Minggu, 31 Januari 2010

Persediaan dan Tip Membakar Kek

Semoga panduan berikut (hasil rujukan pelbagai sumber serta sumber sendiri) dapatlah sedikit sebanyak membantu anda untuk menghasilkan kek yang sempurna.

Persediaan bahan-bahan
  • Semua bahan hendaklah disukat atau ditimbang dgn betul dengan menggunakan penimbang (sebaik2nya penimbang digital) serta camca penyukat dan saiz loyang yang ditetapkan dalam resepi. Penyukat yang dimaksudkan bukan cawan kopi atau cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Bukan camca teh, atau camca makan di rumah tetapi camca sukatan metrik (kecuali yg dinyatakan pd resepi. Misalnya:  untuk membuat kek lapis Sarawak, gelas khas digunakan utk menyukat bahan-bahan).
  • Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resepi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega dan telur. Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini akan menggebukan lagi kek itu.

Menyediakan tin kek / loyang kek
  • Tin kek / loyang kek perlu dialaskan, digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung. Ini bertujuan untuk mengelakkan kek daripada melekat pada tin semasa ia dikeluarkan. Selain itu, ia juga mengelakkan kek daripada cepat menjadi hangus.
  • Kek yang dibakar dalam tin yang sudah digriskan dgn mentega dan ditaburkan dgn tepung akan menghasilkan kerak yang elok.
  • Lebihan tepung yang ditabur pada tin tadi dikeluarkan dgn cara menterbalikkan tin tersebut serta diketuk2kan bahagian tepinya perlahan-lahan.
  • Tin / loyang yang tidak melekat boleh didapati di mana-mana kedai menjual perkakas kek dan tidak perlu dialaskan atau digriskan.
  • Acuan lain atau acuan lengkung boleh juga digunakan sebagai tin kek.

Ketuhar
  • Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli.
  • Waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar . Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
  • Jika anda menggunakan ketuhar jenis mikrogelombang (microwave) utk membakar kek, gunakanlah loyang yang sesuai seperti kaca atau seramik yang tahan panas. Sebaliknya, perkakas jenis logam kurang sesuai kerana tenaga mikrogelombang dipantul oleh logam, maka ini akan menyebabkan kek tidak akan masak sama rata.
  • Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resepi menyatakan sebaliknya.

Adunan kek
  • Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega. Adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek menjadi keras.
  • Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
  • Ikutilah langkah2 dalam resepi dengan betul. Jika ia memerlukan adunan dikacau sebati dengan senduk kayu, gunakanlah senduk kayu. Jika adunan perlu dikaupbalikkan, ikutlah arahan.

    Jumat, 29 Januari 2010

    Kek Coklat Tanpa Telur


    Baru-baru ni ternampak kek coklat sebegini kat umah rakan blogger. Teringin pulak nak buat memandangkan anak2 pun gemar makan kek bercoklat. Tapi kali ni tak letak topping / ganache sb kek ni dah cukup rasa. Sangat moist dan lembut!

    Resepi ni dah lama simpan hasil adjust sana adjust sini resepi eggles chocolate cake yang ada dalam internet ni. Banyak gak adjust tu selepas berkali2 buat eksperimen....hehe. Maka, akhirnya dapatlah taste yang diinginkan. Dah kali kedua buat...ikut resepi yg ada ni lah. Lagipun, stok telur berada dalam tahap kritikal ditambah lagi dgn ketiadaan butter, jadi kita buat cara begini. Alhamdulillah, menjadi sangat2 dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma masalah oven jerlah, rasa2 perlu diservis. Dah ada tanda2 menunjukkan penuaannya itu tapi masih boleh digunakan lagi. Yalah, dah lama sangat guna kena perlu servis gak tu. Kalau tak servis, rosaklah kek nanti. Ingat tu ya tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik sekalian. Itulah antara faktor yg menyebabkan kek tak menjadi dgn sempurna.


    Kek ni dibuat semalam. Sempat ambik gambar lepas masak. Sejukkan dulu. Hari ni barulah potong. Tapi tu lah, tak dan lagi nak posing, si Princess dah standby garpu dgn piring...hehe.

    Sebenarnya sangat mudah buat kek ni. Tak perlu mixer atau hand whisk. Cuma perlu digaul sebati dgn senduk kayu atau spatula shj. Bagi yang tak ada mixer kat umah tu sgt2 dialu2kan utk mencuba resepi ini.

    Kek Coklat Tanpa Telur

    Bahan-bahan : loyang kecil
    • 1 cawan tepung gandum*
    • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
    • 1 sk serbuk penaik*
    • 1/2 sk soda bikarbonat*
    • 1/4 sk garam
    • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
    • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
    • 3/4 cawan air kopi panas
    • 1/3 cawan susu segar
    • 1 sk esen vanilla
    • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

    Cara-cara :
    1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
    2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
    3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
    4. Tapiskan adunan.
    5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
    6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
    7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
    *** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
    *** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


      Sedapnyaaaaaa!!!

      ** Baru-baru ni ada yg menghantar emel meminta dyg menulis tip2 membakar kek dan masalah kek ranap. Sila rujuk DI SINI untuk tip membakar kek.


      Update :
      Resepi Ganache

      Bahan-bahan : anggaran shj
      • 200 g coklat masakan (dipotong kecil2)
      • 125 ml susu segar
      • 50 g butter (dipotong kecil2)
      • 50 g gula icing
      • sedikit esen vanilla
      Cara-cara : 
      Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan. Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.

