 1 sudu makan sos tiram - optional
          • segenggam udang kering/belacan bakar (dikisar)
          • 2 sudu besar sos tomato / jus limau
          • 2-3 sudu besar cili kisar
          • gula dan garam secukupnya
          Cara-cara :
          1. Goreng tauhu sampai keemasan.
          2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
          3. Masukkan sos tomato dan sedikit air. Masukkan pula garam dan gula.
          4. Tutup api. Masukkan tauhu yg tlh digoreng tadi ke dalam kuah td dan gaulkan.
          5. Hidangkan.
          ***Mintak maaf sekali lagi atas kelewatan dyg utk membalas msg/komen/emel anda. Nak blog walking pun tak sempat2 lagi ni. Hanya sempat singgah jap jer. Tu pun 1-2 buah rumah. Hari ni si Danial tak berapa sihat. Tiba2 demam sejak pg tadi. Risau dan gelisah dah ni....

          Apa2pun, terima kasih atas kunjungan kalian. Jangan jemu utk bertandang ke sini lagi.

          To Hana Jepun tu, tolong sampaikan  mesej ni buat Danish yer...."Happy Birthday to You! Be a good boy!"....akak dh cuba send msg kat blog hana tp x dpt tembus...kebal sungguh pintu umah Hana tu yer...hehe.

            Rabu, 10 Februari 2010

            Kuih Rengas aka Kuih Kacang Hijau

            Masa kecik2 dulu, dyg teramat2lah meminati kuih rengas ni. Masa tu tak tau nak sebut kuih apa, dyg panggil kuih kacang hijau je lah. Memang kuih kacang hijau pun kalau gelaran kat Swrk nun. Ada gak org panggil kuih kasturi, betul kan??..Apa2pun kuih tetap kuih yg sama dan sgt sedap.

            Mak selalu buat, besar2 pulak tu. Memang sedap lebih2 lagi time panas2...rangup jer rasa tepungnya....kalau dah sejuk pun tetap garing dan tak liat. Tak pastilah pulak tepung apa yg mak campurkan selain tepung beras dan tepung jagung sb malas nak bertanya....hehe. Time tu malas nak buat. Tapi sejak merantau ni, apa shj makanan yg disukai kenalah belajar buat sendiri termasuklah kuih rengas. Sekali sekala buat sendiri, mmg tak rugi.

            Sekarang ni pun, dyg masih peminat setia kuih rengas. Kalau jumpa jer kat mana2, dyg pasti akan membelinya walaupun family tak berapa minat sgt dgn kuih ni. Hubby pun ikut mood gak tu. 

            Memandangkan kacang hijau ada tinggal sedikit jer lagi, dyg buatlah utk hidangan diri sendiri. Lega rasanya, tak payah nak berebut2....hehe.

            Resepinya lebih kurang sama gak dgn resepi2 kuih rengas yang ada kat Malaysia ni. Lagipun, resepi main agak2 tangan ni ikut selera anak tekak sendiri. Kalau kita kata sedap, tak semestinya orang  lain pun kata sedap gak melainkan sama citarasa. Selera masing-masing kan....hehe.

            Bahan-bahan :
            • tepung beras
            • sedikit tepung jagung
            • sedikit garam
            • air secukupnya
            • sedikit serbuk kunyit
            • sedikit air kapur (tak suka letak)
            • kacang hijau
            • gula secukupnya
            • kelapa parut putih (kadang2 tak letak pun)

            Tauhu Kukus Istimewa


            Salam...menu tengahari tadi dyg buat nasi ayam. Tapi dah selalu sgt diulang tayang, jadi, tak perlulah rasanya nak tayang berkali-kali dah kan...hehe. Resepi pun guna resepi yg dh biasa tepek kat sini. Kalau ada resepi baru nanti, bolehlah share lagi...

            Untuk dinner tadi sempatlah buat tauhu kukus special ni. Idea nk buat masak special ni tiba2 datang setelah melihat tauhu kukus kat umah k.ummi dan HaSue. Memang tak boleh tahan nengok....kebetulan pagi tadi dyg singgah ke Giant, sempat sambar 2 pek soft tofu ni. Harga promosi skrg ni...cuma 68 sen sahaja utk sekeping...jangan jeless.....hehe....

            Sedap betullah tauhu masak dgn sos special....apa yg special ek??....dari tadi sebut psl special....huhu. Sebenarnya, dyg pekenakan tauhu ni dgn sotonglah....hehe....mabeles!!!....

            .....jom layan resepinya.....terima kasih krn sudi singgah!

            Bahan-bahan :
            • 1 keping tauhu lembut (dikukus hingga masak)
            • 2 ekor sotong basah (dibersihkan dan dihiris bulat) - boleh juga guna udang basah
            • 1 biji cili padi (dihiris kecil)
            • 1 ulas bawang putih (dicincang)
            • 1/2 cm halia (dihiris)
            • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
            • 1/2-1 sk serbuk lada hitam
            • 1-2 sudu makan sos tiram
            • 1 sudu makan sos cili
            • 1 sudu makan kicap pekat
            • 1 sudu makan madu + 1 biji jus limau kasturi + sedikit air (dibancuh)
            • sedikit hirisan daun ketumbar/daun bawang/daun sup
            • 1 sk tepung jagung + sedikit air (dibancuh)
            Cara-cara :
            1. Gaulkan sotong bersama serbuk lada hitam dan kicap pekat. Biarkan sebentar selama 15 minit.
            2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. 
            3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan ia mendidih seketika.
            4. Masukkan sos cili, cili api. Barulah dimasukkan sotong serta hirisan daun bawang/daun ketumbar/daun sup. Kacau rata.
            5. Masukkan bancuhan madu dan akhir sekali bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuahnya sedikit pekat. (Perasakan dgn garam dan gula jika perlu). Tidak perlu masak terlalu lama.
            6. Siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi.
            7. Hidangkan.
            ***sotong boleh juga digoreng terlebih dahulu sebelum diperap bersama lada hitam dan kicap pekat.

              Acar Ikan Masin

              Masakan yg asyik tertangguh2 nak  buat ni akhirnya semalam tercapai juga. Dari bulan lepas lagi setelah melihat resepinya dlm majalah Saji, tergerak hati nak buat tapi ada shj stok yg tak lengkap. Apa2pun, terima kasih dyg ucapkan kpd Kak Liza (Chef Haneiliza) kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni. 

              Bbrp hari lepas, dyg cuba nak cari resepi ni dari blog Kak Liza. Niat nak kopipes atau link jer resepinya di sini, tapi tak jumpa pulak. Mungkin terlepas pandang atau mmg tak ada kat situ.  Kalau ada, silalah bagi tau  dyg yer supaya senang nak link nanti. Apa2pun, dyg taip resepinya di sini utk dikongsikan bersama rakan2 serta pengunjung yg gemar dgn masakan acar ni. Cubalah resepi ni, mmg sedap dan senang jer nak memasaknya tau.



              Acar Ikan Masin

              Bahan-bahan :
              • 300 g isi ikan masin (ikan talang/ikan kurau/ikan merah) 
              • 200 g gula 2 inci halia (dimayang halus) 
              • 100 g kismis 
              • 100 g lobak asin 
              • 1 sk serbuk jintan manis 
              • 1 sk serbuk jintan putih 
              • 1 sk serbuk kunyit 10 ulas bawang merah (biarkan sebiji-sebiji) 
              • 1/2 cawan cuka (DJ campurkan sekali dgn jus limau kasturi) 
              • 1 cawan minyak utk menumis 
              • 1 sb bijan goreng

              Bahan Kisar :

              • 10 tangkai cili kering
              • 5 cm halia
              • 10 ulas bawang merah
              • 5 ulas bawang putih

              Cara-cara:
              1. Ikan masin dipotong kecil dan gorengkan. Ketepikan.
              2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, jintan serta serbuk kunyit hingga wangi dan pecah minyak.
              3. Masukkan cuka dan gula. Kacau rata.
              4. Bila sudah mendidih, masukkan pula kismis dan lobak asin. Biarkan seketika.
              5. Sebaik mendidih, masukkan ikan dan bawang. Gaul rata.
              6. Taburkan bijan goreng.