      Kamis, 28 Januari 2010

      Nugget Ayam Krispi (homemade)

      Petang tadi sempat jugalah buat nugget ayam utk si Danial. Satu pinggan ni utk dia sorang jerlah. Isi ayam ni pulak adalah belen buat nugget minggu lepas. Membazir pulak rasanya kalau tak dihabiskan. Nasib baik breadcrumb ada lagi. On jer lah. Lagipun tak susah mana pun nak buat nugget ni. Buat bentuk2 simple jer... dah jadi.

      Sesetengah nugget instant isinya dikisar tapi dyg x suka kisar, sebaliknya, dihiris atau dicincang kasar jer, barulah sedap. Selain bahan2 lain, dyg pasti akan letak gula secubit dua supaya rasanya jadi  lemak2 gitu.  Tak letak pun still ok. Senang jer kan buat nugget  ikut citarasa sendiri...hehe.


      Bahan-bahan :
      • 300-400 g isi ayam (dibersihkan dgn air limau dan dicincang kasar)
      • 1/2 sk serbuk lada hitam / lada sulah
      • 1 sk serbuk pati ayam - optional
      • garam secukup rasa
      • 1 biji telur (dipukul sedikit)
      • 2-3 sudu besar tepung serbaguna
      • serbuk roti secukupnya (breadcrumb)
      Cara-cara :
      1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam / lada sulah, serbuk pati ayam dan garam hingga sebati.
      2. Bentuk2kan isi ayam tadi mengikut kesukaan masing-masing. Nak bentuk menjadi jejari ayam pun boleh.
      3. Kemudian salutkan dengan tepung satu persatu.
      4. Celupkan ke dalam telur.
      5. Kemudian golek2kan dgn serbuk roti.
      6. Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan sejukkan terlebih dahulu selama 30 minit ke dalam peti dingin beku.
      7. Sediakan minyak utk deep frying. Apabila sudah panas, gorenglah nugget tadi hingga keemasan.
      8. Hidangkan bersama sos atau mayonis.

       

      Ayam Madu Berkicap



      Masak ayam lagi utk makan malam. Sedaaaaapppp!!....tak cukup pulak rasanya masak seekor...hehe. Ingatkan malas nak makan ayam dah, tapi masakan sebegini mmg betul2 buat perut ni lapar. Jom makan!

      Bahan-bahan :
      • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan. Kemudian digaul dgn sedikit serbuk kunyit & garam & digoreng hingga 1/2 masak)
      • 5 biji bawang merah (dikisar)
      • 2 ulas bawang putih (dikisar)
      • 1 cm halia (dikisar)
      • 3-4 biji cili padi (diketuk)
      • 1 sudu makan cili kering kisar
      • sedikit hirisan daun ketumbar
      • 1 sb kicap pekat
      • kicap manis secukupnya
      • sos cili secukupnya
      • 1 sb sos tiram
      • 2 sudu besar jus lemon
      • 1-2 sb madu (dibancuh dgn sedikit air)
      • sedikit hirisan kapsikum

      Cara-cara :

      1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
      2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Boleh tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih seketika.
      3. Masukkan ayam, hirisan cili, cili padi dan daun ketumbar. Gaulkan rata2.
      4. Kemudian masukkan madu dan jus lemon. Kacau lagi hingga kuah pekat. 
      5. Hidangkan setelah masak.



      Rabu, 27 Januari 2010

      Rendang Hati Lembu


      Agak lama juga tak buat rendang hati lembu. Pes rendangnya pulak dah dibuat awal2 lagi iaitu 2 hari lepas. Baru hari ni sampai seru. Dyg cuma rebus hati ni separuh masak dan kemudian masak dgn pesnya dan bubuh apa yg patut. Sekejap jer masak, dah siap. Tapi sebelum tu, hati ni kena direndam dan dilumurkan dgn tepung. Lepas itu, dibilas bersih2, barulah tak ada bau. 

      Sedap sangat2 sampai tak pandang pun lauk lain....hehe. Bahan2nya nampak banyak tapi sebenarnya mudah jer nak buat. Macam kita buat rendang2 biasa tu cuma resepi stail dyg ni ada campuran kacang tanah dan bijan. Sedaaapp!!

      Resepinya dyg x letak sukatan yer sb main agak2 jer. Kalau berminat, bolehlah cuba. 




      Bahan-bahan :
      • hati lembu
      • daun limau purut
      • kerisik
      • santan
      • daun kunyit
      • garam dan gula secukup rasa
      • air asam jawa
      • bijan (digoreng tanpa minyak)
      • kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
      Bahan Mesin :
      • bawang merah
      • cili kering + cili padi 
      • bawang besar
      • bawang putih
      • lengkuas
      • serai
      • kunyit hidup
      • halia
      Bahan2 Rempah disangrai dan ditumbuk :
      • ketumbar
      • jintan putih
      • jintan manis
      Cara-cara : Buat mcm rendang biasa. Tapi hati ni tak perlu dimasak terlalu lama. Nanti jadi liat pulak.

      Senin, 25 Januari 2010

      Ikan Bakar & Air Asam




      Menu tengahari tadi.... Seakan-akan berjanji pulak dgn Kak Nor Ganu dan Hana Jepun tu kan...hehe. Memang betul kata Kak Nor, masakan sebegini kalau makan mmg tak puas...mahu bertambah nasik dibuatnya. Tapi nasib baiklah hari ni tak menambah....on diet katakan...hehe.



      Air asam ni ramai yg dah tau cara nak membuatnya kan. Senang jer tu, rasa2 resepi ni lebih kurang sama ngan resepi yg ada kat umah hana tu. Bolehlah jenguk kat situ yer. Kalau rajin nanti dyg tulis resepinya di sini. Cuma separuh daripada bahan2 ni dyg blend kasar dan separuh lagi dihiris gitu jer. Memang sedaaaappp!!!