              Update : Resepi asal Kak Liza boleh lihat DI SINI

              Terima kasih sekali lagi kpd empunya resepi, Kak Liza (Chef Haneiliza) krn sudi singgah dan tinggalkan jejak. Memang sedap sangat acar ni kak....puas hati...akan ada siaran ulangannya nanti.

              Selasa, 09 Februari 2010

              Puding Karamel


              Salam....semalam terlupa nak tayang dessert ni gara2 sibuk dgn mcm2 hal. Mintak maaflah byk2 yer jika message dan komen anda belum sempat lagi dibalas. Akan dibalas satu persatu, InsyaAllah. Anyway, Thanks 4 dropping by. 

              Oklah, puding karamel ni jarang2 dyg buat. Tapi sesekali buat, mmg best!...Resepinya pun teramatlah mudah. O ya satu lagi, puding ni boleh dimasak dengan 2 kaedah iaitu kukus atau bakar. Yang ada dlm gambar ni ialah puding karamel bakar. Sedap sangat2!.....

              Resepi ikut taste sendiri. Rasa2 ramai yg dah tau mcm mana nak buat puding ni kan....

              Layan jerlah dulu dgn gambar2nya yg tak seberapa ni eh....

              Ini resepinya jika berminat nak cuba. 

              Bahan-bahan :

              Karamel :
              • 6 sudu besar gula pasir
              • 1 sudu besar air
              • 2 sudu besar air panas
              Cara-cara : Hanguskan gula bersama air. Apabila sudah kekuningan, masukkan air panas. Kacau hingga perang pekat. Terus ratakan pd loyang yg bersesuaian. Ketepikan.

              Puding :
              • 4 biji telur
              • 300 ml susu cair / susu segar
              • 80-90 g gula halus
              • 1/2 sudu makan jus lemon (boleh juga guna 1 sk esen vanilla)
              Cara : 
              1. Satukan gula dan telur di dlm satu bekas. Pukul perlahan-lahan sehingga gula larut dan sebati tetapi jgn sampai berbuih.
              2. Kemudian masukkan susu dan jus lemon. Kacau lagi hingga sebati. Tapiskan.
              3. Tuangkan ke dalam loyang berkaramel tadi. 
              4. Bakarlah secara steam bath sehingga masak. (suhu bergantung pd jenis oven masing2). Kalau nak kukus pun boleh juga. Caranya ialah tutupkan loyang dgn kertas foil dan kukuslah hingga masak.
              *** kalau nak bagi puding ni cantik dan tak berlubang2, pastikan telur dikacau perlahan-lahan dan tidak berbuih sama sekali. 
              *** boleh juga ditambah dgn 1/2 makan tepung kastard + 1 sudu makan air (dibancuhkan) jika suka.

              Senin, 08 Februari 2010

              Kerabu Taugeh dan Kacang Panjang & Ikan Kukus

              Salam...
              Masakan hari ni tersangatlah simple. Kerabu kacang panjang, sayur kicap dan kukus ikan sket. Malas betul nak masak yang berat2 dan memberatkan badan ni...hehe. Lagipun, masakan sebegini sangat menyelerakan dan cukup mengenyangkan. Malam nanti tak taulah nak masak apa.

              Resepi kerabu taugeh dan kacang panjang ni boleh tengok DI SINI. Memang best!



              Ikan ni pulak dikukus bersama hirisan halia, bawang putih, dan perahan limau kasturi.. Kukus pun taklah mengambil masa yg lama. Pekena dgn sambal kicap tu pulak....gerenti bertambah2 nasik dibuatnya.....


              Bahan-bahan :
              • ikan segar 
              • hirisan halia
              • hirisan bawang putih
              • sedikit garam
              • perahan limau kasturi
              Cara-cara : Gaulkan ikan bersama bahan-bahan di atas dan kukuslah hingga masak.

              Sambal Kicap :
              • bawang besar (dihiris dadu)
              • cili merah (dihiris)
              • cili padi secukupnya (dihiris)
              • kicap pekat
              • kicap masin
              • kicap manis
              • jus limau kasturi
              Cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas di dlm satu bekas dan gaulkan rata2.

              Minggu, 07 Februari 2010

              Udang Masak Merah (resepi III)




              Hari ni masak udang lagi....tapi yang request ialah si Princess. Bukan kehendak mama dia...hehe. Kalau ikutkan, mmg tak nak masak udang pun. Tapi dah janji kenalah ditepati. Di samping lauk udang, lauk ayam masak lemak cili api pun ada. Lain2 ialah sayur dan sambal belacan.... tapi tak sempat nk ambik gambar semua sekali.

              Udang masak merah ni mmg sedap sangat. Seronok tengok anak dan suami makan sampai licin....resepinya pun mudah dan main campak2 jer.

              Nak cuba resepi ni, silakanlah yer. TQ.

              Bahan-bahan:

              • 1/2 kg udang basah (dibersihkan)
              • 2-3 sb cili kering kisar
              • 5 biji bawang merah (dikisar)
              • 2 ulas bawang putih (dikisar)
              • 1 inci halia (dikisar)
              • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
              • 1 batang serai (diketuk)
              • 3 sb sos cili
              • 1 sb sos tomato
              • 1 sudu makan kicap masin/manis
              • 1 sb sos tiram
              • garam dan gula secukupnya
              • 1 labu bawang besar (dimayang)
              • 1 biji cili merah (dihiris)

              Cara-cara

              1. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
              2. Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.
              3. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
              4. Siap untuk dihidangkan.

              Jom tukar background!....

              Sejak berblogging, tuan umah ni asik2 tukar layout. Bukan, apa, sebenarnya tuan umah ni cepat jemu nengok background yg sama....jadi, apa salahnya ubah background mengikut selera mcm selera makan gak....hehe. Lagipun ada beribu2 lemon layout kat internet ni yang boleh digunakan secara percuma. Cantik2, lawa2, comel2...pilih jer yg mana berkenan. Yang penting, puas hati!!...betul tak???

              Ok, di bawah ni dyg senaraikan link(blog design) yg dyg suka singgah utk dikongsikan bersama (sebab sebelum ni ada gak yg bertanya kat mana nak dapatkan layout/background mcm yg tuan umah ni selalu pakai). Jika ada masa terluang nanti, dyg letakkan link ni kat sidebar pulak. Rakan2 bolehlah tengok2lah dulu eh, mana tau berkenan pulak dgn background yang ada ni. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak. N3 makan2 akan dikemaskinikan jika free nanti. TQ.

              Free Backgrounds

                Sabtu, 06 Februari 2010

                Udang Blackpepper

                Kalau ditanya byk2 lauk, lauk apa yg paling dyg suka, sudah semestinya lauk udang. Tak kiralah jenis apa pun udang tu, dyg tetap suka. Kalaulah dapat udang galah, lagilah bagus, masak masa tu gak......hehe. Tapi sejak dua menjak ni payah betul nak dptkan udang galah ni...tak taulah kenapa. Sabar jer lah....

                Untuk dinner tadi, udang nilah antara hidangan yg sempat ditayang. Mula2 plan nak masak bersos tapi tak jadi. Esok jer lah. Tekak ni terasa nak makan blackpepper pulak. Sedap sungguh! Dah habis nasik pun masih meratah lagi...hehe. Tapi tak buat byk pun. Jap jer dah habis. Jadi, siapa2 nak ngendeng tu, ambik bau jer lah yer....heheh.

                Inilah resepi ringkasnya jika ingin mencuba.

                Bahan-bahan :
                • 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
                • 2 ulas bawang putih (dicincang)
                • 1/2 cm halia (dihiris)
                • 1 labu bawang besar (dimayang)
                • 1-2 sk serbuk lada hitam
                • 1-2 sb kicap pekat
                • 1 sb sos tiram
                • 2 sb kicap manis
                • sedikit hirisan daun ketumbar
                • 4-5 biji cili padi (diketuk)
                • 1 sb madu + 50 ml  air + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)
                • 1 sudu makan sos cili
                 Cara-cara : Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika perlu.

                Jumat, 05 Februari 2010

                Cheese Cake


                Dah lama simpan resepi cheesecake ni. Agak2 dalam 5-6 tahunlah. Tak pasti pulak ambik dari mana sb main tulis jer kat dlm buku contengan. Baru-baru ni teruja nak buat pasal resepinya pun taklah rumit sgt. Stok keju pun masih ada lagi dalam 270 g gitu. Memandangkan dlm resepi tu, guna 500 g krim kejunya, dyg buatlah stkt 1/2 adunan manakala tepung kastardnya pulak dyg cuma guna 70 g jer. Hasilnya, memang lembut. Cuma bahan dasar kek ni kalau ikut resepi, guna sponge cake, tapi dyg hanya guna biskut marie + mentega shj. Tetap sedap. Terima kasih kepada penyumbang resepi tersebut.


                Di sini dyg sertakan resepinya utk dikongsikan bersama.

                Bahan-bahan :

                Bahan A :
                Kek span vanilla
                ATAU
                500 g biskut marie (dihancurkan)
                200 g mentega (dicairkan)

                Cara-cara : Gaulkan biskut marie bersama mentega dan mampatkan di dlm loyang kek. Sejukkan dulu ke dlm peti sejuk supaya ia keras sedikit.

                Bahan B :
                • 500 g krim keju
                • 250 g gula halus
                • 200 g krim putar (dipukul hingga gebu)
                • 200 g tepung kastard (dibancuh dgn 100 ml air)
                • 1 biji lemon (ambil jusnya)
                • 6 biji telur (DJ guna gred B)
                Cara-cara :
                1. Pukul krim keju dgn gula hingga kembang.
                2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
                3. Masukkan bancuhan tepung kastard dan pukul sebati.
                4. Masukkan jus lemon. Kacau rata-rata.
                5. Masukkan krim putar dan kacau sebati.
                6. Tuangkan adunan di atas dasar kek span atau biskut marie tadi.
                7. Bakar secara water bath / steam bath selama 1 1/2 jam pd suhu 150 C.
                ***proses water bath/steam bath ialah membakar dgn meletakkan bekas yang berisi adunan kek di dlm dulang pembakar yang mengandungi air panas di dalamnya.

                Mee Kari

                Walaupun dah byk kali ulang tayang mi kari ni, tapi nak tayang gak pasal  bulan ni tak buat lagi....tu yang kena refresh....hehe. Lega rasanya dapat makan setelah berhari2 tertangguh2 mcm laksa Sarawak tu gak...bilalah agaknya nak buat eh...nak beli tapau jer dari Deja Mos, malas pulak sb dah buat pes dia...cuma 'rajin' jer belum datang lagi ni...kalau ada sesiapa yg boleh tolong buatkan, sila2lah ke dapur dyg tu yer...nanti byr upah....hihik....

                Oklah, mi kari ni sebenarnya baru jer siap utk hidangan makan malam. Maknanya hari ni, berjaya gak escape dp makan nasik...hehe. O ya sebelum tu, dyg nk ucap terima kasih byk2 kepada yg telah sudi mencuba resepi mi kari ni yer. Terharu sgt2. Bagi yg belum pernah mencuba masakan ni, sudi2kanlah mencubanya. Tak rugi pun. Kuah mi kari ni pulak kalau tak suka pekat, bolehlah tambah airnya. Cair sgt pun tak best pulak, nanti hilanglah keasliannya....lagi satu, mi ni tak perlu pakai santan, nanti cepat basi kalau nak simpanlah kan. Sebaliknya, hanya guna sedikit kerisik shj. Itulah kelainannya masakan kuah kari ni. Walau apa2pun, terpulanglah pd citarasa masing2. Yang penting, sedaaappp!!

                Jom makan!!! Resepinya boleh rujuk DI SINI

                Kamis, 04 Februari 2010

                Ayam BBQ Lada Hitam

                Dah tak tau nak letak nama apa kat ayam ni. Tulis jerlah apa2 yg patut. Sebenarnya, ayam ni cukup rasa. Ada rasa manis, masam, masin dan sedikit rasa rempah. Memang sedap diratah atau dicicah dgn sos cili. Makan dgn nasi ayam pun sedap...tetapi dyg tak makan nasik hari ni. Sebaliknya buat mi kari jer.

                Macam biasa, dyg tak perap ayam ni berjam2. Hanya direbus sedikit dan kemudian dipanggang. Dah siap. Tak sabar tunggu si princess balik dr sekolah. Mesti dia suka dpt makan ayam lagi petang ni....hehe.


                Nilah resepinya....rugi tak cuba tau...memang sedaaaappp!!

                Bahan-bahan :
                • 1 ekor ayam sederhana (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
                • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
                • 1 inci halia (ditumbuk)
                • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
                • 1 sudu makan sos BBQ
                • 1 sudu makan kicap pekat
                • 2-3 sudu makan jus lemon
                • 1 sudu besar madu
                • 1 sk serbuk lada hitam / lada hitam tumbuk
                • garam dan gula secukup rasa
                • 1 sk serbuk lada sulah
                • 1 sb minyak zaitun / minyak masak
                Cara-cara :  gaulkan ayam dgn semua bahan di atas dan rebus hingga 3/4 masak. Susunkan ayam di dalam dulang yang beralaskan kertas foil. Kemudian dipanggang bersama kuahnya pd suhu 200C selama 30 minit atau sehingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam semasa memanggang supaya masak sekata.

                Sambal Ikan Bilis Garing


                Sedap sangat makan sambal ikan bilis ni dengan nasi panas...krap krup krap krup!..siap tambah nasik lagi tu...jom makan!!

                Sebelum tumis bahan, ikan bilis ni digoreng terlebih dahulu. Goreng betul2 garing, barulah sedap. Kalau nak travel jauh2 atau nak ke oversea ker undersea ker...heheh...bolehlah buat bekal sambal bilis ni. Tapi jangan buat sambal ikan bilis biasa tu, kang tak sampai ke destinasi sambal tu basi pulak. Yang stail macam ni ok sb sambalnya selain tak pakai santan atau susu cair, ia digoreng lama2 sikit atau sampai kering dan garing barulah digaul2kan dgn ikan bilis garing tadi. Ia boleh bertahan lama dan amat sesuailah dibuat bekal.

                Bahan-bahan :
                • 100g ikan bilis (dibersihkan dan digoreng hingga garing)
                • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
                • 2 biji bawang merah (dikisar)
                • sedikit belacan bakar - tak letak pun ok
                • 5 sb cili kering kisar (boleh tambah atau kurang)
                • garam dan gula secukupnya
                cara-cara : Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar sampai kering. Masukkan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaulkan sebentar.
                ***petua untuk menyedapkan sambal, tak perlu letak bawang putih dan kisar bahan2 dengan menggunakan sedikit minyak, bukannya air. Atau boleh juga ditumbuk/digiling hingga lumat. Selamat mencuba!

                Rabu, 03 Februari 2010

                Bendi Tumis Udang Kering


                 
                Salam.... hari ni masak lauk biasa dan ringkas jer....masak ikan dan tumis sayur tauhu tauge sikit utk anak2. Manakala utk diri sendiri pulak masak bendi dan sambal ikan bilis garing. Tapi sebelum tu nak cerita sikit pasal bendi tumis ni. Sebenarnya, bendi ni lebihan utk buat asam pedas hari tu. Biasa beli kat pasar, boleh pilih dan timbang. Tapi yang ni beli kat pasaraya jer. Dah siap buh dalam peket. Jadi, tak dapatlah nak pilih2 kan. Segar memanglah segar. Cantik bersih lagi tu....tp keras dan liatnyaaaa....alahai....pendek katalah, kalau rabbit gigit pun tak putus tau....mmg tipah tertipulah!!....

                Tapi tak semua bendi tu liat dan keras. Ada gak yang lembut. Frust tetap frust...tapi nak buat mcm mana kan...tu lah risikonya beli bendi yang dah siap bungkus....dahlah kita ni peminat setia bendi., macam mana tak frust...tapi tak mengapalah...tak masuk dalam tong sampah pun....sebaliknya, dyg rebuskan dulu bendi ni dgn air bergaram. Lepas tu tutupkan api. Biarkan ia berendam dulu dalam periuk tu. Kemudian, tuskan dan lapkan kering2. Lepas tu barulah dipotong mcm biasa. Ia akan jadi lembut baliklah lepas tu. Tumis bahan-bahan, then masukkan bendi, gaul2kan 10 saat dan tutupkan api. Dah siap. Bolehlah makan atau ratah cam tu jer....sedaaapppp!!!



                Bahan-bahan :
                • 7-8 batang kacang bendi (dicuci dgn air bergaram, dilapkan kering, kemudian dipotong menyerong)
                • 1 sudu besar udang kering*
                • 1 biji cili merah*
                • 2 biji bawang merah (dihiris) *
                • 1 ulas bawang putih*
                • 1 sudu besar sos tiram
                • 1-2 sudu besar kicap manis
                 Cara-cara :
                1. Tumbuk kasar bahan2 bertanda *.
                2. Panaskan lebih kurang 2 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan2 tumbuk tadi hingga naik bau.
                3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau rata-rata.
                4. Masukkan bendi dan gaulkan sehingga masak.

                Sotong Berempah

                Hari tu nampak sotong kat blog Kak Nor Ganu dan Kak Ummi Kuantan tu. Memang termimpi-mimpi dibuatnya sehinggalah ke hari ni... terbayang-bayang jer sotong tu...Baunya pun masih melekat kat skrin ni....hehe. Memandangkan ada stok sotong dlm esbok, terus ON jerlah projek menyotong  ni...hehe.

                Sebenarnya, hari ni masak ayam gak utk anak2. Maklumlah bdk2 ni tak brp gemar makan sotong.

                Sotong stail gini mmg kesukaanku. Ada rempah2 tu lah yang bestnya. Sedap dan berselera sgt2...Jom makan!!


                Resepi ni adalah mengikut selera dan citarasa tuan rumah ni. Nak cuba, silakanlah yer. tq.

                Sotong Berempah
                Bahan-bahan :
                • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)
                • 1 tangkai daun kari
                • 1 sb serbuk kari
                • 1 sb serbuk cili / cili kisar
                • 1 sk serbuk ketumbar
                • 1/2 sk serbuk lada hitam
                • 1 labu bawang besar (dimayang)
                • 2 biji bawang merah (dihiris)
                • 1 ulas bawang putih (dicincang)
                • 1 cm halia (dicincang)
                • 4 sb santan pekat / susu cair
                • garam dan gula secukup rasa
                • 1 sb sos tomato
                • 1 biji hirisan cili merah
                Cara-cara :
                1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi. 
                2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
                3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
                4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
                5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)